Persatuan Sains Sosial Malaysia

  • Home
  • Persatuan Sains Sosial Malaysia

Persatuan Sains Sosial Malaysia The Malaysian Social Science Association, officially known by its Malay name Persatuan Sains Sosial

Penerima Zamalah Ilmuan Muda Syed Husin Ali 2026
13/05/2026

Penerima Zamalah Ilmuan Muda Syed Husin Ali 2026

09/05/2026

KENYATAAN MEDIA PERSATUAN SAINS SOSIAL MALAYSIA (PSSM)

Tingkatkan dan Hormati Integriti Ilmu, Ilmuwan dan Keutuhan Institusi Ilmu

Sabtu 9 Mei 2026

1. PSSM memandang serius trend academic bashing, iaitu trend membelasah ahli akademik dan institusinya yang muncul secara bertali arus dalam negara kita sejak beberapa tahun ini yang kesannya menjatuhkan maruah dan kredibilit ahli akademik dan institusi di mana mereka berada. Kemuncaknya akhir-akhir ini ialah kecaman secara langsung dan sangat keras oleh seorang tokoh politik bahawa para profesor dalam bidang Sejarah adalah “pengecut”, tidak mahu turun dari “menara gading”, membiarkan kekeliruan Sejarah berleluasa dalam masyarakat tanpa sanggahan, seolah-olah lupa bahawa mereka dibiayai gaji oleh rakyat. Sebagai sebuah persatuan kebangsaan dalam bidang sains sosial yang kebanyakan ahli-ahlinya terdiri daripada ahli-ahli akademik yang sedang dalam perkhidmatan, kami merasa terpanggil untuk memberi sedikit pandangan berhubung perkara ini.

2. PSSM mengalu-alukan kritikan dan teguran daripada sesiapapun terhadap ahli akademik dan institusi ilmu, apalagi bila teguran itu membina dan saling menghormati yang bertujuan untuk membangun dan memantapkan budaya ilmu dan komitmen para sarjana dalam melaksanakan amanahnya kepada pelajar, rakyat dan negara. Kritikan dan teguran ibarat ubat yang walaupun pahit, ia membantu para ilmuwan membuat refleksi dan muhasabah diri agar mereka akan lebih gigih lagi dalam menjalankan tanggung jawab. Misi kami ialah membina sains sosial dan kesarjanaan yang mandiri, kritis dan menjunjung nilai budiman. Inilah tradisi dan legasi yang diwarisi daripada para perintis sains sosial Malaysia seperti Profesor Dr Syed Husin Ali, Profesor Dr Syed Hussein Alatas, Profesor Emeritus Dato Dr Abdul Rahman Embong, dan ramai lagi. Bahkan Almarhum Profesor Dr Syed Husin Ali yang memimpin PSSM selama satu dekad dari 1980-1990 telah “merakyatkan” ilmu dengan memecah tembok menara gading dan turun kepada masyarakat, sehingga beliau meringkuk di penjara selama enam tahun dari 1974 hingga 1980 kerana memperjuangkan dan mempraktikkan “ilmu untuk masyarakat”.

3. Namun kritikan dan teguran tidak sama dengan perbuatan memperlekeh dan menghina para ilmuwan dengan gelaran “kangkung” yang sering dilemparkan sebelum ini serta tuduhan “pengecut”, di samping mengungkit “apa guna mereka makan gaji duit rakyat”, dan bermacam-macam lagi. Bayangkan kesan daripada academic bashing atau “membelasah ahli akademik” seperti ini kepada keyakinan ibu bapa terhadap guru-guru yang mendidik anak-anak mereka di universiti dan terhadap institusi di mana anak-anak mereka belajar. Mungkin mereka akan terfikir apa guna mereka bersusah payah menghantar anak-anak mereka ke universiti untuk dididik oleh si “pengecut” dan “kangkung” ini.

4. Masalah pokok di sebalik lontaran seperti ini ialah sikap angkuh dan takbur, menganggap diri begitu hebat, pandangan yang berat sebelah, serta main pukul borong apabila melihat pihak lain yang tidak menuruti kehendaknya. Sikap seperti ini langsung tidak mencerminkan nilai-nilai dan budi pekerti yang luhur dan berhemah yang menjadi prinsip kelima dalam Rukun Negara. Untuk Malaysia maju ke hadapan, budaya seperti ini perlu dikikis. Kita berharap tidak akan muncul dalam masyarakat dan negara kita satu fenomena yang diistilahkan oleh Almarhum Profesor Dr Syed Hussein Alatas sebagai “jadong” – “jahat, bodoh dan sombong” dalam syarahan umumnya di UKM pada tahun 2000.

