Laman KPIPM

Call Website Contact the organization

Laman KPIPM Sebuah laman rasmi bagi Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir menyalurkan maklumat dan makluman kepada seluruh ahli dan rakan page.

GAMBAR | GOTONG-ROYONG PERDANA SEMPENA KEDATANGAN USMB '26Biro Perumahan KPIPM sesi 2025/2026 dengan kerjasama Pejabat A...
24/09/2026

GAMBAR | GOTONG-ROYONG PERDANA SEMPENA KEDATANGAN USMB '26
Biro Perumahan KPIPM sesi 2025/2026 dengan kerjasama Pejabat Atase Pendidikan Negeri Perak

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah ﷺ bersabda:

مَنْ نَفَّسَ عَنْ مُؤْمِنٍ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ الدُّنْيَا نَفَّسَ اللَّهُ عَنْهُ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ يَوْمِ الْقِيَامَةِ وَمَنْ يَسَّرَ عَلَى مُعْسِرٍ يَسَّرَ اللَّهُ عَلَيْهِ فِى الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ وَمَنْ سَتَرَ مُسْلِمًا سَتَرَهُ اللَّهُ فِى الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ وَاللَّهُ فِى عَوْنِ الْعَبْدِ مَا كَانَ الْعَبْدُ فِى عَوْنِ أَخِيهِ.

“Barang siapa meringankan sebuah kesusahan (kesedihan) seorang mukmin di dunia, Allah akan meringankan kesusahannya pada hari kiamat. Barang siapa memudahkan urusan seseorang yang dalam keadaan sulit, Allah akan memberinya kemudahan di dunia dan akhirat. Barang siapa menutup ‘aib seseorang, Allah pun akan menutupi ‘aibnya di dunia dan akhirat. Allah akan senantiasa menolong hamba-Nya, selama hamba tersebut menolong saudaranya.”

(HR Muslim: 2699)

KAHERAH, 31 Ogos 2026 (ISNIN) - Berikut adalah gambar suasana gotong-royong sempena kehadiran USMB '26 yang telah dilaksanakan oleh Biro Perumahan KPIPM sesi 2025/2026 dengan kerjasama Pejabat Atase Pendidikan Negeri Perak. Seluruh ahli begitu bersemangat bagi menjayakan aktiviti tersebut bermula dari pagi ke malam.

Sehubungan dengan itu, kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat. Semoga Allah SWT membalas segala keringat kalian dan dipermudahkan segala urusan.

Ahlan wa sahlan diucapkan kepada semua USMB '26 yang telah tiba di bumi Mesir. Semoga mahasiswa/wi baharu mendapat keselesaan yang baik sepanjang tinggal di wisma.







BERILMU, BERAMAL, IKHLAS
"MEMURNIKAN PEMIKIRAN, MELESTARIKAN KESATUAN"

GAMBAR | PENGENALAN HISBAH DAN UNIT BIAH SOLEHAH (UBS)Biro Pelajaran dan Ilmiah KPIPM sesi 2025/2026Berikut merupakan ga...
24/09/2026

GAMBAR | PENGENALAN HISBAH DAN UNIT BIAH SOLEHAH (UBS)
Biro Pelajaran dan Ilmiah KPIPM sesi 2025/2026

Berikut merupakan gambar suasana Pengenalan Hisbah dan Unit Biah Solehah (UBS) anjuran Urus Setia Sambutan Mahasiswa Baharu 2026 (USMB ‘26) yang diadakan pada 11 September 2026 di Dewan Syeikh Sya'rawi, Wisma Baitul Rahman.

Majlis dimulakan dengan Pengenalan Hisbah dan Unit Biah Solehah (UBS) yang disampaikan oleh Ustaz Muhammad Aziemuddin bin Zainul Abidin, aktivis KPKM dan Ustaz Mohamad Nurul Aiman bin Zainal Abidin, Ketua Unit Biah Solehah KPKM 2025/2026.

Selepas program tersebut, mahasiswa dan mahasiswi dihidangkan dengan menjamu selera kuih-muih yang disediakan diperingkat program.

