Ikatan Muslimin Malaysia - ISMA Cawangan Nilai

  • Home
  • Ikatan Muslimin Malaysia - ISMA Cawangan Nilai
Directions Website Contact the organization

Ikatan Muslimin Malaysia - ISMA Cawangan Nilai ISMA adalah sebuah gerakan Islam yang komited dengan agenda dan perjuangan Islam dalam segenap aspek bidang dan masyarakat.

REMAJA PUNYA CERITA: LEVEL UP, MAIN GAME TANPA HILANG ARAH↗  🎮 Minat gaming, tapi asyik kena marah?📚 Gaming makin power,...
20/10/2026

REMAJA PUNYA CERITA:
LEVEL UP, MAIN GAME TANPA HILANG ARAH↗

🎮 Minat gaming, tapi asyik kena marah?
📚 Gaming makin power, pelajaran makin tertinggal?
🕹️ Minat industri gaming, tapi tak tahu nak mula dari mana?

Jom join sesi santai ni!

Bersama Amin R. (Pak Atan) - Head of Vamos Academy:

💡 Kupasan: Game Bukan Segala-galanya!
– Membina kesedaran tentang keutamaan hidup.
🏆 Realiti Dunia E-Sukan (E-Sport)
– Cabaran, peluang kerjaya, serta mitos vs realiti dalam industri e-sukan.
🎯 Urus Minat Gaming Secara Bijak
– Teknik mengimbangi hobi dan tanggungjawab sebagai pelajar.
🧠 Peluang Kerjaya Dalam Industri Gaming
– Memahami peranan lain selain menjadi pemain profesional
❓ Sesi Q&A Interaktif

🗓️ 26 Okt (Isnin)
⏰ 9:00 PM – 10:00 PM
📍 Google Meet

📲 Untuk maklumat lanjut & pendaftaran:

📋 Link Pendaftaran
https://forms.gle/H6ncQJthoewzpMZe9

Atau Hubungi
👉wa.me/601111493684

🤝 Anjuran Bersama:
Kelab Remaja ISMA (KRIM) Nilai
Pusat Komuniti Anjung Hikmah
Vamos Academy

📲 SERTAI KOMUNITI KAMI!

Mahu jadi yang terawal tahu tentang aktiviti & program remaja terkini di Nilai? Sertai saluran rasmi kami sekarang:

👥 Komuniti Remaja Ber.Nilai
👉 https://whatsapp.com/channel/0029Vb8MFkEFHWqB7vLWec0uoster

USRAH MEGA: SEMARAK OKTOBER BERSAMA KRIM NILAI🩷 SEMBANG HAID SI GADIS 🩷Pernah tertanya-tanya tentang isu haid yang kita ...
12/10/2026

USRAH MEGA: SEMARAK OKTOBER BERSAMA KRIM NILAI

🩷 SEMBANG HAID SI GADIS 🩷

Pernah tertanya-tanya tentang isu haid yang kita alami sebagai seorang gadis? 🤔
Apa yang perlu kita tahu?
Apa yang perlu kita buat?
Dan bagaimana kita memahami isu haid dari sudut fiqh dan kehidupan seharian?

Jom sertai Usrah Mega: Sembang Haid Si Gadis
ruang santai untuk kita belajar, bertanya dan memahami dengan lebih jelas. 🌸

⚠️ *NOTIS PERUBAHAN TARIKH*⚠️

Pihak kami ingin memohon maaf atas perubahan tarikh secara tiba-tiba ini atas faktor teknikal yang tidak dapat elakkan. Program ini kini ditangguhkan ke tarikh berikut:

🎙 PENGISI PROGRAM
Ustazah Aliah
(Graduan UIAM - Fiqh)

📅 16 Oktober 2026 | Jumaat
⏰ 9:00 malam – 10:00 malam
💻 Secara Online melalui Google Meet

🌟 Jangan lepaskan peluang untuk tambah ilmu dan kefahaman!

