MyCARE

Call Directions Website Contact the organization

MyCARE Humanitarian Care Malaysia Berhad

https://donate.mycare.org.my/
https://www.mycare.org.my/
(221)

HUMANITARIAN CARE MALAYSIA BERHAD (MyCARE) is a Non-Profit Organization (NPO) registered with the Companies Commission of Malaysia (SSM) [Reg. No: 729288-P] and the member of South East Asia Humanitarian Communities (SEAHUM). MyCARE has 6 humanitarian agencies, namely Aqsa Syarif, i4Syria, Rose2Rose, NICE, PACE and Salam Iraq. Prior to the establishment of MyCARE, these agencies worked independently. The amalgamation of these agencies under MyCARE enables all humanitarian efforts to be united under one umbrella so that all potential, resources and expertise can be shared and synergized for the benefit of humanity. MyCARE's humanitarian relief network covers south east Asia Archipelago including The Philippines, Cambodia, Southern Thailand and Vietnam; war-torn countries in the Middle East such as Palestine, Syria, Lebanon and Iraq; the stateless and displaced Rohingya people, as well as disaster-stricken areas regardless of racial and religious boundaries. MyCARE is also active in Malaysia in providing temporary shelters, rebuilding homes and provision of fresh water in the flood stricken areas. MyCARE’s transparency and integrity in managing funds has been recognized by Bank Negara Malaysia (BNM) and the United Nation’s Financial Action Task Force (FATF). MyCARE will continue to practice the highest standards of corporate governance to ensure the provision of effective and professional humanitarian care services to both our rightful benefactors and deserving beneficiaries.

⛵️🛥🚢 Apa yang anda lakukan dikala g3nosid masih berterusan? Sebuah persidangan yang dianjurkan oleh Freedom Flotilla Coa...
15/10/2026

⛵️🛥🚢 Apa yang anda lakukan dikala g3nosid masih berterusan?

Sebuah persidangan yang dianjurkan oleh Freedom Flotilla Coalition dengan kerjasama organisasi-organisasi tempatan seperti Donne per la Palestina Catania, Komuniti Paroki Crocifisso della Buona Morte, dan Rete Restiamoumani-Incontriamoci.

Persidangan ini akan bakal membincangkan:

⛵️ Tanggungjawab moral untuk bertindak — apa yang dituntut oleh tradisi dan agama kita dalam menghadapi kekejaman.

⛵️ Pengajaran daripada Sejarah — apabila komuniti agama mengenakan tekanan yang berkesan, & apabila institusi agama bersubahat atau berdiam diri.

⛵️ Daripada kenyataan kepada tindakan — komitmen konkrit untuk bulan-bulan mendatang.

Sertai kami pada 18 Oktober, jam 4 petang CEST (10 malam waktu Malaysia) melalui pautan youtube.com/

Free Palestine 🇵🇸

Bila jerebu melanda, barulah kita sedar betapa berharganya udara bersih yang selama ni kita hirup tanpa berfikir panjang...
15/10/2026

Bila jerebu melanda, barulah kita sedar betapa berharganya udara bersih yang selama ni kita hirup tanpa berfikir panjang. Betul tak?

Oksigen mungkin percuma, tapi udara bersih ialah satu nikmat yang tak patut kita ambil mudah.

Jaga diri, semua. Kurangkan aktiviti luar dan duduk di dalam bangunan (stay indoors) jika keadaan jerebu tidak sihat. Jika perlu keluar, kurangkan aktiviti fizikal di luar dan gunakan pelitup muka yang sesuai.

Semoga kita semua sentiasa dilindungi dan dikurniakan udara yang bersih untuk bernafas. 🤍

Ibu Pejabat MyCARE di Seri Kembangan berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada Beheşti İsmail Songür, Presiden Ma...
15/10/2026

Ibu Pejabat MyCARE di Seri Kembangan berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada Beheşti İsmail Songür, Presiden Mavi Marmara Foundation, Abdul Mejid, Pengarah Bahagian Antarabangsa, dan penolongnya, Hidayat dari Turkiye semalam, 14 Oktober 2026.

Pertemuan bersejarah ini menjadi medan tautan ukhuwah yang menyentuh hati apabila turut mempertemukan wakil delegasi Turkiye bersama para veteran misi kemanusiaan Mavi Marmara dari Malaysia.

Pelayaran kapal MV Mavi Marmara pada Mei 2010 kekal terpahat sebagai simbol keberanian dan pengorbanan tertinggi dalam menembusi sekatan zalim ke atas Gaza.