Terima kasih buat yang hadir kerana telah memeriahkan majlis, di samping mengerat hubungan dengan Mahasiswa/wi baharu.

"Mengutip Hikmah, Mengangkat Ummah"








BERILMU, BERAMAL, IKHLAS
"MEMURNIKAN PEMIKIRAN, MELESTARIKAN KESATUAN"

IKLAN | RIBAT PERDANA Biro Dakwah dan Tarbiah KPIPM sesi 2025/2026Firman Allah SWT :وَالْمُؤْمِنُونَ وَالْمُؤْمِنَاتُ بَ...
24/09/2026

IKLAN | RIBAT PERDANA
Biro Dakwah dan Tarbiah KPIPM sesi 2025/2026

Firman Allah SWT :

وَالْمُؤْمِنُونَ وَالْمُؤْمِنَاتُ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ ۚ يَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain, mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan"

(Surah Taubah: 71)

🏠 Qiyamullail di kediaman masing-masing

📌 TAZKIRAH SUBUH
⏰ Masa: 6.30 pagi
📆 Tarikh: 25 September 2026 (Jumaat)

📝 Tajuk : "Memaknai Hakikat Sabar Dalam Kehidupan"

👳🏻 Pentazkirah: Ustaz Wan Fadhil Noor bin Wan Idris
Yang Dipertua Keluarga Pelajar-pelajar Kelantan Mesir sesi 2025/2026

📌 HALAQAH KAHFI







BERILMU, BERAMAL, IKHLAS
"MEMURNIKAN PEMIKIRAN, MELESTARIKAN KESATUAN"

IKLAN | EHYA' AL-JUMUAH Biro Dakwah dan Tarbiah KPIPM sesi 2025/2026Sukacitanya, peringkat Biro Dakwah dan Tarbiah KPIPM...
23/09/2026

IKLAN | EHYA' AL-JUMUAH
Biro Dakwah dan Tarbiah KPIPM sesi 2025/2026

Sukacitanya, peringkat Biro Dakwah dan Tarbiah KPIPM sesi 2025/2026 akan mengadakan Ehya' al-Jumuah pada minggu ini.

Butirannya adalah seperti berikut:

📅 Hari: Khamis
⌚️ Masa: Selepas Maghrib
🗓️ Tarikh: 24 September 2026
🏢 Tempat: Di Kediaman masing-masing

💠Bacaan Yaasin & Solat Sunat Hajat

Marilah sama-sama kita menghidupkan bacaan yasin dan solat hajat berjemaah di kediaman masing-masing.

Semoga amalan kita semua diterima oleh Allah SWT dan juga dapat mengeratkan lagi ikatan ukhuwah sesama kita.






BERILMU, BERAMAL, IKHLAS
"MEMURNIKAN PEMIKIRAN, MELESTARIKAN KESATUAN"

[ MAKLUMAN PENANGGUHAN | DAURAH MADRASAH AL-IMAM ABDULLAH IBNUL MUBARAK (MAAIM) ]Dukacita dimaklumkan bahawa kelas Tafaq...
23/09/2026

[ MAKLUMAN PENANGGUHAN | DAURAH MADRASAH AL-IMAM ABDULLAH IBNUL MUBARAK (MAAIM) ]

Dukacita dimaklumkan bahawa kelas Tafaqquh Madrasah al-Imam Abdullah Ibnul Mubarak (MAAIM) bagi kitab القول التام في أحكام المأموم والإمام ditangguhkan sehingga waktu yang akan dimaklumkan kemudian.

Semoga para penuntut ilmu dapat mengisi masa lapang dengan perkara yang bermanfaat.

Terima kasih atas segala perhatian yang diberikan.

