Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Kebangsaan

  • Home
  • Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Kebangsaan

Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Kebangsaan Page PERTUBUHAN SILAT SENI GAYONG MALAYSIA merupakan page rasmi PSSGM Kebangsaan yang telah dijenamakan semula pada tahun 2018 lagi.

Pendaftaran PSSGM Kebangsaan diakui sah oleh ROS dan PESAKA Malaysia sebagai badan asal Gayong Malaysia

🌙 Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh✨ Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin ✨Dengan hati yang berat...
25/03/2026

🌙 Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

✨ Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin ✨

Dengan hati yang berat, kami ingin berkongsi satu berita yang menyentuh perasaan…

Seorang sahabat kita,
🤝 Cikgu Yana (Perlis) – adik beradik kita, wasit juri dan juga cikgu silat,
telah diuji dengan musibah rumah terbakar dalam bulan Syawal ini.

Ujian ini pastinya sangat berat untuk beliau dan keluarga…

💔 Justeru, kami menyeru kepada sahabat semua,
marilah kita bersama-sama menghulurkan sedikit bantuan bagi meringankan beban yang ditanggung.

🤲 Semoga setiap sumbangan kita menjadi asbab kebaikan dan ganjaran berlipat ganda di sisi Allah.

📌 Sumbangan boleh disalurkan terus ke akaun beliau melalui QR yang disertakan di bawah.

🙏 Sama-sama kita doakan agar Cikgu Yana diberi kekuatan, kesabaran dan dipermudahkan segala urusan.

“Ringan sama dijinjing, berat sama dipikul.”

Terima kasih atas keprihatinan semua ❤️

Video kebakaran rumah diruangan komen.

26/01/2026

𝙆𝙀𝙇𝙀𝘽𝙄𝙃𝘼𝙉 𝙈𝙀𝙉𝙂𝘼𝙅𝘼𝙍 𝙄𝙇𝙈𝙐

Rasulullah ﷺ bersabda:
إِنَّهُ لَيَسْتَغْفِرُ لِلْعَالِمِ مَنْ فِي السَّمَاوَاتِ وَمَنْ فِي الْأَرْضِ حَتَّى الْحِيتَانِ فِي الْبَحْرِ
Maksud :"Sesungguhnya akan memintakan ampun untuk seorang alim, makhluk yang berada di langit dan di bumi sehingga ikan hiu di dasar laut."

(Sunan Ibn Majah, 235 - dinilai sahih)
-----------------------------------------
# Orang berilmu memberi manfaat kepada makhluk lain melalui bimbingan dan hidayah, sehingga makhluk turut mendoakan kebaikan kepadanya. Orang berilmu tidak semestinya berilmu tinggi, memadai ilmu dalam bidangnya yang bermanfaat.
# Doa makhluk di langit dan bumi menunjukkan manfaat ilmu itu luas. Ia menjadi bukti bahawa ilmu yang dihayati akan beri kebaikan pada masyarakat dan juga alam melalui pengurangan kerosakan, kezaliman dan pencemaran.
# Sehingga ikan di laut pun beristighfar kerana manfaat ilmu itu sampai kepada sistem kehidupan air juga. Hadis mengajar bahawa keserakan ilmu memberi natijah duniawi dan ukhrawi, dan amal ilmu memberi pulangan pahala selepas kematian.

PERTUBUHAN SILAT SENI GAYONG MALAYSIA KEBANGSAAN PERKUKUH HALA TUJU MELALUI MESYUARAT AGUNG TAHUNANAMPANG, 10 Januari 20...
10/01/2026

PERTUBUHAN SILAT SENI GAYONG MALAYSIA KEBANGSAAN PERKUKUH HALA TUJU MELALUI MESYUARAT AGUNG TAHUNAN

AMPANG, 10 Januari 2026 . Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Kebangsaan (PSSGMK) hari ini telah berjaya menganjurkan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) bertempat di Dewan Dato’ Adiwijaya, Wisma Gayong, Ampang.

