ISMA Alor Setar

Call Directions Contact the organization

ISMA Alor Setar IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA CAWANGAN ALOR SETAR

Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) yang dahulunya dikenali dengan nama Ikatan Siswazah Muslim Malaysia ditubuhkan pada tahun 1997, merupakan Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang berdaftar dan tidak bermotifkan keuntungan. ISMA berhasrat untuk memikul amanah sebagai organisasi yang memberikan kebaikan kepada seluruh masyarakat sama ada dari aspek kebajikan sosial, pembangunan insan, kekeluargaan, pembangunan remaja dan belia serta wanita. ISMA juga bergerak aktif di tengah-tengah masyarakat untuk mengurangkan gejala-gejala sosial di kalangan remaja mahupun golongan dewasa. Program-program yang dilaksanakan menjurus kepada penghayatan kehidupan beragama dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian. Dengan misi untuk โ€œmengesaniโ€ masyarakat, ISMA komited akan mencapai matlamat penubuhannya apatah lagi ISMA mempunyai ahli-ahli yang konsisten dalam melaksanakan usaha-usaha yang dijalankan.

๐ŸŒธ JOM MUSLIMAH, KITA TAMBAH ILMU! ๐ŸŒธAssalamualaikum w.b.t. ๐Ÿ’•Jom ibu-ibu dan para muslimah sertai Usrah Wanita: Kelas Fard...
18/10/2026

๐ŸŒธ JOM MUSLIMAH, KITA TAMBAH ILMU! ๐ŸŒธ

Assalamualaikum w.b.t. ๐Ÿ’•

Jom ibu-ibu dan para muslimah sertai Usrah Wanita: Kelas Fardu Ain dengan tajuk:

โœจ TAHARAH: KUNCI SAHNYA IBADAH โœจ

Tahukah kita bahawa ilmu taharah atau bersuci merupakan asas penting dalam memastikan ibadah kita sah? Jom sama-sama mendalami ilmu ini agar ibadah lebih yakin, betul dan sempurna, insya-Allah. ๐Ÿค

๐Ÿ“… Tarikh: Jumaat, 23 Oktober 2026
โฐ Masa: 5.00 petang
๐Ÿ“ Tempat: Dewan Rumah Pangsa Alor Malai, Alor Setar
๐Ÿ’ Yuran: Percuma!

๐Ÿ‘ฉ๐Ÿปโ€๐Ÿซ Penyampai: Ustazah Nuraini binti Mohamad Salleh

๐Ÿ“ PENDAFTARAN & PERTANYAAN
๐Ÿ“ฒ Hubungi Pn. Asiah: +6017-430 3194

๐Ÿฑ Potluck dialu-alukan!

๐ŸŒท Luangkan sedikit masa untuk menuntut ilmu, memperbaiki amalan dan mengeratkan ukhuwah sesama muslimah.

Jom hadir beramai-ramai! Bawa ibu, kakak, adik dan sahabat bersama. โค๏ธ

Ilmu dipelajari, ibadah diperbaiki, pahala insya-Allah diraih.

๐Ÿน **โ€œTarikโ€ฆ fokusโ€ฆ dan lepaskan!โ€** ๐ŸŽฏPagi  yang cukup meriah di **Taman Kenyalang**! โค๏ธAnak-anak berpeluang mencuba peng...
15/10/2026

๐Ÿน **โ€œTarikโ€ฆ fokusโ€ฆ dan lepaskan!โ€** ๐ŸŽฏ

Pagi yang cukup meriah di **Taman Kenyalang**! โค๏ธ

Anak-anak berpeluang mencuba pengalaman memanah.
Ada yang pertama kali pegang busur.
Ada yang tersasar.
Ada yang tepat kena sasaran. ๐Ÿ˜

Tapi satu perkara yang paling seronokโ€ฆ

**Semua berani mencuba!** ๐Ÿ’ชโœจ

Sedikit demi sedikit, mereka belajar untuk fokus, sabar dan yakin pada diri sendiri.

