16/09/2026
Jangan Double Standard: Mempertahankan Maruah Agama dan Kedaulatan Undang-Undang Tidak Boleh Hanya Terpakai Apabila Islam Dihina
《圣经》被改编成色情笑话——为什么基督徒受辱时,标准就变了?【华语翻译在下方】
Malaysia hanya boleh mempunyai satu standard dalam menangani isu agama. Selama ini, apabila Islam, al-Quran atau Nabi Muhammad SAW dihina, masyarakat menuntut supaya sensitiviti agama dihormati, polis menjalankan siasatan dan tindakan diambil mengikut undang-undang. Kami bersetuju dengan prinsip ini dan menuntut supaya prinsip yang sama turut digunakan terhadap agama Kristian.
Dalam isu stoking kalimah “Allah” melibatkan KK Mart pada tahun 2024, KK Mart telah memohon maaf tetapi siasatan polis tetap diteruskan dan kes tersebut kemudiannya dibawa ke mahkamah. Dalam kes Crackhouse Comedy Club pada tahun 2022 p**a, Siti Nuramira Abdullah ditangkap dan didakwa sebelum akhirnya mengaku bersalah atas pertuduhan pilihan di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan dan didenda RM8,000. Jika dalam kes yang melibatkan Islam, permohonan maaf tidak bermakna proses undang-undang berakhir, maka prinsip yang sama mesti digunakan apabila agama Kristian terlibat.
Datuk Noorazli Said telah menyampaikan satu jenaka lucah dalam Perhimpunan Agung UMNO dengan menjadikan dua tokoh agama Katolik yang hidup membujang — seorang paderi dan seorang biarawati — sebagai watak lelaki dan wanita dalam jenaka tersebut. Dalam ceritanya, paderi itu memandu untuk menghantar biarawati p**ang. Ketika menukar gear, paderi itu meletakkan tangannya pada paha biarawati tersebut. Biarawati itu mengingatkannya tentang Mazmur 129 lalu paderi itu menarik semula tangannya. Perkara yang sama berlaku sekali lagi dan biarawati itu sekali lagi mengingatkannya tentang Mazmur 129.
Apabila p**ang dan membuka Bible, paderi itu kononnya “mendapati” bahawa Mazmur 129 berbunyi: “Go forth and seek further up and you will find glory.” Noorazli kemudian sendiri menjelaskannya: “Teruskan usahamu kerana semakin ke atas semakin dekatlah kamu dengan kejayaan.”
Maksud lucah jenaka tersebut sangat jelas: paderi itu menyentuh paha biarawati, manakala peringatan biarawati mengenai Mazmur 129 akhirnya ditafsirkan sebagai isyarat supaya paderi itu terus menyentuh semakin ke atas. Paderi digambarkan sebagai seorang yang menyentuh tubuh biarawati, manakala biarawati p**a digambarkan menggunakan apa yang dikatakan sebagai ayat Bible untuk memberi isyarat supaya paderi itu terus menyentuh semakin ke atas. Kedua-dua watak yang dipilih p**a ialah paderi dan biarawati yang hidup membujang dan mengabdikan diri kepada kehidupan keagamaan.
Mazmur 129 langsung tidak mengandungi ayat “Go forth and seek further up and you will find glory.” Ini bukan soal perbezaan versi atau terjemahan. Ayat itu memang tidak wujud. Noorazli mengatakan satu ayat yang tidak wujud sebagai kandungan Mazmur 129, sehingga “ayat Bible” yang direka itu dijadikan asas kepada maksud lucah jenaka tersebut: mengikut jalan cerita jenaka itu, Bible seolah-olah memberitahu paderi tersebut — teruskan ke atas.
Soalannya sangat mudah: jika seseorang berdiri di pentas sebuah perhimpunan politik kebangsaan, menceritakan jenaka lucah mengenai seorang imam atau ustaz, kemudian mereka-reka satu ayat al-Quran yang langsung tidak wujud dan menjadikan ayat palsu itu sebagai bahan jenaka lucah tersebut, adakah kita akan menerima bahawa perkara itu selesai hanya dengan satu permohonan maaf? Jika tidak, Bible juga tidak sepatutnya diberikan standard yang berbeza. Kami menghormati hak umat Islam untuk mempertahankan kehormatan al-Quran dan Islam. Kami juga menuntut supaya kitab suci dan tokoh agama Kristian diberikan penghormatan yang sama.
Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang, telah meminta pihak berkuasa menyiasat kenyataan Noorazli dan menyebut Seksyen 298, Seksyen 298A Kanun Keseksaan serta peruntukan berkaitan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Seksyen 298 melibatkan perkataan dan perbuatan yang dilakukan dengan niat sengaja untuk melukakan perasaan keagamaan seseorang. Seksyen 298A p**a melibatkan perbuatan atas alasan agama yang menyebabkan atau cuba menyebabkan ketidakharmonian, perpecahan, perasaan permusuhan, kebencian atau niat jahat, atau yang memudaratkan keharmonian dan perpaduan. Sama ada kenyataan Noorazli memenuhi semua unsur kesalahan di bawah peruntukan tersebut hendaklah ditentukan berdasarkan bukti. Polis perlu menyiasat keseluruhan ucapannya, rakaman video, cara ia disebarkan serta fakta lain yang berkaitan sebelum pihak penguat kuasa dan pendakwaan membuat keputusan mengikut undang-undang.
