16/10/2026
𝐓𝐚𝐡𝐧𝐢𝐚𝐡 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐃𝐚𝐭𝐨 𝐃𝐫 𝐕𝐞𝐫𝐨𝐧𝐢𝐜𝐚 𝐋𝐮𝐠𝐚𝐡 𝐚𝐭𝐚𝐬 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧𝐮𝐠𝐞𝐫𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐃𝐚𝐫𝐣𝐚𝐡 𝐏𝐚𝐧𝐠𝐥𝐢𝐦𝐚 𝐒𝐞𝐭𝐢𝐚 𝐁𝐢𝐧𝐭𝐚𝐧𝐠 𝐒𝐚𝐫𝐚𝐰𝐚𝐤 (𝐏.𝐒.𝐁.𝐒.)
Persatuan Juru X-ray Malaysia (MSR) merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada 𝐘𝐁𝐡𝐠. 𝐃𝐚𝐭𝐨 𝐃𝐫 𝐕𝐞𝐫𝐨𝐧𝐢𝐜𝐚 𝐋𝐮𝐠𝐚𝐡, 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐚𝐫𝐚𝐡 𝐉𝐚𝐛𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐬𝐢𝐡𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐍𝐞𝐠𝐞𝐫𝐢 𝐒𝐚𝐫𝐚𝐰𝐚𝐤 atas pengurniaan darjah kebesaran berprestij 𝐃𝐚𝐫𝐣𝐚𝐡 𝐔𝐭𝐚𝐦𝐚 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐀𝐦𝐚𝐭 𝐌𝐮𝐥𝐢𝐚 𝐁𝐢𝐧𝐭𝐚𝐧𝐠 𝐒𝐚𝐫𝐚𝐰𝐚𝐤, 𝐏𝐚𝐧𝐠𝐥𝐢𝐦𝐚 𝐒𝐞𝐭𝐢𝐚 𝐁𝐢𝐧𝐭𝐚𝐧𝐠 𝐒𝐚𝐫𝐚𝐰𝐚𝐤 (𝐏.𝐒.𝐁.𝐒.) yang membawa gelaran kehormat Dato.
YBhg. Dato Dr Veronica Lugah, merupakan tetamu kehormat dan perasmi program antarabangsa MSR, 24th Asia-Australasia Conference of Radiological Technologists (AACRT)2023 di Kuching, Sarawak
Penganugerahan berprestij ini merupakan pengiktirafan terhadap kepimpinan Dato yang cemerlang, khidmat bakti yang berdedikasi serta sumbangan besar dalam bidang kesihatan awam dan perkhidmatan kesihatan di Sarawak.
Kami amat berbangga dengan pencapaian Dato dan mendoakan agar Dato terus mencapai kejayaan dalam kerjaya serta meneruskan sumbangan bermakna kepada negara.
𝐒𝐞𝐤𝐚𝐥𝐮𝐧𝐠 𝐭𝐚𝐡𝐧𝐢𝐚𝐡 𝐝𝐢𝐮𝐜𝐚𝐩𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐘𝐁𝐡𝐠. 𝐃𝐚𝐭𝐨 𝐃𝐫 𝐕𝐞𝐫𝐨𝐧𝐢𝐜𝐚 𝐋𝐮𝐠𝐚𝐡!