Kerana setiap anak panah yang dilepaskan membawa satu pengajaran:

**Tak perlu terus sempurna.
Cuba dulu. Ulang lagi. Jangan mudah mengalah.** โค๏ธ

**Hari ini bidik sasaran, esok bidik impian!** ๐ŸŽฏโœจ

KOMUNITI TAMAN KENYALANG X ISMA ALOR SETAR

BULI: MEMPERKASA KOMUNITI SEBAGAI BENTENG SOSIALMutakhir ini, kita sering dikejutkan dengan kisah buli dalam kalangan pe...
10/10/2026

BULI: MEMPERKASA KOMUNITI SEBAGAI BENTENG SOSIAL

Mutakhir ini, kita sering dikejutkan dengan kisah buli dalam kalangan pelajar sekolah. Ada kes yang menyebabkan kecederaan serius, malah ada yang berakhir dengan kematian. Apabila tragedi berlaku di sekolah, perhatian masyarakat lazimnya tertumpu kepada sekolah, termasuk kekurangan kamera litar tertutup (CCTV), tahap pengawasan guru dan warden, keberkesanan sistem disiplin, serta pembahasan mengenai hukuman dan rotan.

Ya, semua perkara ini penting dan perlu ditambah baik. Namun, ada satu lagi dimensi yang kurang diberikan perhatian, iaitu keadaan komuniti yang membesarkan anak-anak tersebut sebelum dan selepas mereka berada di sekolah.

Golongan muda hari ini sebahagian besarnya terdiri daripada Generasi Z (Gen Z) dan Generasi Alpha (Gen Alpha). Gen Z secara umum merujuk kepada generasi yang lahir sekitar penghujung 1990-an hingga awal 2010-an, ketika internet, telefon pintar dan media sosial berkembang pesat.

Gen Alpha p**a ialah generasi selepasnya yang sejak kecil membesar bersama skrin, media sosial, permainan dalam talian dan algoritma digital. Sempadan tahun antara generasi ini tidaklah mutlak, tetapi perubahan sosial yang berlaku cukup jelas. Mereka mungkin mempunyai jaringan digital yang sangat luas, tetapi pada masa yang sama semakin kurang ruang untuk berinteraksi secara bersemuka.

Seorang anak mungkin mempunyai ratusan kenalan dalam talian, tetapi belum tentu mengenali jiran yang tinggal tiga buah rumah darinya.

Dahulu Anak Membesar dalam Sebuah Komuniti

Dahulu, seorang anak membesar bukan sahaja dalam sebuah keluarga, tetapi juga dalam sebuah kampung atau komuniti. Komuniti tradisional tentunya bukan sempurna dan kenakalan tetap berlaku. Namun, seorang kanak-kanak biasanya berada dalam suatu jaringan sosial yang lebih luas.

Jiran mengenali ibu bapanya, orang dewasa mengenali anak-anak di kawasan tersebut, manakala surau, masjid, padang, kenduri, gotong-royong dan aktiviti kampung menjadi ruang pertemuan antara generasi.

Jika seorang anak melakukan sesuatu yang keterlaluan, ada mata yang melihat, ada mulut yang menegur dan ada kemungkinan perkara tersebut sampai kepada pengetahuan keluarganya. Pendidikan sosial tidak hanya berlaku melalui ibu bapa dan guru. Komuniti turut menjadi mata, telinga dan suara yang membantu membentuk tingkah laku anak-anak.

Hal ini menunjukkan komuniti yang berorganisasi mempunyai saluran komunikasi, aktiviti gotong-royong, program kebajikan, sukan, kenduri, rondaan keselamatan serta hubungan yang lebih tersusun dengan PBT dan pihak polis boleh menjadi penyelamat kepada anak-anak remaja.

Apabila berlaku kematian, kemalangan atau musibah, masyarakat bergerak membantu. Apabila timbul konflik, ada pihak yang boleh menjadi pengantara. Daripada hubungan sebegini lahir semangat kekitaan, rasa kepunyaan dan tanggungjawab terhadap orang lain.

Inilah antara benteng sosial yang semakin perlu diperkukuhkan.

Tetapi sekarang, sebahagian kawasan perumahan moden hari ini mungkin padat dengan rumah, tetapi semakin longgar hubungan sosialnya. Tanpa persatuan penduduk, Kawasan Rukun Tetangga (KRT) atau kesatuan komuniti yang aktif, aspek keselamatan lebih banyak menjadi urusan keluarga masing-masing, kebersihan diserahkan kepada individu atau pihak berkuasa tempatan (PBT), konflik menjadi masalah antara dua keluarga dan aktiviti bersama semakin terhad.