Tuntutan kami mudah: PDRM mesti menyiasat. Jika tidak mencapai tahap suatu kesalahan jenayah, tutup kes mengikut undang-undang. Jika unsur kesalahan dipenuhi, ambil tindakan mengikut undang-undang. Kami tidak meminta undang-undang yang lebih keras dikenakan terhadap Noorazli. Kami juga tidak boleh menerima standard yang lebih longgar hanya kerana beliau seorang ahli politik atau kerana kali ini agama yang dihina ialah agama Kristian.
Al-Quran tidak boleh direka-reka kandungannya. Bible juga tidak boleh direka-reka kandungannya. Apabila Islam terlibat, permohonan maaf tidak secara automatik menggantikan proses undang-undang; apabila agama Kristian terlibat, prinsip yang sama mesti digunakan. Malaysia hanya mempunyai satu undang-undang, maka mesti ada satu ukuran yang sama.
Jangan double standard!
— Suara Keluarga Malaysia|16.09.2026
PENAFIAN: Sila komen secara rasional, berhemah dan bertanggungjawab. Sebarang komen berunsur kebencian, penghinaan agama, perkauman atau hasutan adalah tanggungjawab individu yang menulisnya dan sama sekali tidak mewakili pendirian halaman ini.
不要双重标准:维护宗教尊严与法治,不能只在伊斯兰受辱时才适用
马来西亚在处理宗教课题上,只能有一套标准。一直以来,当伊斯兰、《古兰经》或先知穆罕默德受到侮辱时,社会都会要求尊重宗教敏感、警方展开调查,并依法采取行动。我们认同这个原则,也要求同样的原则适用于基督教。
2024年 KK Mart “Allah 袜子”事件中,KK Mart 已经公开道歉,但警方调查并没有因此停止,案件后来也被带上法庭。2022年的 Crackhouse Comedy Club 事件中,Siti Nuramira Abdullah 被逮捕和提控,最后针对《刑事法典》第298条的替代控状认罪,并被罚款RM8,000。既然涉及伊斯兰时,一句道歉并不代表法律程序就此结束,那么涉及基督教时,也必须采用同样的原则。
Datuk Noorazli Said 在巫统全国代表大会上讲了一则黄色笑话,以两名守独身的天主教宗教人士——一名神父和一名修女——作为笑话中的男女主角。故事中,神父开车载修女回家。换挡时,神父把手放在修女的大腿上。修女提醒他《诗篇》第129篇,神父于是把手收回。后来同样的事情再次发生,修女也再次提醒他《诗篇》第129篇。
神父回到家翻开《圣经》,才“发现”所谓《诗篇》第129篇写着:“Go forth and seek further up and you will find glory.” Noorazli 随后自己解释:“Teruskan usahamu kerana semakin ke atas semakin dekatlah kamu dengan kejayaan.”——“继续努力,因为越往上,你就越接近成功。”
这则笑话的色情含义非常清楚:神父触摸修女的大腿,而修女提醒神父《诗篇》第129篇,最后却被解释成是在暗示神父继续往上触摸。 神父被描绘成触摸修女身体的人,修女则被描绘成利用所谓《圣经》经文,暗示神父继续往上触摸。被选来成为这则黄色笑话主角的,偏偏又是两名守独身、献身宗教生活的神父和修女。
《诗篇》第129篇根本没有 “Go forth and seek further up and you will find glory” 这句话。这不是不同版本或翻译造成的差异。这句话根本不存在。Noorazli 把一句不存在的话说成《诗篇》第129篇的内容,使这句虚构出来的“圣经经文”成为整则黄色笑话色情含义的依据:按照这则笑话的逻辑,《圣经》仿佛是在告诉神父——继续往上。
问题很简单:如果今天有人站在一个全国性政治大会的讲台上,讲一则关于 imam 或 ustaz 的黄色笑话,然后自己编造一句《古兰经》里根本不存在的经文,再把这句假经文当成黄色笑话的内容,我们会接受一句道歉以后事情就这样结束吗? 如果不会,那么《圣经》也不应该面对另一套标准。我们尊重穆斯林维护《古兰经》和伊斯兰尊严的权利。我们也要求基督教的神圣经典和宗教人士得到同样的尊重。
国家团结部长 Datuk Aaron Ago Dagang 已经要求有关当局调查 Noorazli 的言论,并提到《刑事法典》第298条、第298A条,以及《1998年通讯与多媒体法令》的相关条文。第298条涉及带有蓄意伤害他人宗教感情意图的言语和行为;第298A条则涉及基于宗教而造成或企图造成不和、分裂、敌意、仇恨或恶意,或损害和谐与团结的行为。Noorazli 的言论是否符合这些条文的所有犯罪构成要件,应当根据证据决定。警方应该调查他的完整演讲、相关影片、影片的传播方式以及其他相关事实,再由执法和检控机关依法作出决定。
我们的要求很简单:PDRM 必须调查。 如果调查结果达不到刑事犯罪的门槛,就依法结案;如果符合犯罪构成要件,就依法采取行动。我们没有要求对 Noorazli 使用一套更严厉的法律,但我们也不能接受因为他是一名政治人物,或者因为这一次受到侮辱的是基督教,就采用一套更宽松的标准。
《古兰经》的内容不能被随意编造,《圣经》的内容同样不能被随意编造。涉及伊斯兰时,道歉不能自动取代法律程序;涉及基督教时,也必须采用同样的原则。马来西亚只有一套法律,就必须使用同一把尺。不要双重标准。
—— 家庭价值联盟 2026年9月16日