Tragedi serangan ganas komando tentera laut Israel di perairan antarabangsa yang mengorbankan 10 orang aktivis kemanusiaan tidak pernah memadamkan obor perjuangan, sebaliknya membangkitkan gelombang solidariti sejagat yang melangkaui sempadan benua dan bangsa.

Pertemuan ini bukan sekadar mengimbau kembali kenangan getir pelayaran kapal misi kebebasan tersebut, tetapi menjadi pentas menghargai ketabahan para pejuang yang pernah mempertaruhkan nyawa demi membawa harapan buat rakyat Palestin. Kehadiran para veteran misi dari tanah air di pejabat MyCARE semalam memperkukuh tekad bahawa roh dan semangat Mavi Marmara tidak pernah pudar, malah terus hidup dalam setiap gerak kerja bantuan kemanusiaan yang kita pacukan hari ini.

Sesi perbincangan turut meneroka ruang kerjasama strategik dalam memperkukuh jaringan advokasi, koordinasi misi bantuan masa depan, serta memperluas kesedaran global demi pembelaan hak dan keadilan buat warga Palestin yang masih berdepan ujian genosid dan kepungan berpanjangan.

MyCARE merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas kunjungan daripada wakil Mavi Marmara Turkiye, serta sekalung tabik hormat buat barisan veteran misi Mavi Marmara yang terus istiqamah mendokong perjuangan ummah ini.

Semoga Allah SWT merahmati roh para syuhada Mavi Marmara yang gugur, mengangkat darjat mereka di sisi-Nya, dan terus menyatukan hati kita dalam barisan pembelaan Al-Quds dan Palestin yang merdeka.

"Nurturing Humanity, Making a Difference"

14/10/2026

Tonton bagaimana Dr Ziad menghasilkan dapur DIY menggunakan makanan yang telah rosak. Dapur ini mampu bertahan sehingga empat jam.

Di G4_za, keadaan kemanusiaan masih mendesak akibat sekatan terhadap keperluan asas, termasuk gas untuk memasak. Dalam keadaan serba kekurangan, kaedah ini terpaksa digunakan bagi membolehkan penduduk menyediakan makanan.

Namun, bagi ramai penduduk di sana, masalahnya bukan sekadar ketiadaan gas untuk memasak. Malah, makanan untuk dimasak juga tiada.

Kemasukan bantuan yang amat terhad menjadikan bantuan berterusan daripada kita sangat diperlukan.

Teruskan menyumbang. Jangan biarkan mereka menghadapi kesukaran ini bersendirian.

Derma untuk P4lest1n (link di komen)

[KURSUS ASAS BRAILLE: PABILA MATA BERBICARA]Pernahkah anda terfikir bagaimana individu kurang penglihatan membaca dan me...
14/10/2026

[KURSUS ASAS BRAILLE: PABILA MATA BERBICARA]

Pernahkah anda terfikir bagaimana individu kurang penglihatan membaca dan menulis tanpa melihat?

Jom sertai Kursus Asas Braille anjuran MyCARE dengan kerjasama KL Braille Resources! Peluang untuk kita mengenali dunia Braille, mempelajari kemahiran baharu dan memahami dengan lebih dekat pengalaman individu kurang penglihatan.

APA YANG ANDA AKAN PELAJARI?
✅ Pengenalan kepada tulisan Braille
✅ Belajar membaca tulisan Braille
✅ Belajar menulis tulisan Braille
✅ Simulasi pengalaman individu kurang penglihatan
✅ Peluang terlibat dalam penterjemahan buku ke tulisan Braille

BUTIRAN PROGRAM:
📅 Tarikh: 24 Oktober 2026 (Sabtu)
⏰ Masa: 8.30 pagi – 4.00 petang
📍 Tempat: MyCARE HQ, Seri Kembangan, Selangor

YURAN PENYERTAAN
🔸 Aktivis / Sukarelawan MyCARE: RM40
🔸 Orang awam: RM60
(Tempat adalah terhad, First Come first serve)

Yuran pendaftaran boleh dibayar di sini. Klik link:
https://bit.ly/YuranTOV2026
(Caj RM1 akan dikenakan bagi tujuan yuran pemprosesan)

atau

Humanitarian Care Malaysia Berhad
CIMB : 8602 13 5592
Rujukan : TOVSkill
Resit boleh dihantar ke wasap.my/+60183675212

🍽 Sarapan pagi, makan tengah hari, sijil penyertaan dan cenderahati turut disediakan!

DAFTAR SEKARANG:
https://bit.ly/MyCARETOVSkillBraille

Ayuh, kita belajar bukan sekadar untuk menambah ilmu, tetapi untuk memahami dunia melalui perspektif yang berbeza. Semoga ilmu yang diperoleh menjadi manfaat dan membuka lebih banyak ruang untuk kita berbakti kepada masyarakat. 🧡

Kerana setiap insan berhak membaca, belajar dan menikmati indahnya ilmu.

