26/10/2026
MEMO
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Penutupan Pagar Alternatif antara Masjid ke SK Semenyih
Laluan alternatif melalui pagar kecil antara Masjid Semenyih ke SK Semenyih akan ditutup bermula 26 Oktober 2026 hari Isnin sehingga diberitahu tarikh pembukaan semula. Penutupan ini berikutan kerja-kerja menaik taraf bangunan tambahan SK Semenyih setelah mengambil kira faktor-faktor keselamatan warga sekolah.
Oleh itu, semua warga sekolah hendaklah menggunakan laluan pagar utama.
Pihak kami memohon maaf di atas sebarang kesulitan.
Sekian terima kasih.
Saya yang menjalankan amanah
Guru Besar
SK Semenyih