Jiran kurang mengenali jiran, apatah lagi mengenali anak-anak dan remaja di kawasan tersebut. Kemudahan seperti padang, taman permainan dan dewan p**a akhirnya hanya menjadi infrastruktur fizikal, bukannya ruang untuk membina hubungan kemasyarakatan.

Pembuli Tidak Tiba-tiba Menjadi Pembuli

Dalam konteks buli, seorang pembuli tidak tiba-tiba menjadi pembuli apabila melangkah masuk ke pagar sekolah. Begitu juga sifat tidak berempati, kecenderungan merendahkan orang lain, menganggap kekerasan sebagai hiburan atau keinginan untuk menunjukkan dominasi tidak terbentuk dalam satu malam.

Tingkah laku manusia berkembang daripada interaksi pelbagai faktor, termasuk keluarga, rakan sebaya, sekolah, pengalaman hidup, dunia digital dan komuniti.

Maka, penyelesaian terhadap isu buli tidak boleh dibebankan kepada sekolah semata-mata. CCTV membantu merakam kejadian, guru disiplin mengambil tindakan dan hukuman boleh menjadi salah satu langkah pencegahan. Namun, semua itu belum mencukupi untuk membentuk manusia.

Komuniti Perlu Diperkasa Semula

Sudah sampai masanya komuniti dilihat sebagai sebahagian daripada ekosistem pendidikan generasi muda. Persatuan penduduk, KRT, masjid, surau, NGO, kelab sukan serta kump**an belia perlu diperkasa supaya bukan sekadar aktif apabila berlaku masalah, tetapi menjadi institusi sosial yang hidup sepanjang tahun.

Melalu platform tersebut, kita dapat melakukan banyak aktiviti yang membawa anak-anak keluar daripada bilik, skrin dan dunia digital kepada kembali berinteraksi dengan manusia dan alam sebenar.

Antara aktiviti yang boleh dilakukan seperti solat berjemaah, tadabbur alam, kem ibadah serta aktiviti yang membina kesedaran bahawa kehidupan mempunyai nilai, tujuan dan pertanggungjawaban.

Pendidikan moral akan lebih bermakna apabila anak bukan sekadar mengetahui bahawa membuli itu salah, tetapi mempunyai asas dalaman untuk memahami mengapa menzalimi, menghina dan menyakiti manusia lain itu salah.

Pada masa yang sama, komuniti boleh memperbanyakkan aktiviti sebenar seperti perkhemahan, memasak, ikhtiar hidup, mendaki, berkebun, memancing, orientering, pertolongan cemas dan khidmat masyarakat.

Aktiviti seperti ini memerlukan kerjasama, disiplin, kesabaran, kepimpinan serta kebergantungan antara satu sama lain. Anak yang biasa bekerjasama mendirikan khemah, menyediakan makanan untuk kump**an atau membantu rakannya menyelesaikan tugasan memperoleh pengalaman sosial yang sangat berbeza daripada hanya berinteraksi melalui skrin.

Malah, komuniti boleh mula mewujudkan lebih banyak program no gadget, iaitu beberapa jam atau sehari tanpa telefon pintar dan permainan digital. Bukan kerana teknologi itu musuh, tetapi kerana generasi yang hidup dalam dunia digital juga perlu dilatih untuk berbual secara bersemuka, membaca emosi manusia, bertolak ansur, menyelesaikan perselisihan dan menikmati aktiviti tanpa memerlukan rangsangan skrin pada setiap masa.

Bagi meningkatkan tahap kepekaan anak-anak kepada masyarakat, sikap itu boleh dipupuk melalui aktiviti gotong-royong, ziarah orang sakit, membantu keluarga yang ditimpa musibah, membersihkan kawasan awam, program bersama warga emas dan aktiviti sukarelawan juga sebenarnya mempunyai fungsi pendidikan yang besar.

Di sinilah seorang anak belajar bahawa masyarakat mempunyai golongan yang lebih tua untuk dihormati, golongan yang memerlukan bantuan untuk dibantu, rakan yang perlu dijaga serta kepentingan bersama yang kadangkala perlu didahulukan daripada kehendak diri.

Komuniti yang Kuat Bukan Sekadar WhatsApp Group

Komuniti yang kuat bukan sekadar mempunyai WhatsApp group. Sebaliknya, komuniti yang anggotanya saling mengenali, anak-anak mempunyai ruang untuk membesar bersama, orang dewasa berani menegur dengan hikmah dan masyarakat mempunyai aktiviti bersama yang berterusan.