5. Kepada rakan-rakan kami dalam komuniti akademik termasuk ahli Sejarah: Bidang Sejarah adalah satu satu bidang berat dan amat penting. Ilmu Sejarah ada pelbagai perspektif dan kepelbagaian ini harus dihormati. Sejarah p**a tidak boleh menjadi alat politik dan diperkudakan untuk memenangi atau mengagungkan naratif keagungan golongan tertentu tanpa bukti saintifik, apalagi menyebarkan mitos sebagai Sejarah kerana mahu membina naratif tertentu. Kalau berlaku demikian, ini hanya mengelirukan masyarakat dan para pelajar. Kami amat bersetuju dengan pendirian rakan kami, Almarhum Profesor Emeritus Dr Ahmat Adam yang menegaskan Sejarah harus berdasarkan fakta, pandangan yang objektif dan menegakkan kebenaran serta membezakan mitos daripada Sejarah. Pendirian ini telah kami nyatakan dalam tribute kepada beliau dalam Majlis Memperingati Allahyarham Profesor Dr Ahmat Adam di Universiti Malaya pada 25 April yang lalu. Kami juga menghargai usaha rakan-rakan kami yang melakukan ekskavasi arkeologi dan menggunakan kaedah saintifik terkini menggali artifak-artifak Sejarah tamadun purba yang mungkin akan memberi tafsiran baharu dan berbeza dengan tafsiran yang sudah dianggap sebagai piawai dan “muktamad”.

6. PSSM sudah lama mempertahankan budaya bercakap benar kepada masyarakat dan kepada yang berkuasa walaupun pahit. Kami juga tidak bersedia membiarkan institusi masing-masing ditawan oleh kepentingan politik individu atau mana-mana parti kerana ini akan menimbulkan keresahan dan perpecahan serta merugikan kepentingan ilmu, universiti dan negara. Kami menganjurkan wacana akademik yang menyampaikan fakta yang tepat dan perbahasan yang telus dan seimbang tanpa dipengaruhi oleh agenda setting. Kami berharap sikap dan nilai saling menghormati antara satu sama lain, sikap merendah hati dan budiman ini kekal subur sebagai panduan dalam interaksi dan komunikasi semasa kita.

7. Akhir kata, ilmu bukan untuk dijual beli tetapi akan kekal sebagai warisan bangsa. Justeru penyampaiannya perlu beradab, tertib dan dibalut dengan fakta yang tepat. Dalam dunia akademik, tiada timbul soal berebut pentas sebab kepakaran dan pengalaman pendidikan masing-masing tidak sama. Apa yang sama adalah perjuangan memartabatkan ilmu baik sains sosial mahupun sains untuk disampaikan kepada mahasiswa, serta mengangkat hasil kajian dan seterusnya memberi impak kepada masyarakat dan dasar negara.

Pelihara dan hormatilah integriti ilmu, para ilmuwan dan keutuhan institusi ilmu demi membina tamadun!

Profesor Dr. Sity Daud
Presiden PSSM

=================================

PRESS RELEASE BY MALAYSIAN SOCIAL SCIENCE ASSOCIATION (PSSM)

Enhance and Respect the Integrity of Knowledge, Scientists and the Integrity of
Knowledge Institutions

Saturday 9 May 2026

1. PSSM takes seriously the trend of academic bashing, which is the trend of beating up academics and their institutions that has emerged in our country in recent years, which has the effect of undermining the dignity and credibility of academics and the institutions where they serve. The recent culmination is the direct and very harsh criticism by a political figure that professors in the field of History are "cowards", do not want to come down from the "ivory tower", allow the confusion of History to spread in society without refutation, as if forgetting that their salaries are financed by tax payers. As a national association in the field of social sciences whose members are mostly academics who are currently in service, we are obliged to comment on this matter.

2. PSSM welcomes criticisms from anyone against academics and knowledge institutions, especially when the criticism is constructive and shows mutual respect that aims to develop and strengthen the culture of knowledge and the commitment of scholars in carrying out their trust in students, the people and the country. Criticisms and reprimand are like medicine that, although bitter, help scientists reflect and self-reflect so that they will be more persistent in carrying out their responsibilities. Our mission is to build social sciences and scholarship that are independent, critical and uphold the values of civility. This is the tradition and legacy inherited from the pioneers of Malaysian social sciences such as Professor Dr Syed Husin Ali, Professor Dr Syed Hussein Alatas, Emeritus Professor Dato Dr Abdul Rahman Embong, and many more. Even the late Professor Dr Syed Husin Ali who led PSSM for a decade from 1980-1990 has "democratized" knowledge by breaking down the walls of the ivory tower and coming down to the community, to the point that he was imprisoned for six years from 1974 to 1980 for fighting for and practicing "knowledge for the community".

3. However, criticisms and reprimand are not the same as belittling and insulting academics with the title "kangkung" which has often been thrown before and accusing them of "cowards", in addition to raising "what is the point of them eating public money", and many other things. Imagine the impact of academic bashing or "beating up academics" like this on parents' confidence in the teachers who educate their children at universities and in the institutions where their children study. Maybe they will think about the hassle to send their children to universities to be educated by these "cowards" and "kangkung".