AGM berlangsung dalam suasana tertib dan harmoni, dengan penyertaan ahli yang menunjukkan komitmen tinggi terhadap perjalanan persatuan. Sepanjang mesyuarat, pelbagai usul telah diperbincangkan dan dipersetujui secara bersama demi memperkukuh hala tuju pertubuhan, merancang keutamaan gerak kerja, serta memastikan kesinambungan perjuangan silat dan pembangunan ahli terus diperkasa.

Dalam sesi pemilihan, barisan Ahli Jawatankuasa (AJK) baharu telah dipilih bagi menerajui pentadbiran dan program pertubuhan untuk penggal semasa. Pada masa yang sama, Yang Dipertua, Tuan Haji Mohamed Faid bin Musa, DSM, PJK, turut berjaya mempertahankan jawatan tersebut berdasarkan keputusan bersama semua perwakilan.

“Salam. Alhamdulillah selesai AGM kita. Terima kasih kepada semua yang memberi komitmen semasa AGM diadakan. Tahniah kepada semua AJK yang terpilih. Marilah kita sama-sama majukan PSSGMK lebih cemerlang dan terbilang,” kata Yang Dipertua, Cikgu Tuan Haji Mohamed Faid bin Musa, DSM, PJK.

PSSGMK merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua ahli yang hadir dan menyumbang tenaga, idea serta kerjasama sepanjang AGM berlangsung. Persatuan turut menyeru seluruh ahli agar terus bersatu hati, memperkukuh disiplin, memperluas latihan serta program pembangunan, di samping mempertingkat imej pertubuhan melalui aktiviti yang tersusun dan bermanfaat kepada masyarakat.

Terima kasih kepada semua yang telah hadir dan memberi kerjasama dalam program gotong-royong membersihkan kawasan Wisma ...
04/01/2026

Terima kasih kepada semua yang telah hadir dan memberi kerjasama dalam program gotong-royong membersihkan kawasan Wisma Gayong pada 4.1.26 (Ahad), jam 9.00 pagi. Kehadiran dan semangat anda semua sangat dihargai. Sama ada yang bawa peralatan, yang bertungkus-lumus membersih, angkat, sapu, cangkul, atau kemas kawasan. Semuanya membantu melancarkan kerja.

Alhamdulillah, dengan kerjasama kita, kawasan Wisma Gayong jadi lebih bersih dan selesa. Terima kasih juga kepada yang membantu penyediaan makan tengah hari.

Kalau kita tidak bersihkan, siapa lagi. Yang penting kerjasama dan semangat muafakat. Jumpa lagi dalam program seterusnya.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.Kepada para gurulatih yang dihormati,saya ingin menegaskan sekali lagi bahawa...
18/11/2025

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Kepada para gurulatih yang dihormati,
saya ingin menegaskan sekali lagi bahawa pemakaian seragam Silat Seni Gayong yang telah diputuskan dalam seminar tiga tahun lalu wajib dipatuhi tanpa pengecualian. Masih terdapat murid yang tidak mengikuti ketetapan tersebut di gelanggang, dan perkara ini tidak seharusnya berlaku lagi.

Sebagai gurulatih, kita memikul amanah besar. Kita adalah contoh yang dilihat dan ditiru oleh murid-murid. Maka, adalah tanggungjawab kita untuk menerangkan, membimbing, dan memastikan murid mematuhi aturan yang telah ditetapkan—termasuk pemakaian seragam lengkap serta penggunaan lencana bertulis Kebangsaan.

Saya memohon semua gurulatih untuk bersikap tegas dalam hal ini, dan memastikan keselarasan dipraktikkan di setiap gelanggang. Peranan Majlis Guru Latihan (MGL) negeri juga amat diperlukan bagi memastikan arahan ini dilaksanakan dengan teratur dan menyeluruh.

Kerjasama semua amat dihargai demi menjaga maruah, disiplin dan warisan perguruan kita.