Sekolah tetap perlu diperkasa. CCTV perlu mencukupi di lokasi berisiko, aduan mesti diambil serius, guru dan warden perlu mempunyai sistem sokongan yang baik, manakala disiplin perlu dilaksanakan secara berkesan.

Namun, kamera hanya boleh merakam kejadian dan hukuman hanya mampu mengawal sebahagian tingkah laku. Pembentukan manusia memerlukan manusia lain.

Jika kita benar-benar mahu menangani buli dalam jangka panjang, usaha itu tidak boleh berhenti di pagar sekolah. Kita perlu membina kembali komuniti yang berfungsi, iaitu komuniti yang berorganisasi, berkomunikasi, beribadah, bekerj bersama, membantu sesama sendiri dan sesekali berani menutup telefon untuk kembali memandang manusia di hadapan mereka.

Sekolah mungkin menjadi tempat sesuatu kes buli berlaku, tetapi pembentukan seorang anak berlaku dalam seluruh ekosistem kehidupannya.

Memperbaiki sekolah adalah penting. Memperkasa keluarga dan menghidupkan kembali komuniti juga merupakan sebahagian daripada penyelesaiannya.

Mohammad Fikri bin Abd Rahim
Naib Yang Dipertua ISMA Alor Setar

Seorang mukmin akan sentiasa berada dalam kelapangan agamanya selagi dia tidak menumpahkan darah yang diharamkan.
10/10/2026

Seorang mukmin akan sentiasa berada dalam kelapangan agamanya selagi dia tidak menumpahkan darah yang diharamkan.


27/09/2026

"Apakah bentuk ummah yang mahu kita wariskan kepada generasi selepas kita?โ€ ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐ŸŒบ

Siapa pernah main ni? Sep! ๐Ÿ–๐ŸปโœจDi sebalik semua yang kita main, ada ceritanya ๐ŸŒบ๐Ÿ’–
27/09/2026

Siapa pernah main ni? Sep! ๐Ÿ–๐Ÿปโœจ
Di sebalik semua yang kita main, ada ceritanya ๐ŸŒบ๐Ÿ’–

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐ŸŒบ  HARI KARNIVAL MALAYSIA โ€” โ€œBerjiwa Merdeka, Membina Ummah.โ€ ๐ŸŒบ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พPada suatu pagi yang tenang, anak-anak berlari- lari ...
27/09/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐ŸŒบ HARI KARNIVAL MALAYSIA โ€” โ€œBerjiwa Merdeka, Membina Ummah.โ€ ๐ŸŒบ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Pada suatu pagi yang tenang, anak-anak berlari- lari di kawasan Masjid Lahar Budi, Alor Setar. Ada yang mencuba permainan congkak dan batu seremban buat pertama kali. Ada yang tekun mewarna, menarik tali, baling tin dan mengenali permainan tradisional yang semakin jarang ditemui.

Di satu sudut, ibu ayah tersenyum melihat anak-anak belajar tentang warisan bangsa.

Di sudut yang lain, jiran tetangga bertemu, bersalaman dan bertanya khabar.

**Inilah karnival yang kita impikan.**

Bukan sekadar meriah dengan aktiviti, tetapi menjadi ruang untuk kita kembali mengingati siapa kita, dari mana kita datang dan ke mana kita mahu membawa generasi akan datang.

๐ŸŒฟ **โ€œBerjiwa Merdeka, Membina Ummah.โ€**

Jiwa merdeka bukan sekadar bebas daripada penjajahan.

Jiwa merdeka ialah jiwa yang mengenal Tuhan, menghargai sejarah, mencintai tanah air, menghormati manusia dan berani membawa nilai yang baik dalam kehidupan.

Ia tentang membina masyarakat yang mempunyai nilai, akhlak dan kesedaran untuk menjadi umat yang memberi manfaat.

**Ummah Fadhilah tidak lahir dalam sehari.**

Ia bermula daripada keluarga yang mendidik.

Daripada anak-anak yang mengenal adab.

Daripada jiran yang saling mengambil berat.

Daripada masyarakat yang menjaga warisan dan identiti.

