10/08/2026
Alhamdulillah, berkesempatan bersama-sama menjayakan Program “Malam Ini Belia Punya” anjuran Majlis Belia Daerah Maran bersama Perpustakaan Awam Bandar Jengka, dengan kerjasama JPKK Desa Jaya, Mahasiswa Kuala Krau, Skuad YPM Kuala Krau dan Majlis Belia FELDA Wilayah Jengka.
Program ini mendapat sambutan yang cukup menggalakkan daripada anak-anak muda sekitar Jengka. Pelbagai aktiviti menarik seperti pertandingan MLBB dan PS5 bukan sahaja menceriakan malam, malah menjadi ruang untuk anak muda berkumpul, berinteraksi dan mengeratkan silaturahim.
Lebih bermakna, program turut diceriakan dengan kehadiran YH yang sentiasa dekat dengan anak-anak muda serta memberikan sokongan penuh terhadap usaha dan aktiviti belia.
Semoga usaha sebegini terus menjadi platform untuk mencungkil bakat, mengeratkan ukhuwah dan memperkasakan suara serta potensi anak muda, khususnya di sekitar Jengka. 💪🏻✨
Anak Muda Aktif, Jengka Hebat! 🔥
BeliaAktif