📲 Untuk maklumat lanjut & pendaftaran:
Tekan pautan WhatsApp untuk mendaftar:
👉 wa.me/601111493684
( Terbuka hanya kepada Remaja Perempuan )

🤝 Anjuran Bersama:
Kelab Remaja ISMA (KRIM) Nilai & Pusat Komuniti Anjung Hikmah

🌼 Semarak Oktober bersama KRIM Nilai

📲 SERTAI KOMUNITI KAMI!
Mahu jadi yang terawal tahu tentang aktiviti & program remaja terkini di Nilai? Sertai saluran rasmi kami sekarang:
👥 Komuniti Remaja Ber.Nilai
👉 https://whatsapp.com/channel/0029Vb8MFkEFHWqB7vLWec0u

Remaja Nilai Cungkil Kreativiti Warisan Menerusi Cabaran Reka Poster AINILAI, 26 September 2026 – Kreativiti dan teknolo...
27/09/2026

Remaja Nilai Cungkil Kreativiti Warisan Menerusi Cabaran Reka Poster AI

NILAI, 26 September 2026 – Kreativiti dan teknologi kecerdasan buatan (AI) digabungkan dalam usaha menyemai kesedaran terhadap warisan budaya dalam kalangan generasi muda menerusi Pertandingan Jejak Warisan: Cabaran Reka Poster AI.

Pertandingan bertemakan “Kenali Warisan, Cipta Dengan AI” dengan slogan “Sejarah Kita, Masa Depan Kita” itu dianjurkan oleh Kelab Remaja ISMA (KRIM) Nilai dengan kerjasama Pusat Komuniti Anjung Hikmah.

Terbuka kepada remaja berusia 13 hingga 16 tahun sekitar Nilai, pertandingan itu memberi peluang kepada peserta meneroka penggunaan teknologi AI dalam penghasilan karya kreatif bertemakan sejarah dan warisan budaya.

Penganjuran pertandingan itu turut membawa mesej bahawa “Warisan bukan sekadar masa lalu, tetapi inspirasi untuk masa depan”, sekali gus menggalakkan generasi muda menghargai identiti dan khazanah budaya negara menerusi pendekatan yang lebih dekat dengan perkembangan teknologi semasa.

Wan Azrul Hakimi Wan Khairul Anuar dari SMK Nilai Impian muncul juara menerusi karya bertajuk “Kenali Warisan Malaysia: Sumber Inspirasi Masa Depan” dan membawa pulang hadiah wang tunai RM100.

Tempat kedua dimenangi Haifa Lily Insyirah Mohd Haizanizam dari SMK Desa Cempaka menerusi poster “Warisan Malaysia: Jati Diri Kita, Warisan Bersama”, sekali gus menerima hadiah wang tunai RM80.

Sementara itu, Muhammad Adam Mikail Mohd Eraziwan dari SMK Dato Mohd Said meraih tempat ketiga dengan karya “Sukan dan Permainan Tradisional: Warisan Budaya, Jati Diri Bangsa” dan membawa pulang hadiah wang tunai RM50.

Pertandingan itu bukan sahaja menjadi medan mengetengahkan kreativiti remaja sekitar Nilai, malah mendedahkan mereka kepada potensi teknologi moden sebagai medium untuk mendokumentasikan, memperkenalkan dan memelihara nilai sejarah serta kebudayaan tempatan.

Penganjuran program berkenaan turut mencerminkan usaha memperluas penglibatan komuniti remaja dalam aktiviti yang menggabungkan elemen **warisan, kreativiti dan literasi teknologi**, selari dengan perkembangan dunia digital masa kini.

Remaja Nilai Terokai Muzium Negara Menerusi Program Misi Jejak WarisanNILAI – Golongan remaja sekitar Nilai, Negeri Semb...
27/09/2026

Remaja Nilai Terokai Muzium Negara Menerusi Program Misi Jejak Warisan

NILAI – Golongan remaja sekitar Nilai, Negeri Sembilan berpeluang mendalami sejarah dan warisan negara menerusi program “Misi Jejak Warisan: Eksplorasi & Lawatan Muzium” yang dianjurkan bersama oleh Kelab Remaja ISMA (KRIM) Nilai dan Pusat Komuniti Anjung Hikmah.

Program bertemakan “Terokai Sejarah, Alami Realiti” itu merupakan salah satu inisiatif komuniti yang memberi ruang kepada remaja meneroka sejarah melalui pengalaman pembelajaran di luar bilik darjah.