Dan daripada generasi muda yang bukan sahaja tahu menikmati kemerdekaan, tetapi memahami amanah di sebaliknya.

"Apakah bentuk ummah yang mahu kita wariskan kepada generasi selepas kita?โ€

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐ŸŒบ KOMUNITI LAHAR BUDI X ISMA ALOR SETAR





23/09/2026

SEMINIT UNTUK HATI

Kita selalu meminta supaya Allah
permudahkan urusan kita

Tetapi pernahkah kita meminta supaya
Allah mudahkan hati kita
untuk taat kepada-Nya?

Berhenti seketika.
Ayuh periksa kembali hati kita.

ISMA Kemaman

Mula-mula turun gelanggang, masing-masing nampak serius nak menang. ๐Ÿ˜†Bila dah mula bermainโ€ฆ keluar p**a gelak, usik-meng...
23/09/2026

Mula-mula turun gelanggang, masing-masing nampak serius nak menang. ๐Ÿ˜†
Bila dah mula bermainโ€ฆ keluar p**a gelak, usik-mengusik dan macam-macam aksi!

Ada yang power buat smash, ada yang ligat mengejar shuttlecock, dan ada juga yang sekadar nak berpeluh sambil jumpa kawan-kawan. ๐Ÿธ๐Ÿ˜‚

Apa pun, yang paling best bukan tentang siapa menang atau kalahโ€ฆ

**Tetapi tentang masa yang diluangkan bersama, ukhuwah yang terjalin dan badan yang lebih sihat.** โค๏ธ

Terima kasih semua yang memeriahkan **Smash Sis Fillah**!

Jumpa lagi di gelanggang! ๐Ÿธโœจ


๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐ŸŒบ **HARI KARNIVAL MALAYSIA โ€“ JOM MERIAHKAN BERSAMA!** ๐ŸŒบ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พAssalamualaikum w.b.t. dan Salam Malaysia ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐ŸŽ‰ Warga Kampung L...
23/09/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐ŸŒบ **HARI KARNIVAL MALAYSIA โ€“ JOM MERIAHKAN BERSAMA!** ๐ŸŒบ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Malaysia ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

๐ŸŽ‰ Warga Kampung Lahar Budi dan sekitar, dijemput hadir beramai-ramai ke Hari Karnival Malaysia* yang akan diadakan di *Masjid Lahar Budi, Alor Setar*.

๐Ÿ“… *Tarikh:* 25 September 2026 (Jumaat)
โฐ *Masa:* 8.30 pagi โ€“ 12.00 tengah hari
๐Ÿ“ *Tempat:* Masjid Lahar Budi, Alor Setar

Pelbagai aktiviti menarik menanti, antaranya:

๐ŸŽจ *Mewarna*
๐Ÿ’ *Gubahan*
๐Ÿชข *Tarik Tali*
๐Ÿฅฅ *Musang Berjanggut*
๐ŸŽฏ *Permainan Rakyat & Tradisional*
๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ *Explore Merdeka*
๐ŸŽฒ *Congkak, Batu Seremban, Wau, Ceper & Batik*
dan *lain-lain lagi!*

๐Ÿ‘• *Tema pakaian:* *Baju Dulu Kala*
Jom tampil dengan pakaian tradisional atau gaya zaman dahulu untuk sama-sama menghidupkan suasana nostalgia! ๐Ÿ˜Š

Jika anda berminat untuk menyertai mana-mana acara, boleh daftar di sini... https://bit.ly/KarnivalSukanLaharBudi

๐ŸŒ™ *ISTIMEWA PADA MALAM HARI*

Selepas *solat Maghrib*, jangan lupa hadir lagi ke masjid untuk *ceramah khas berkaitan sejarah Kedah*. ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ“š

Mari kita kenali sejarah dan warisan negeri kita, sambil mengeratkan silaturahim sesama warga kampung.

โค๏ธ *Jom bersama-sama menghidupkan suasana kampung, mengimbau nostalgia lama, menyemarakkan semangat Malaysia dan membina ukhwah dalam komuniti!*

*Jangan lupa ajak keluarga, anak-anak dan jiran tetangga. Jumpa kita di sana! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐ŸŒบ*

Address

Tingkat 1, No 25, Taman Vistana Indah
Alor Setar
06500

Telephone

+601155577161

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when ISMA Alor Setar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to ISMA Alor Setar:

Shortcuts

Share