Terima kasih.

Cikgu Faid Musa
YDP PSSGMK

KURSUS SENI LEMBING 2025 – SERTAI LATIHAN YANG MENGANGKAT MARTABAT GAYONG!Bayangkan satu ruang yang penuh dengan aura gu...
13/11/2025

KURSUS SENI LEMBING 2025 – SERTAI LATIHAN YANG MENGANGKAT MARTABAT GAYONG!

Bayangkan satu ruang yang penuh dengan aura guru-guru hebat, semangat pesilat yang membara, dan peluang untuk mengasah ilmu seni lembing secara lebih tersusun. Itulah yang menanti anda dalam kursus penyelarasan yang bakal berlangsung hujung tahun ini.

Kalau anda seorang gurulatih yang mahu mantapkan kefahaman, samakan kefasihan gerak, dan kekalkan warisan seni tempur ini seperti sepatutnya—kursus ini memang untuk anda.

---

KENAPA ANDA PERLU HADIR?

Anda tentu pernah rasa — setiap negeri ada gaya, setiap gelanggang ada cara. Inilah ruang untuk selaraskan semuanya, supaya ilmu yang sampai kepada pelajar seluruh negara tepat, seragam dan berkualiti.

Kursus ini dikendalikan oleh mereka yang arif di medan—diketuai sendiri oleh Cikgu Haji Hamzah Bin Haji Tajuddin, sosok yang tidak asing dalam dunia Gayong.

Berikut ialah butirannya:

🗓️ Tarikh: 12, 13 & 14 Disember 2025
📍 Tempat: Dewan Masjid At-Taqwa, Bukit Kapar
👤 Ketua Penyelaras: Cikgu Haji Hamzah Bin Haji Tajuddin

Kehadiran adalah wajib untuk Pengerusi/Timbalan Pengerusi Majlis Gurulatih Negeri serta sekurang-kurangnya 5 orang gurulatih bergelar Harimau Pelangi Cula Sakti.

---

APA YANG ANDA DAPAT?

Dengan yuran hanya RM150 seorang, anda menerima:

✨ Penginapan
✨ Dewan latihan
✨ Makan minum sepanjang kursus
✨ Kemudahan & keperluan kursus

Pembayaran boleh dibuat ke akaun:
Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Kebangsaan (Maybank – 5622 5455 0292)
Hantar resit kepada Puan Intan (012-584 4457) selepas bayaran dibuat.

---

JANGAN TUNGGU — TEMPAT TERHAD!

Ayuh hadir bersama semangat yang teguh, demi kesinambungan warisan seni kita. Inilah masanya untuk memperkukuh amanah, mengangkat maruah Gayong, dan menyatukan kefahaman di seluruh negara.

22/09/2025
30/08/2025

" Jagalah Kemerdekaan Ini Untuk Genarasi Kita yg Akan Datang "
Selamat Hari Kemerdekaan yg ke 68 Tahun.
Iklas dari saya Ybhg. Tuan Haji Mohamed Faid Bin Musa PJK, DMS.
Yang Di Pertua Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Kebangsaan.




Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Kebangsaan

Tahniah YDP
27/08/2025

Tahniah YDP

Sekalong Tahniah kepada Ybhg. Tuan Haji Muhammed Faid musa Yang Di Pertua Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Kebangsaan. Di atas pengurnian Darjah Seri Melaka (DSM) oleh TYT Yang Di Pertuan Negeri Melaka.
Pihak Pertubuhan mengucapkan ribuan terima kasih kepada TYT Yang Di Pertuan Negeri Melaka serta PESAKA Kebangsaan.

Tahniah
01/08/2025

Tahniah

Tahniah buat semua pemenang & penganjur....
27/07/2025

Tahniah buat semua pemenang & penganjur....

Address

Rumah Gayong, Lot 175, Jalan F, Kampung Pandan

55100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Kebangsaan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Kebangsaan:

  • Want your organization to be the top-listed Non Profit Organization?

Share