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut:
+6018-367 5212

13/10/2026

Bersama Membebaskan Bumi Palestina

Bersempena dengan Global Day of Action oleh Global Alliance for Palestine (GAFP) serta Minggu Peringatan Genosid Gaza anjuran gabungan NGO Malaysia, seramai 51 peserta telah menjayakan Training of Palestine Specialist (TOPS 2026) pada 10 & 11 Oktober bertempat di Ibu Pejabat MyCARE, Seri Kembangan.

Program TOPS 2026 membawakan barisan penceramah pakar merentasi disiplin sejarah, agama, dan geopolitik. Pendedahan ini bertujuan memberikan perspektif serta informasi yang sahih mengenai realiti semasa di Palestin.

Menerusi pengisian ini, para peserta dapat memahami akar permasalahan konflik, mengamati perkembangan terkini, serta mengkaji langkah tindakan solidariti di peringkat global.

Antara manfaat utama yang diperoleh peserta:
✅ Memahami akar umbi konflik dan perjuangan Palestin.
✅ Mendapat gambaran jelas serta perkembangan terkini di Gaza.
✅ Mempelajari strategi dan langkah tindakan solidariti global.
✅ Membina jaringan ukhuwah bersama rakan-rakan yang punyai aspirasi sama.

Semoga pertemuan ini menjadi titik awal untuk kita terus istiqamah membela hak dan kebebasan rakyat Gaza.

“Memperkasa Ummah, Membebaskan Al-Aqsa”

“Nurturing Humanity, Making a Difference”

BinaSemulaGaza FreePalestine

MyCARE TOPS2026 FreePalestine GlobalDayOfAction StandWithGaza SolidaritiPalestin

13/10/2026

Training of Palestine Specialist its a wrap✨

Banyak yang para peserta telah belajar semasa mengikuti bengkel 2 hari di Ibu Pejabat MyCARE. Ada juga yang teruja untuk bertemu dengan penceramah-penceramah jemputan dan mengenali rakan-rakan baru semasa di bengkel.

Semoga program ini telah sedikit sebanyak memberikan nafas baru dan semangat memperjuangkan hak dan kebebasan Palestin.

“Memperkasa Ummah, Membebaskan Al-Aqsa”

“Nurturing Humanity, Making a Difference”

BinaSemulaGaza FreePalestine

13/10/2026

Alhamdulillah, seramai 86 orang pelajar kejururawatan telah berjaya menamatkan pengajian dengan bantuan pembayaran yuran daripada pihak Humanitarian Care Malaysia (MyCARE). Kini, mereka telah mula berkhidmat untuk merawat dan menyelamatkan nyawa pesakit yang memerlukan.

Bantuan pendidikan ini bukan sekadar membantu mereka menamatkan pengajian, tetapi merupakan pelaburan jangka panjang yang memberi manfaat berterusan kepada lebih ramai mangsa yang mengalami kecederaan akibat genosid yang sedang berlaku.

Setiap sumbangan hari ini mampu melahirkan lebih ramai petugas kesihatan yang akan terus berkhidmat, merawat dan menyelamatkan nyawa mereka yang memerlukan.

Jangan biarkan mereka berjuang sendirian. Teruskan hulurkan bantuan dan bersama MyCARE menyokong usaha kemanusiaan ini.

Sumbang melalui MyCARE. Bersama kita teruskan harapan mereka.

Alhamdulillah, Training of Palestine Specialist (TOPS) 2026 yang berlangsung selama dua hari pada 10 dan 11 Oktober 2026...
13/10/2026

Alhamdulillah, Training of Palestine Specialist (TOPS) 2026 yang berlangsung selama dua hari pada 10 dan 11 Oktober 2026 bertempat di Ibu Pejabat MyCARE, Seri Kembangan telah melabuhkan tirainya.

Penganjuran bengkel ini membuktikan iltizam berterusan MyCARE dalam memperkukuh barisan pendukung isu Palestin di peringkat akar umbi hingga ke pentas antarabangsa.

Isu Palestin bukan sekadar konflik semusim yang cukup ditanggapi dengan rasa simpati atau sekadar perkongsian butang 'Like', 'Repost', dan 'Share' di media sosial semata-mata. Sebaliknya, pembantaian berterusan, kezaliman apartheid, serta perancangan genosid zionis di Gaza menuntut respons yang jauh lebih matang, berstruktur, dan berwibawa.