"Pemantapan Ilmu, Tunjang Kelestarian Ummah"

"Muafakat Asas Kejayaan"



IKLAN | MADRASAH DARUL RIDZUAN Unit Tafaqquh, Biro Pelajaran dan Ilmiah KPIPM sesi 2025/2026‎عَن أَبِي هُرَيرَةَ رَضِيَ ...
23/09/2026

IKLAN | MADRASAH DARUL RIDZUAN
Unit Tafaqquh, Biro Pelajaran dan Ilmiah KPIPM sesi 2025/2026

‎عَن أَبِي هُرَيرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنهُ أنّ رَسُول اللَّهِ ﷺ قَالَ : (ومَن سَلَكَ طَرِيقاً يَلتَمِسُ فِيهِ عِلماً سَهَّلَ اللَّهُ لَهُ طَرِيقاً إِلَى الجَنَّةِ) رَوَاهُ مُسلِمٌ.

Daripada Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa yang menempuh satu jalan untuk mencari ilmu pengetahuan, maka Allah akan memudahkan baginya satu jalan untuk menuju ke syurga".

(Hadis Riwayat Muslim)

Sukacita dimaklumkan bahawa Madrasah Darul Ridzuan di bawah Unit Tafaqquh, Biro Pelajaran dan Ilmiah KPIPM sesi 2025/2026 akan mangadakan kelas Teknik Pembentangan Kitab.

Butiran maklumat kelas adalah seperti berikut:

📆 Tarikh : 23 September 2026
🗓️ Hari : Rabu
⏰ Kehadiran : 6.30 p.m - 7.00 p.m
🏢 Tempat : Dewan Syeikh Sya'rawi, Wisma Baitul Rahman

👳🏻‍♂️ Pengisi : Ustaz Abdul Habib bin Sabirin
Calon Master Usuluddin Akidah dan Falsafah, Universiti al-Azhar al-Syarif

Semoga kita dapat menghadiri kelas bagi menghidupkan suasana ilmu dalam kalangan mahasiswa/wi.

❗Khusus buat peserta MDR

"Ke Arah Murabbi Rabbani"







BERILMU, BERAMAL, IKHLAS
"MEMURNIKAN PEMIKIRAN, MELESTARIKAN KESATUAN"

GAMBAR | SENAT FAKULTI Biro Pelajaran dan Ilmiah KPIPM sesi 2025/2026KAHERAH, 9 SEPTEMBER 2026 - Berikut adalah gambar s...
22/09/2026

GAMBAR | SENAT FAKULTI
Biro Pelajaran dan Ilmiah KPIPM sesi 2025/2026

KAHERAH, 9 SEPTEMBER 2026 - Berikut adalah gambar sekitar Senat Fakulti bagi ikhwah dan akhawat.

Senat Fakulti dimulakan pada jam 10.00 pagi di sebelah ikhwah dengan menziarahi mudoyafah dahulu. Seterusnya bergerak ke kuliah al-Azhar mengikut bidang antaranya Syariah Islamiah, Usuluddin dan Bahasa Arab dengan diberi penerangan daripada graduan al-Azhar dan pelajar al-Azhar.

Manakala di sebelah akhawat mula jam 10.30 pagi mengiringi mahasiswi baharu ke kuliah. Kemudian dipecahkan pergerakan mengikut bidang kuliah masing - masing dibimbing graduan al-Azhar dan pelajar bagi setiap bidang pengajian.

Semoga aktiviti yang diadakan ini dapat memberi manfaat sekaligus mengamalkannya di dalam kehidupan, insya-Allah.

"Mengutip Hikmah, Mengangkat Ummah"








BERILMU, BERAMAL, IKHLAS
"MEMURNIKAN PEMIKIRAN, MELESTARIKAN KESATUAN"

[ PENDAFTARAN DIBUKA | BENGKEL KEMAHIRAN TEKNIKAL (TECHNO ‘26) ]Firman Allah SWT:وَالَّذِينَ إِذَآ أَنفَقُوا۟ لَمْ يُسْر...
21/09/2026

[ PENDAFTARAN DIBUKA | BENGKEL KEMAHIRAN TEKNIKAL (TECHNO ‘26) ]

Firman Allah SWT:

وَالَّذِينَ إِذَآ أَنفَقُوا۟ لَمْ يُسْرِفُوا۟ وَلَمْ يَقْتُرُوا۟ وَكَانَ بَيْنَ ذٰلِكَ قَوَامًا

Maksudnya: “Dan mereka yang apabila membelanjakan harta, mereka tidak berlebih-lebihan dan tidak juga bakhil dan sebaliknya perbelanjaan mereka itu adalah sederhana di antara keduanya."
(Surah al-Furqan: Ayat 67)

Sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Gabungan Badan Kebajikan Anak Negeri akan mengadakan satu program berbentuk kemahiran iaitu Bengkel Kemahiran Teknikal (TECHNO ‘26) untuk mengupas bagaimana cara pengendalian alatan siaraya bagi audio dan video.