Menerusi program tersebut, para peserta mengunjungi Muzium Negara, Kuala Lumpur dengan menaiki pengangkutan awam MRT, sekali gus memberi mereka pengalaman perjalanan yang berbeza selain meneroka pelbagai koleksi dan pameran berkaitan sejarah serta budaya negara.

Peserta turut menyertai aktiviti interaktif “Kenali, Cari, Ceritakan”, iaitu misi mencari klu di sekitar muzium yang menguji daya pemerhatian dan pemikiran, di samping memupuk komunikasi serta semangat kerjasama.

Menurut Pengarah Program, Muhamad Hasif Zakaria, program itu bukan sahaja bertujuan memperkenalkan sejarah negara, malah menjadi sebahagian daripada usaha membina jati diri remaja.

“Kami mahu remaja melihat sejarah bukan sekadar kisah yang dibaca atau dipamerkan di muzium. Sejarah dan warisan negara perlu difahami, dihayati dan dijadikan sumber inspirasi dalam membentuk identiti serta mencorakkan masa depan mereka,” katanya.

Beliau berkata, program seumpama itu turut membuka ruang kepada remaja sekitar Nilai untuk terlibat dalam aktiviti komuniti yang sihat dan bermanfaat, selain membina hubungan persahabatan serta semangat kebersamaan.

Penganjuran Misi Jejak Warisan mencerminkan usaha KRIM Nilai dan Pusat Komuniti Anjung Hikmah dalam menyediakan platform pembangunan remaja yang menggabungkan elemen pendidikan, eksplorasi dan pembinaan komuniti.

JEJAK WARISAN KUALA LUMPURKuala Lumpur bukan sekadar kota moden dengan bangunan pencakar langit. Di sebalik pembangunan ...
21/09/2026

JEJAK WARISAN KUALA LUMPUR

Kuala Lumpur bukan sekadar kota moden dengan bangunan pencakar langit. Di sebalik pembangunan kota ini, tersimpan sejarah, warisan dan jejak kehidupan masyarakat yang membentuk wajah Kuala Lumpur hari ini.

Jom sertai Jejak Warisan Kuala Lumpur pada:
📅 Sabtu, 26 September 2026
⏰ 9.00 pagi – 6.30 petang
📍 Lokasi berkumpul: Masjid Kampung Baru

Mengenali sejarah, menyusuri warisan, memahami identiti kota.


Pendaftaran Pertandingan Reka Poster AI Masih Dibuka! 🎨Jom sertai Pertandingan Reka Poster AI: Jejak Warisan anjuran KRI...
17/09/2026

Pendaftaran Pertandingan Reka Poster AI Masih Dibuka! 🎨

Jom sertai Pertandingan Reka Poster AI: Jejak Warisan anjuran KRIM Cawangan Nilai & Anjung Hikmah!

Terbuka untuk pelajar berumur 13 – 16 tahun (tinggal/bersekolah di Nilai).

🏆 Hadiah Terkumpul:

🥇 Pertama: RM 100
🥈 Kedua: RM 80
🥉 Ketiga: RM 50
🎖 20 Finalis: Sijil Digital (E-Certificate)

Tarikh Penting Wajib Ambil Perhatian:

🔴 TARIKH TUTUP PENDAFTARAN: 19 September (Sebelum 10:00 Malam)

📤 Tarikh Tutup Hantar Poster:
20 September (Sebelum 10:00 Malam)

Daftar segera sebelum tarikh tutup!

Hubungi Bro Hasif di
wa.me/601111493684
untuk pendaftaran dan syarat lengkap.

Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-69 kepada seluruh rakyat Malaysi...
30/08/2026

Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-69 kepada seluruh rakyat Malaysia.

Kejayaan kemerdekaan perlu terus diisi dengan proses dekolonisasi agar pembebasan hakiki daripada penjajahan dapat dicapai. Penjajahan yang panjang telah banyak mengubah identiti tanah air, termasuk daripada segi perundangan, pendidikan, budaya dan pembangunan. Menjadi tanggungjawab bersama untuk negara kita terus dibangunkan dengan acuan, nilai dan neraca tersendiri yang bebas daripada elemen penjajahan yang telah dan cuba mengubah wajah dan identiti negara.

SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL 1448HSirah Rasulullah SAW mengajarkan bahawa kekuatan peradaban bermula daripada insan ...
25/08/2026

SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL 1448H

Sirah Rasulullah SAW mengajarkan bahawa kekuatan peradaban bermula daripada insan yang hidup dengan iman, bergerak dengan ilmu dan terpandu dengan akhlak. Inilah warisan perjuangan yang perlu kita kenali, hayati dan teruskan dalam membina ummah.

Namun, kecintaan kepada Rasulullah SAW tidak seharusnya terhenti pada perarakan, ceramah dan sambutan semata-mata. Lebih penting, sunnah dan panduan baginda diterjemahkan dalam kehidupan daripada sekecil-kecil urusan harian, pembinaan keluarga dan masyarakat, hingga kepada pembinaan sistem kehidupan yang berteraskan iman, keadilan dan akhlak.

Mewarisi perjuangan Rasulullah SAW bererti menjadikan manhaj baginda sebagai pedoman dalam membina insan, ummah dan peradaban.

Semoga Maulidur Rasul ini menghidupkan kecintaan kepada baginda SAW dan menyuburkan tekad untuk terus membina ummah.


Nama Kuala Lumpur berkait rapat dengan keadaan geografi di pertemuan Sungai Gombak dan Sungai Klang. Perkataan "kuala" m...
19/08/2026

Nama Kuala Lumpur berkait rapat dengan keadaan geografi di pertemuan Sungai Gombak dan Sungai Klang. Perkataan "kuala" merujuk kepada pertemuan atau muara sungai, manakala "lumpur" merujuk kepada keadaan berlumpur. PLANMalaysia menerangkan Kuala Lumpur sebagai “muddy confluence”, iaitu kuala yang berlumpur.

Pertemuan dua sungai ini kemudiannya menjadi peranan penting dalam perkembangan awal Kuala Lumpur. Kawasan tersebut menjadi pusat bekalan dan perdagangan bagi kegiatan perlombongan bijih timah di kawasan pedalaman. Apabila kegiatan perlombongan berkembang, sebuah penempatan kecil mula tumbuh di sekitar kawasan perdagangan tersebut.

Akhirnya, dengan perkembangan kegiatan perlombongan dan perdagangan, penempatan kecil ini berkembang menjadi sebuah bandar. Perjalanan ini mencerminkan bagaimana kedudukan geografi, perdagangan dan kegiatan perlombongan memainkan peranan dalam membentuk sejarah Kuala Lumpur.

KENYATAAN MEDIAISMA ANJUR KEMPEN KEMERDEKAAN 2026, KUALA LUMPUR: NADI PERADABAN UMMAHMenyambung perjuangan mengisi kemer...
18/08/2026

KENYATAAN MEDIA
ISMA ANJUR KEMPEN KEMERDEKAAN 2026, KUALA LUMPUR: NADI PERADABAN UMMAH

Menyambung perjuangan mengisi kemerdekaan yang telah mencapai usia 69 tahun pada 2026, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) meneruskan usaha membangunkan kesedaran masyarakat terhadap erti sebenar kemerdekaan melalui Kempen Kemerdekaan 2026 yang bertemakan “Kuala Lumpur: Nadi Peradaban Ummah.”

Bagi ISMA, kemerdekaan ialah keberanian membina masa depan negara berdasarkan sejarah, identiti dan neraca kita sendiri. Sesebuah bangsa hanya benar-benar merdeka apabila mampu membangunkan negara mengikut acuan yang lahir daripada nilai dan cita-citanya sendiri.

Atas asas itu, Kempen Merdeka ISMA tahun ini mengangkat Kuala Lumpur sebagai titik tumpuan, ibu negara yang sentiasa menjadi wajah kepada sesebuah negara. Apa yang berlaku di Kuala Lumpur hari ini akan membentuk arah pembangunan Malaysia pada masa hadapan.

Dari aspek sejarah, Kuala Lumpur yang diasaskan oleh Raja Abdullah berkembang daripada sebuah penempatan di pertemuan Sungai Klang dan Sungai Gombak sebelum muncul sebagai pusat pentadbiran, perdagangan dan pembangunan negara.

Perkembangannya turut dipacu oleh sumbangan pelbagai lapisan masyarakat, terutama institusi Melayu dan Islam yang membentuk identiti awal bandar ini. Namun dalam arus pemodenan, sebahagian naratif sejarah tersebut semakin kurang diberikan perhatian, sekali gus menghakis kefahaman masyarakat terhadap sejarah pembentukan Kuala Lumpur.

