Persatuan Pemilik Taman Bayu Indera Lukut 1

  • Home
  • Persatuan Pemilik Taman Bayu Indera Lukut 1

Persatuan Pemilik Taman Bayu Indera Lukut 1 Taman Bayu Indera Lukut 1 is a beautifully designed and a unique freehold housing terrace located in Lukut, Port Dickson, Negeri Sembilan.

Persatuan Pemilik Taman Bayu Indera Lukut 1
PPM-018-05-15022019
Address : Guard House Bayu 1, Jalan BIL1, Taman Bayu Indera Lukut, 71010 Port Dickson, Negeri Sembilan The construction of this project was done by a famous developer company known as Seri Pajam Development and this development was completed in the year 2018. There are total of 428 units in the development and it is considered to be

a peaceful development. In 2019, the first Annual General Meeting (AGM) with residents has agreed to establish and form a committee for Persatuan Pemilik Taman Bayu Indera Lukut 1. This association is registered with Registrar of Society (ROS) and the registration number is PPM-018-05-15022019. Taman Bayu Indera Lukut 1 has been approved and awarded as a guarded neighbourhood by local council (Majlis Perbandaran Port Dickson) - MPPD KM/04/10-2017/06-17 P1 (29/8/2018). This means that this neighbourhood has a legal authority to place a security guards to ensure the safety of all its residents. This has also been agreed with all purchasers and accepted that this neighbourhood will have security guards. This association also plays a role to organize community events and ensuring all the issues are tackled and channeled to relevant bodies. According to the constitution of the association, the annual general meeting must be held every year and the election of the committee must be held every 2 years.

*PENDAFTARAN RUMAH SEWA @ JUAL TAMAN BAYU INDERA LUKUT 1*Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera,Dimaklumkan bahawa pers...
26/04/2026

*PENDAFTARAN RUMAH SEWA @ JUAL TAMAN BAYU INDERA LUKUT 1*

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera,

Dimaklumkan bahawa persatuan kini telah mempunyai laman sesawang rasmi yang dibangunkan bagi memudahkan rujukan penduduk serta orang awam.

Sehubungan dengan itu, persatuan sedang membangunkan satu pangkalan data khusus bagi unit kediaman di Taman Bayu Indera Lukut 1 yang ingin disewakan atau dijual.

Oleh yang demikian, penduduk yang berminat untuk menyertai inisiatif ini adalah dipohon untuk mengisi Google Form yang telah disediakan.

Dengan adanya pangkalan data ini, *pihak persatuan tidak lagi perlu membenarkan kemasukan orang luar ke kawasan taman semata-mata untuk mencari rumah sewa atau rumah untuk dijual. Sebaliknya, pihak pengawal keselamatan akan hanya menyalurkan pautan laman sesawang tersebut kepada pelawat yang berkenaan.*

Pautan untuk daftarkan unit anda : 🔗 https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSeinnvhilNpdwP93qf4EYN5oy9uJNMZRX6O2qWZ5nqpTMXXeA/viewform

Untuk semak senarai, sila rujuk pautan ini. 🔗https://sites.google.com/bayuindera1.org/bayuinderalukut1/rumah-sewa-dijual?authuser=0

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi mana-mana ahli jawatankuasa untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Sekian, terima kasih.

*Persatuan Pemilik Taman Bayu Indera Lukut 1*

26/04/2026

*KHAS UNTUK PEMILIK HOMESTAY DI TAMAN BAYU INDERA LUKUT 1* 🏠

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera,

Dimaklumkan bahawa Persatuan Pemilik Taman Bayu Indera Lukut 1 kini sedang membangunkan sebuah laman sesawang rasmi taman bagi memudahkan rujukan penduduk serta orang awam.

Sehubungan dengan itu, pihak persatuan berhasrat untuk mewujudkan satu segmen khas berkaitan perkhidmatan homestay yang beroperasi di dalam kawasan taman ini. Inisiatif ini bertujuan membantu pemilik homestay mempromosikan premis mereka dan memudahkan pencarian oleh pelawat.

