03/10/2026
Pusat Komuniti Anjung Murni | 2 Oktober 2026 | Jumaat
MESYUARAT PENYELARASAN BERSAMA PENGERUSI-PENGERUSI DAN WAKIL ZON SEMENYIH BAGI PROGRAM LAWATAN DAN KUNJUNGAN PENGARAH PERPADUAN NEGERI SELANGOR KE KRT DAERAH HULU LANGAT
Pada 2 Oktober 2026 (Jumaat) telah diadakan Mesyuarat penyelarasan bersama pengerusi-pengerusi dan wakil zon Semenyih bagi membincangkan persiapan dan penyelarasan Program Lawatan dan Kunjungan Pengarah Perpaduan Negeri Selangor ke KRT Daerah Hulu Langat yang akan berlangsung pada 9 Oktober 2026.
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Pengerusi KRT Seksyen 5 Bandar Rinching, En. Suhaimi dan turut dihadiri oleh Pegawai Perpaduan Daerah, Puan Hamidah, Penyelaras Zon, Puan Herdiyana, pegawai-pegawai dari PPD serta pengerusi-pengerusi dan wakil zon Semenyih.
Pelbagai perkara berkaitan perjalanan dan penyelarasan program telah dibincangkan bersama bagi memastikan setiap persiapan dapat dilaksanakan dengan baik. Hasil perbincangan, kata sepakat telah dicapai bersama bagi memastikan program yang akan berlangsung pada 9 Oktober nanti berjalan dengan lancar.
Terima kasih juga diucapkan kepada AJK yang hadir untuk membantu persiapan bagi program tersebut.
Semoga segala persiapan yang telah dirancang dipermudahkan dan program nanti dapat berjalan dengan baik serta lancar.
βπ΄πππππ
ππππππ π·πππππ
πππ
π΄πππππππ π²πππππππππππβ
βπΊπππππ π·ππππ π±ππ
πβ