ISMA turut gusar, keadaan masyarakat Melayu-Islam di Kuala Lumpur pada hari ini semakin terhimpit akibat tekanan pembangunan bandar yang mengubah landskap penempatan, menghilangkan nama dan identiti asal tempat-tempat yang mempunyai nilai sejarah serta menghakis warisan budaya yang membentuk wajah asal ibu negara.

Perubahan ini turut menghakis ekosistem kehidupan Islam yang dibina atas asas keluarga, masjid, budaya ilmu dan semangat kejiranan. Kehidupan bandar yang semakin individualistik menyebabkan hubungan sesama masyarakat dan tanggungjawab sosial semakin longgar, sekali gus melemahkan penghayatan nilai-nilai syariah seperti ukhuwah, amanah, ihsan dan ta’awun. Jika dibiarkan berterusan, Kuala Lumpur bukan sahaja berisiko kehilangan identiti sejarahnya, malah turut kehilangan roh sebuah kota yang dibangunkan atas asas Peradaban Ummah.

ISMA menegaskan, masa depan Kuala Lumpur perlu dibangunkan berasaskan identiti asalnya sebelum era penjajahan melalui usaha meneruskan proses dekolonisasi pasca kemerdekaan, memelihara hak dan keberadaan masyarakat Melayu-Islam sebagai masyarakat asal Kuala Lumpur, memperkukuh kedudukan Islam sebagai asas pembinaan masyarakat, serta memastikan pembangunan bandar berlangsung berteraskan acuan tempatan yang membina peradaban, bukannya dipengaruhi definisi asing atau budaya yang bercanggah dengan nilai masyarakat Malaysia.

Sebagai sebahagian daripada Kempen Kemerdekaan 2026, ISMA akan menganjurkan tiga inisiatif utama iaitu :

1. Pelancaran Suara Komuniti Kuala Lumpur, yang menghimpunkan aspirasi dan cadangan warga kota untuk diserahkan kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur

2. Penganjuran KL Ideas, sebuah forum yang menghimpunkan ahli akademik, profesional, NGO, pemimpin masyarakat dan pelbagai pihak berkepentingan bagi membincangkan hala tuju serta masa depan Kuala Lumpur

3. Pelancaran Muzium Peradaban Malaysia Virtual, sebuah platform digital yang mendokumentasikan sejarah, warisan dan identiti peradaban negara sebagai sumber rujukan dan pendidikan kepada masyarakat.

Di peringkat akar umbi, 46 cawangan ISMA di seluruh negara turut menjalankan pelbagai program komuniti seperti dialog kejiranan, gotong-royong, ziarah masyarakat, aktiviti keluarga, diskusi ilmu, projek sukarelawan dan kempen kesedaran yang mengangkat nilai sejarah, identiti dan semangat hidup bermasyarakat. Keseluruhan inisiatif ini merupakan usaha ISMA untuk memperkukuh sejarah, menggerakkan penyertaan masyarakat dan menyumbang idea serta tindakan konstruktif ke arah menjadikan Kuala Lumpur sebagai Nadi Peradaban Ummah serta menginspirasikan pembangunan bandar-bandar lain di Malaysia.

Bagi menjayakan kempen ini, ISMA turut bekerjasama dengan Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) serta menyeru kepada mana-mana pihak, organisasi, syarikat atau individu untuk bersama-sama menyokong kempen ini dalam usaha mengembalikan identiti dan wajah sebenar ibu negara Malaysia iaitu Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR, NADI PERADABAN UMMAH.

Ustaz Shuhaib Ar-Rumy bin Selamat
Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)
6 Ogos 2026

Address

12935-C, Jalan BBN 1/7D, PUTRA POINT, BANDAR BARU NILAI

71800

Opening Hours

Monday 09:30 - 17:30
Tuesday 09:30 - 17:30
Wednesday 09:30 - 17:30
Thursday 09:30 - 17:30
Friday 09:30 - 17:30

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ikatan Muslimin Malaysia - ISMA Cawangan Nilai posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Ikatan Muslimin Malaysia - ISMA Cawangan Nilai:

Shortcuts

  • Want your organization to be the top-listed non profit organization?

Share