👉 Oleh itu, pemilik homestay yang berminat untuk mengiklankan premis masing-masing di laman sesawang persatuan adalah dipelawa untuk menghubungi Setiausaha Persatuan, Pn. Wanie, melalui pautan berikut:
https://wasap.my/0164827492/homestay

📎 *Keperluan Iklan*

Bagi tujuan paparan di laman sesawang persatuan, pemilik diminta untuk menyediakan:

Poster atau visual promosi homestay
Maklumat ringkas (nama homestay, lokasi, kemudahan, kadar sewaan, nombor telefon)

Bagi memastikan operasi homestay mematuhi undang-undang , digalakkan supaya berdaftar dengan MPPD bagi mengelakkan tindakan kompaun diambil seperti sebelum ini yang pernah berlaku.

Semoga dengan inisiatif ini akan dapat membantu pengurusan taman yang lebih baik dan cekap.

Sekian, terima kasih.

Persatuan Pemilik Taman Bayu Indera Lukut 1

*Selamat Menyambut Hari Polis ke-219* Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera,Persatuan Pemilik Taman Bayu Indera Lukut ...
24/03/2026

*Selamat Menyambut Hari Polis ke-219*

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera,

Persatuan Pemilik Taman Bayu Indera Lukut 1 ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh warga Polis Diraja Malaysia atas jasa, pengorbanan dan dedikasi dalam memastikan keselamatan serta kesejahteraan masyarakat.

Keberanian dan komitmen tuan/puan dalam menjaga keamanan negara amat kami hargai dan sanjungi.

Semoga terus diberikan kekuatan, perlindungan dan kesejahteraan dalam menjalankan amanah yang mulia ini.

“Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada”

Ikhlas daripada,
Persatuan Pemilik Taman Bayu Indera Lukut 1

20/03/2026

🌙 Selamat Hari Raya Aidilfitri 1447H 🌙

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Persatuan Pemilik Taman Bayu Indera Lukut 1 ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin kepada semua penduduk dan komuniti jiran-jiran.

Semoga Syawal ini membawa keceriaan, ketenangan dan kebahagiaan buat kita sekeluarga.

Ambillah peluang ini untuk bermaaf-maafan, ziarah-menziarahi dan mengeratkan lagi hubungan sesama kita.

Terima kasih kerana bersama-sama menjaga keharmonian taman yang kita cintai ini ❤️

🎉 Selamat Hari Raya, berhati-hati di jalan raya! 🎉

Ikhlas daripada,
Persatuan Pemilik Taman Bayu Indera Lukut 1

Kenyataan Rasmi berkaitan Kes Kecurian Kenderaan Pacuan Empat Roda di Taman Bayu Indera Lukut 1
14/01/2026

Kenyataan Rasmi berkaitan Kes Kecurian Kenderaan Pacuan Empat Roda di Taman Bayu Indera Lukut 1

✨ Selamat Tahun Baru 2026 ✨Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera,Selamat Tahun Baru diucapkan kepada seluruh warga Tam...
31/12/2025

✨ Selamat Tahun Baru 2026 ✨

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera,

Selamat Tahun Baru diucapkan kepada seluruh warga Taman Bayu Indera Lukut 1.

Syukur Alhamdulillah, tirai tahun 2025 akan melabuh bermula malam ini, dan esok menandakan bermulanya lembaran baharu bagi tahun 2026.

Bagi pihak Jawatankuasa Persatuan serta seluruh warga Bayu Indera Lukut 1, kami ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua. Semoga tahun 2026 ini membawa lebih banyak kebaikan, kesejahteraan, kesihatan yang berpanjangan, kejayaan serta semangat perpaduan dan permuafakatan yang lebih erat dalam kalangan kita semua.

Untuk makluman, pada bulan Mei tahun 2026 ini, Persatuan dijangka akan mengadakan Mesyuarat Agung Dwi-Tahunan berserta pemilihan Ahli Jawatankuasa baharu bagi penggal 2026–2028.

