16/10/2026
📚 BENGKEL JOM CAPAI A! THE PEARL OF KEDAH (TPOK) POKOK SENA 📚
Pokok Sena, 10 Oktober - Alhamdulillah, Bengkel Jom Capai A! bagi anak-anak The Pearl of Kedah (TPOK) Pokok Sena telah berjaya dilaksanakan bertempat di Tadika Islam As-Syabab, Taman Keriang Pantai, Langgar dengan kehadiran seramai 19 orang peserta.
Program yang merupakan inisiatif dan anjuran YB Dato’ Ustazah Hajah Siti Ashah binti Haji Ghazali, Pengerusi Jawatankuasa Luar Bandar, Kemiskinan dan Pembangunan Insan Negeri Kedah, dengan kerjasama Nisa' Pokok Sena selaku pelaksana, bertujuan membantu anak-anak TPOK memperkukuh penguasaan akademik serta membuat persediaan menghadapi peperiksaan akan datang.
Bengkel ini memberi fokus kepada dua mata pelajaran, iaitu Matematik dan Bahasa Inggeris melalui perkongsian ilmu, teknik menjawab soalan serta strategi pembelajaran yang berkesan.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada penceramah jemputan, seluruh jawatankuasa Nisa' Pokok Sena serta ibu bapa dan waris atas komitmen, kerjasama dan sokongan dalam menjayakan bengkel ini.
Semoga segala ilmu yang diperoleh menjadi pemangkin semangat buat anak-anak TPOK untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan 🤲🏻✨
“Usaha hari ini, kejayaan menanti.”