Kampung Jijan Kito

Directions

Kampung Jijan Kito Perkongsian Program dan Aktiviti di Kampung Jijan

10/10/2026
TAHNIAH!Diucapkan Kepada Encik Ismail Bin Abd Kadir diatas perlantikan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Ke...
10/10/2026

TAHNIAH!

Diucapkan Kepada Encik Ismail Bin Abd Kadir diatas perlantikan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Jijan bagi sesi 2026-2028.

Semoga dapat berkhidmat dan menjalankan tanggungjawab ini dengan cemerlang.

Jom kito support Program Belia Kg Jijan . Kpd anak-anak muda terutamanya boleh hadir program di atas. Sama-sama kita men...
25/08/2026

Jom kito support Program Belia Kg Jijan .
Kpd anak-anak muda terutamanya boleh hadir program di atas. Sama-sama kita menambah ilmu.

📣 JEMPUTAN KHAS BUAT GOLONGAN BELIA KAMPUNG JIJAN! 📣

Assalamualaikum w.b.t.

Jom luangkan masa untuk menimba ILMU FARDHU KIFAYAH melalui:

🐄 PROGRAM KURSUS FIQH SEMBELIHAN & AMALI BELIA KAMPUNG JIJAN

Program ini memberi peluang kepada para belia untuk memahami hukum-hakam, tatacara dan kaedah sembelihan yang betul menurut syariat Islam, di samping mendapat pengalaman amali secara langsung.

📅 29 Ogos 2026 (Sabtu)
⏰ 8:00 Pagi
📍 Masjid Sayyidina Abu Bakar Kg Jijan

🤝 Anjuran Kelab Belia Kampung Jijan
Dengan kerjasama Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Seremban & Masjid Sayyidina Abu Bakar Kg Jijan

MAKAN & MINUM DISEDIAKAN!

Jangan lepaskan peluang untuk menambah ilmu yang bermanfaat dan menjadi sebahagian daripada generasi belia yang celik ilmu agama serta mampu melaksanakan tuntutan fardhu kifayah dalam masyarakat.

Ilmu dipelajari, kemahiran dipraktikkan, pahala dikongsi.

📢 BELIA KAMPUNG JIJAN, JOM RAMAI-RAMAI HADIR!

🌙 SALAM MAULIDUR RASUL 1448H ﷺSelawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW, insan agung yang menjadi teladan...
24/08/2026

🌙 SALAM MAULIDUR RASUL 1448H ﷺ

Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW, insan agung yang menjadi teladan sepanjang zaman. 🤍

Sempena 12 Rabiulawal 1448H, marilah kita bersama-sama memperbanyakkan selawat, menyuburkan rasa cinta kepada Rasulullah SAW serta meneladani akhlak dan sunnah Baginda dalam kehidupan seharian.

Semoga kecintaan kita kepada Rasulullah SAW terus menjadi penyuluh dalam membina keluarga dan masyarakat yang penuh dengan kasih sayang, perpaduan dan keberkatan.

Salam Cinta Rasul ﷺ
🌹 Buat seluruh umat Nabi Muhammad SAW.





MESYUARAT JAWATANKUASA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1448HAlhamdulillah, telah berlangsung Mesyuarat Jawatankuasa Sambutan Mau...
24/08/2026

MESYUARAT JAWATANKUASA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1448H

Alhamdulillah, telah berlangsung Mesyuarat Jawatankuasa Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Masjid Sayyidina Abu Bakar, Kampung Jijan pada:

📅 23 Ogos 2026 (Ahad)
⏰ 9.30 malam
📍 Bilik Mesyuarat MSAB, Kampung Jijan

Mesyuarat membincangkan persiapan bagi Sambutan Maulidur Rasul yang akan diadakan pada:

📅13 September 2026 (Ahad)
⏰8:00 Pagi
🚶Perarakan bermula di Padang Awam Kampung Jijan
🏁 Berakhir di Perkarangan Masjid Sayyidina Abu Bakar Kampung Jijan

Mesyuarat telah di Pengerusi oleh Cgu Aznor selaku Pengerusi MSAB Kg Jijan. Antara acara utama yang bakal diadakan ialah Perarakan Maulidur Rasul dan Ceramah Maulidur Rasul.

Mana-mana pihak yang berminat untuk menghantar kontinjen perarakan boleh berhubung dengan Pengerusi atau Setiausaha Masjid Sayyidina Abu Bakar, Kampung Jijan untuk maklumat dan penyertaan.

Semoga seluruh masyarakat Kampung Jijan dapat bersama-sama hadir memeriahkan sambutan ini sebagai tanda kecintaan kita kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, serta bersama-sama menghidupkan dan menghayati semangat memperingati kelahiran Baginda.

Ayuh bersama mengimarahkan Maulidur Rasul!

“Berselawat, Bersatu, Menghidupkan Sunnah Rasulullah SAW.”

HEBAHAN KEMATIAN WARGA KG JIJANNama: Fabilah Bin AbuUmur : 72 TahunTarikh : 20 Ogos 2026Masa : 7:00 PetangPunca Kematian...
21/08/2026

HEBAHAN KEMATIAN WARGA KG JIJAN

Nama: Fabilah Bin Abu
Umur : 72 Tahun
Tarikh : 20 Ogos 2026
Masa : 7:00 Petang
Punca Kematian : Sakit Tua
Dikebumikan : Tanah Perkuburan Islam Kg Jijan

Semoga segala urusan dipermudahkan.
Didoakan juga semoga roh Allahyarham ditempatkan dikalangan orang-orang beriman.