Sehubungan itu, jawatankuasa sedia ada menaruh harapan yang amat tinggi agar barisan jawatankuasa dengan wajah-wajah baharu dapat dibentuk bagi meneruskan usaha dan pencapaian sedia ada, di samping menyumbangkan idea-idea segar dan konstruktif demi kelangsungan serta kemajuan persatuan kita.

Sekian, terima kasih.

✨ Selamat Tahun Baru 2026 ✨

Dengan ingatan daripada,
*Persatuan Pemilik Taman Bayu Indera Lukut 1*

Selamat Menyambut Hari Natal kepada semua penganut agama Kristian ! 🎅🏻🎄✨Semoga sambutan perayaan ini membawa kedamaian d...
24/12/2025

Selamat Menyambut Hari Natal kepada semua penganut agama Kristian ! 🎅🏻🎄✨

Semoga sambutan perayaan ini membawa kedamaian dan kebahagiaan ke dalam hidup kita. Mari kita hargai setiap detik bersama orang tersayang, dan memberi inspirasi untuk tahun yang lebih baik.

Ikhlas daripada Persatuan Pemilik Taman Bayu Indera Lukut 1


Bengkel Memperkasa COMBI Daerah Port Dickson pada 17/11/2025 bertempat di PD WellnessAnjuran Pejabat Kesihatan Daerah Po...
19/11/2025

Bengkel Memperkasa COMBI Daerah Port Dickson pada 17/11/2025 bertempat di PD Wellness

Anjuran Pejabat Kesihatan Daerah Port Dickson

Terima kasih kepada En. Sohaimi, En Munawir dan En Nasir mewakili taman untuk menghadiri sesi ini.

*🇲🇾 SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA 16 SEPTEMBER 🇲🇾*DaripadaPersatuan Pemilik Taman Bayu Indera Lukut 1“16 September mel...
15/09/2025

*🇲🇾 SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA 16 SEPTEMBER 🇲🇾*
Daripada
Persatuan Pemilik Taman Bayu Indera Lukut 1

“16 September melakar sejarah penyatuan Malaysia, menyatukan Semenanjung, Sabah dan Sarawak di bawah satu bendera. Semangat perpaduan inilah yang kita bawa dalam komuniti Taman Bayu Indera Lukut 1 — bersama membina kejiranan harmoni, saling membantu dan prihatin terhadap kebajikan bersama.”

✨ Seperti Malaysia yang terbina atas asas kebersamaan dan persefahaman, persatuan kita juga berpegang pada nilai gotong-royong, persaudaraan dan tolong-menolong.

🤝 Perpaduan – Kebersamaan – Kebajikan adalah tunjang keharmonian kejiranan kita. Semoga Hari Malaysia ini menjadi peringatan bahawa kekuatan sebenar lahir daripada kesatuan hati dan semangat persaudaraan.

Selamat Hari Malaysia!

02/09/2025

Program Rakan Digital : Bengkel Asas Penguasaan Canva & Google AI

Instructor : Cikgu Syazwan Samsol, Leader GEG Port Dickson

Tarikh: 30hb Ogos 2025 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi
Tempat: Makmal Komputer Sekolah Kebangsaan Lukut (SKL)

Terima kasih kepada komuniti yang hadir yang terdiri daripada penduduk Taman Bayu Indera Lukut 1, belia, guru-guru, orang ramai serta anak-anak yang mengambil peluang untuk menguasai asas Canva dan Google AI.

Semoga beroleh manfaat.

Persatuan Pemilik Taman Bayu Indera Lukut 1

Program Pengupayaan Komuniti bersama Pengerusi MPKK Daerah Port Dickson dan Seremban di Pusat Latihan Kenegaraan Malaysi...
11/08/2025

Program Pengupayaan Komuniti bersama Pengerusi MPKK Daerah Port Dickson dan Seremban di Pusat Latihan Kenegaraan Malaysia, Ulu Sepri, Rembau hari ini.

Address

Taman Bayu Indera Lukut (Fasa 1)

71010

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Pemilik Taman Bayu Indera Lukut 1 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

  • Want your organization to be the top-listed Non Profit Organization?

Share