Menyedari hakikat tersebut, objektif utama TOPS 2026 digagaskan khusus bagi merungkai permasalahan ini dari akar umbi secara kritis dan analitikal, sekali gus menepis salah faham naratif dan melahirkan barisan jurucakap serta pakar advokasi generasi baharu yang teguh berlandaskan fakta sejarah, kefahaman agama, dan realiti geopolitik dunia.

Sepanjang dua hari bengkel berintensiti tinggi ini, para peserta telah dibawa menyelami kurikulum modul yang komprehensif.

Perbincangan bermula dengan kupasan akar permasalahan sejarah dan agama yang membongkar strategi awal penjajahan Zionis, diikuti dengan bedah siasat realiti semasa geopolitik pasca-Taufan Al-Aqsa, ancaman terhadap Baitulmaqdis, serta hala tuju masa depan perjuangan rakyat Palestin.

Sesi ini turut memperincikan percaturan gerakan solidariti global agar setiap tindakan boikot, kempen advokasi, dan tekanan diplomasi dapat dilaksanakan secara strategik dan bersasar.

Apresiasi dan penghormatan yang tidak terhingga ditujukan khusus kepada barisan panelis yang telah mencurahkan pandangan mendalam, berkongsi data lapangan, serta membimbing para peserta sepanjang bengkel ini berlangsung.

Syabas dan sekalung tahniah diucapkan kepada seluruh peserta yang terdiri daripada para pelajar, aktivis pertubuhan, sukarelawan, dan masyarakat awam.

Komitmen penuh, interaksi kritis, dan kesungguhan anda berkampung selama dua hari penuh membuktikan bahawa ruang menuntut ilmu sentiasa terbuka luas buat sesiapa yang ikhlas membela tanah suci para anbiya.

Ucapan terima kasih yang tidak berbelah bahagi juga dipanjangkan kepada seluruh warga kerja, staf, dan jawatankuasa pelaksana TOPS 2026 yang telah bekerja keras di belakang tabir bagi memastikan kelancaran teknikal, kebajikan peserta, serta pengurusan logistik berjalan dengan sempurna dari awal perancangan hingga ke akhir program.

Tamatnya sesi dua hari TOPS 2026 bukanlah pengakhiran, melainkan batu loncatan untuk membawa gelombang kesedaran yang lebih terancang ke universiti, institusi, tempat kerja, dan komuniti masing-masing.

Teruslah mara membawa naratif kebenaran, kerana perjuangan membebaskan Al-Aqsa menuntut ilmu yang mendalam, kesatuan saf, dan tindakan yang istiqamah.

"Memperkasa Ummah, Membebaskan Al-Aqsa"

"Nurturing Humanity, Making a Difference"

11/10/2026

𝐉𝐨𝐦 𝐭𝐨𝐧𝐭𝐨𝐧 𝐃𝐫 𝐙𝐢𝐚𝐝 𝐡𝐚𝐬𝐢𝐥𝐤𝐚𝐧 𝐦𝐢𝐧𝐲𝐚𝐤 𝐙𝐚𝐢𝐭𝐮𝐧 𝐬𝐞𝐧𝐝𝐢𝐫𝐢

Dalam video kali ini, kita bersama Dr Ziad dan keluarganya, termasuk Abdullah yang baru berusia empat tahun, berkongsi kepada penonton proses penghasilan minyak zaitun.

Bermula daripada memetik buah, mengumpulkannya ke dalam guni, mengasingkan buah dan seterusnya memerahnya sehingga menghasilkan minyak zaitun asli.

Video ini bukan sekadar perkongsian tentang proses menghasilkan minyak zaitun. Lebih daripada itu, ia memperlihatkan kehidupan rakyat P4lest1n yang tetap diteruskan meskipun ancaman serangan dan keganasan masih menghantui mereka setiap hari.

Mereka terus bekerja, membesarkan anak-anak dan mengusahakan tanah sendiri, sementara dunia masih menyaksikan pelbagai bentuk kerjasama yang membolehkan penjajahan dan penindasan berterusan.

Pokok zaitun terus berbuah. Rakyat P4lest1n terus bertahan. Sumud mereka tidak akan mudah dipatahkan.

Jangan biarkan perjuangan mereka terhenti tanpa sokongan kita. Hulurkan sumbangan melalui MyCARE untuk membantu rakyat P4lest1n yang terus bertahan menghadapi kezaliman dan kemusnahan.

Link di bahagian komen untuk menyumbang

Address

No 9
Seri Kembangan
43300

Opening Hours

Monday 08:30 - 18:00
Tuesday 08:30 - 18:00
Wednesday 08:30 - 18:00
Thursday 08:30 - 18:00
Friday 08:30 - 18:00

Telephone

+60389412341

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MyCARE posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to MyCARE:

Shortcuts

Share