Seluruh warga Kg Jijan mengucapkan salam takziah kepada keluarga dan waris beliau.

REWANG KAMPUNG DITERUSKAN, TRADISI TERUS DISEMARAKKAN! Alhamdulillah, semangat gotong-royong dan kebersamaan warga Kampu...
16/08/2026

REWANG KAMPUNG DITERUSKAN, TRADISI TERUS DISEMARAKKAN!

Alhamdulillah, semangat gotong-royong dan kebersamaan warga Kampung Jijan terus mekar apabila program rewang diteruskan lagi pada minggu ini di rumah Pak Jamil dan Induk Salmi, sempena Majlis Kenduri Perkahwinan anakanda mereka, Puteri Rabiatul.

Setinggi-tinggi ucapan Selamat Pengantin Baru buat Puteri Rabiatul dan pasangan. Semoga perkahwinan ini dikurniakan sakinah, mawaddah dan rahmah serta kekal bahagia hingga ke Jannah.

Lebih istimewa, majlis kali ini turut diserikan dengan perarakan dan persandingan yang penuh istiadat. Turut disediakan dengan persembahan silat, persembahan cak lempong dan kompang menghidupkan kembali seni, adat dan budaya warisan Negeri Sembilan yang penuh nilai dan makna.

Inilah tradisi kita — berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Rewang bukan sekadar membantu menyediakan juadah, tetapi menjadi ruang untuk mengeratkan ukhuwah, menyatukan hati dan menghidupkan semangat kekitaan dalam kalangan masyarakat.

Turut bersama-sama memeriahkan majlis ialah YB Maira Hasim, ADUN Kawasan Labu merangkap Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Sembilan.

Pemimpin bersama rakyat, rakyat bersama pemimpin. Kehadiran dan kebersamaan sebegini mencerminkan hubungan erat yang sentiasa dekat dengan denyut nadi masyarakat.

“Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas” — begitulah harapan kita agar tradisi rewang, gotong-royong dan semangat kerjasama ini terus dipelihara serta diwariskan kepada generasi akan datang.

Semoga ukhwah dan semangat kebersamaan warga Kampung Jijan terus kekal erat. Rewang kita kekalkan, gotong-royong kita suburkan, silaturahim kita eratkan.

Kampung Kito, Semangat Kito!
Bersama kita kekalkan tradisi, bersama kita bina komuniti.

HEBAHAN KEMATIAN WARGA KG JIJANNama : Hj. Sidek Bin BoyadiUmur : 94 TahunTarikh : 15 Ogos 2026Masa  :  3.30 pagiPunca Ke...
15/08/2026

HEBAHAN KEMATIAN WARGA KG JIJAN

Nama : Hj. Sidek Bin Boyadi
Umur : 94 Tahun
Tarikh : 15 Ogos 2026
Masa : 3.30 pagi
Punca Kematian : Sakit Tua
Masa Dikebumikan : Jam 11:00 Pagi
Tempat : Tanah Perkuburan Islam Kg Jijan

Seluruh Warga Kampung Jijan mengucapkan Salam Takziah dan mendoakan agar segala urusan dipermudahkan. Semoga roh Allahyarham di tempatkan di kalangan orang-orang soleh dan beriman.

Allahyarham Hj Sidek Boyadi pernah menerajui Kepimpinan Pentadbiran Kampung Jijan sebagai Ketua Kampung Jijan daripada tahun 1978 - 1989. Terima Kasih di atas segala jasa dan sumbangan beliau selama ini. Alfatihah .

REWANG KAMPUNG JIJAN — SERLAHKAN SEMANGAT KEMASYARAKATAN YANG TINGGI DIKALANGAN PENDUDUKKAMPUNG JIJAN | 5 – 8 OGOS 2026M...
08/08/2026

REWANG KAMPUNG JIJAN — SERLAHKAN SEMANGAT KEMASYARAKATAN YANG TINGGI DIKALANGAN PENDUDUK

KAMPUNG JIJAN | 5 – 8 OGOS 2026

Meriah suasana di Kampung Jijan sejak 5 Ogos yang lalu apabila warga kampung bersama-sama turun padang menjayakan aktiviti rewang sempena Majlis Perkahwinan anak kepada En. Ismail bin Abd Kadir di perkarangan rumah beliau.

Ada yang di dapur, ada yang menyediakan juadah, ada yang menguruskan persiapan majlis — masing-masing menyumbang tenaga tanpa mengira penat.

Inilah tradisi rewang yang kita mahu terus kekalkan.

Bukan sekadar bergotong-royong menyiapkan majlis, tetapi menjadi ruang untuk merapatkan ukhwah, mengeratkan silaturahim dan memperkukuhkan semangat kekitaan dalam kalangan masyarakat kampung.

Yang muda membantu yang tua, yang tua membimbing yang muda. Saling melengkapi, saling membantu. Inilah kekuatan orang kampung!

Komitmen dan kesungguhan warga Kampung Jijan membuktikan bahawa semangat gotong-royong masih utuh dan terus menjadi sebahagian daripada identiti masyarakat kita.

Esok, Ahad 9 Ogos 2026, tibalah hari yang dinanti.

Semua dijemput hadir memeriahkan Majlis Perkahwinan dan bersama-sama meraikan pasangan pengantin serta keluarga.

Rewang kita kekalkan.
Gotong-royong kita hidupkan.
Ukhwah kita eratkan.
Kampung Jijan kita satukan.






Address

Kampung Jijan
Nilai
71800

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kampung Jijan Kito posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share