09/08/2026
MAHA 2026 MENANTI KEHADIRAN ANDA!
Sektor agromakanan negara kini melangkah lebih jauh dengan suntikan elemen kreativiti, inovasi dan teknologi terkini. MAHA 2026 memberi peluang kepada anda untuk melihat transformasi industri pertanian dalam memastikan kestabilan serta keterjaminan bekalan makanan yang lebih kompetitif dan lestari.
Menerusi pameran ini, segala aspek berkaitan mekanisasi pintar, dunia hortikultur, industri perikanan, penternakan, sehingga ke keunikan agropelancongan dan kepelbagaian produk tempatan digabungkan bagi menjanjikan kepuasan pengembaraan ilmu kepada semua lapisan masyarakat.
π
28 Ogos β 6 September 2026
π10.00 pagi β 10.00 malam
πMAEPS Serdang, Selangor
Mari sertai kami bersama yang tersayang untuk meneroka pelbagai penemuan baharu, memperkaya pengetahuan dan menyelami kepentingan sektor agromakanan yang menjadi nadi kehidupan kita semua.
Lebih daripada sekadar acara dwi-tahunan, MAHA 2026 merupakan wadah utama yang mengeratkan hubungan komuniti dengan landskap pertanian masa hadapan menerusi Penciptaan Nilai Demi Keterjaminan Makanan.
βMAHA Datang Lagi, Tak Datang Rugiβ
Layari: www.mahaofficial.com.my
Media sosial rasmi:
(Facebook, Instagram, TikTok, Threads, X, Youtube)
MAHA 2026 β Pameran Pertanian, Hortikultur & Agropelancongan Malaysia. 28 Ogos β 6 September 2026 di MAEPS Serdang, Selangor. 4 juta pengunjung, 10 hari penuh impak.