Untuk pendaftaran adalah melalui google form yang tertera:

https://forms.gle/ym5cazREXc9TcLjz6

Sebarang pertanyaan boleh hubungi:

*IKHWAH*
Ustaz Muhammad Hasanah bin Razak
(Ketua Eksekutif Pendaftaran dan Persiapan TECHNO'26)
Ws: +60 11-3334 3167
Call: +201557487698

*AKHAWAT*
Ustazah Lailatul Mardhiyyah binti Zul Bhari
(Timbalan Ketua Eksekutif Pendaftaran dan Persiapan TECHNO'26)
Ws/Call: +201505156417

Ayuh, bersama-sama kita sertai TECHNO ‘26 ini!

“Mahasiswa Berdaya, Teknik Berwibawa”

"Muafakat Asas Kejayaan”



[ IKLAN KHUSUS | DAURAH IBTIDAIYAH ]Sukacita dimaklumkan bahawa Madrasah al-Imam Abdullah Ibnul Mubarak dengan kerjasama...
21/09/2026

[ IKLAN KHUSUS | DAURAH IBTIDAIYAH ]

Sukacita dimaklumkan bahawa Madrasah al-Imam Abdullah Ibnul Mubarak dengan kerjasama BKAN Taakhi Zon A dan Zon D akan mengadakan sebuah daurah kitab buat mahasiswa baharu di Mesir.

Butiran daurah adalah seperti berikut:

⚜️ Kitab : الرسالة الجامعة
⚜️ Tarikh : 22, 23, 24 & 26 September 2026 (Selasa, Rabu, Khamis & Sabtu)
⚜️ Masa : Selepas Asar

⚜️ Pengisi: Ustaz Muhamad Haiqal bin Muhamad Nizam
Lajnah Pendidikan dan Kemahiran Teknikal, Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir (BKPPPM),
(Mahasiswa Kuliah Usuluddin Tahun 3, Qism Akidah & Falsafah)

📌 Jualan kitab disediakan di tempat daurah.

Dijemput kepada semua mahasiswa baharu untuk sama-sama mengambil peluang untuk menambah ilmu dan thaqafah sebagai mahasiswa al-Azhar.

"Muafakat Asas Kejayaan"



[ POSTER | PENGENALAN KITAB RISALAH JAMIAH ]Nabi SAW bersabda:‎وَمَن يُرِدِ اللهُ بِهِ خَيْرًا يُفَقِّهْهُ فِي الدِّينِM...
20/09/2026

[ POSTER | PENGENALAN KITAB RISALAH JAMIAH ]

Nabi SAW bersabda:

‎وَمَن يُرِدِ اللهُ بِهِ خَيْرًا يُفَقِّهْهُ فِي الدِّينِ

Maksudnya: “Barangsiapa yang dikehendaki kebaikan oleh Allah SWT, maka Allah SWT akan memberinya kefahaman dalam urusan agamanya.”
(Hadis Riwayat Imam al-Bukhari)

Berikut merupakan poster pengenalan kitab الرسالة الجامعة karangan al-Imam al-Allamah al-Sayyid Ahmad Bin Zain Bin 'Alawi Bin Ahmad al-Habsyi (1069H - 1145H)

Semoga seluruh mahasiswa Malaysia di Pelembahan Nil dapat mengambil manfaat melalui iklan pengenalan kitab ini.

"Muafakat Asas Kejayaan"



Address

31, Mustasyar Hafeez Badawi Street, 7th District, Nasr City
Cairo

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Laman KPIPM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Laman KPIPM:

Shortcuts

Share