4. The main problem behind such throwing is an arrogant and conceited attitude, thinking oneself to be so great, a biased view, and playing wholesale punching when seeing others who do not comply with one's wishes. This kind of attitude does not at all reflect the noble and prudent values and character that is the fifth principle in the Rukun Negara. For Malaysia to move forward, this kind of culture needs to be eroded. We hope that there will not appear in our society and country a phenomenon that the late Professor Dr Syed Hussein Alatas termed as "jadong" or the "evil, stupid and arrogant" in his general lecture at UKM in 2000.

5. To our friends in the academic community including historians: The field of History is a difficult and very important field. Historical knowledge has various perspectives and this diversity must be respected. History cannot be a political tool and be used to win or glorify the narrative of the greatness of certain groups without scientific evidence, let alone spreading myths as history because they want to build a certain narrative. If that happens, this will only confuse the community and students. We strongly agree with the stance of our friend, the late Professor Emeritus Dr Ahmat Adam, who stressed that history should be based on facts, objective views and uphold the truth, as well as distinguishing myths from history. We expressed this stance in our tribute to him at the Commemoration Ceremony for the Late Professor Dr Ahmat Adam at the University of Malaya recently on April 25. We also appreciate the efforts of our friends who conduct archaeological excavations and use the latest scientific methods to unearth artifacts from the history of ancient civilizations that may provide new interpretations and differ from the interpretations that are considered standard and "established".

6. PSSM has long defended the culture of speaking the truth to the community and to those in power even when it is bitter. We are also not willing to let our respective institutions be captured by the political interests of individuals or any party because this will cause unrest and division and harm the interests of knowledge, universities and the country. We advocate academic discourse that presents accurate facts and transparent and balanced debates without being influenced by agenda setting. We hope that this attitude and value of mutual respect for each other, humility and courtesy will remain fertile as a guide in our current interactions and communication.

7. Finally, knowledge is not for sale but will remain as the heritage of the nation. Therefore, its delivery must be civilized, orderly and wrapped in accurate facts. In academia, there is no issue of competing for the stage because each person's expertise and educational experience are not the same. What is common to all is the struggle to uphold knowledge, both in social sciences and science, to be conveyed to students, as well as to elevate research findings and subsequently have an impact on society and national policies.

Preserve and respect the integrity of knowledge, scholars and the integrity of knowledge institutions in order to build civilization!

Professor Dr. Sity Daud
President of PSSM

29/04/2026
Panggilan Untuk PenyertaanSekretariat APPGM-SDG, dengan sokongan Persatuan Sains Sosial Malaysia (PSSM), dengan sukacita...
27/04/2026

Panggilan Untuk Penyertaan

Sekretariat APPGM-SDG, dengan sokongan Persatuan Sains Sosial Malaysia (PSSM), dengan sukacitanya menjemput penyerahan abstrak untuk Pertandingan Penulisan Artikel Penyelidikan APPGM-SDG yang pertama.

Hantar abstrak anda jika anda berminat untuk menyumbang kepada kemajuan penyelidikan sosial, atau kongsikan jemputan ini kepada sesiapa yang mungkin berminat.

Untuk maklumat lanjut, lawati laman web pertandingan dengan mengimbas kod QR di atas.

Tarikh akhir penyerahan abstrak: 27 Jun 2026
---
Call for Participation

The APPGM-SDG Secretariat, supported by the Malaysian Social Sciences Association (PSSM), is pleased to invite abstract submissions for our inaugural APPGM-SDG Research Article Writing Competition.

Submit your abstract if you are interested in advancing social research, or share this with others who may be interested.

For further details, visit the competition’s website by scanning the QR code.

Deadline for abstract submission: 27 June 2026

Majlis Memperingati Sejarawan Ahmat AdamProf. Emeritus Ahmat Adam ialah seorang sejarawan terkemuka kelahiran Kampung Se...
27/04/2026

Majlis Memperingati Sejarawan Ahmat Adam

Prof. Emeritus Ahmat Adam ialah seorang sejarawan terkemuka kelahiran Kampung Selandar, Melaka. Beliau memulakan kerjaya akademik di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sebelum berkhidmat di Universiti Malaysia Sabah (UMS), dan bersara dengan pengiktirafan sebagai Profesor Emeritus.

Dalam bidang penulisan, beliau telah menghasilkan lebih daripada 15 buah karya ilmiah yang diterbitkan di dalam dan luar negara, mencakupi sejarah wilayah Malaysia dan Indonesia. Antara karya penting beliau termasuk Tawarikh Hikayat Melayu, Batu Bersurat Terengganu: Betulkah Apa Yang Dibaca Selama Ini?, Hikayat Raja Pasai, The Sejarah Melayu Revisited: A Collection of Six Essays, dan Hikayat Hang Tuha (atau Hikayat Hang Tua). Sumbangan beliau bukan sahaja memperkayakan khazanah sejarah Melayu, tetapi juga memperkukuh wacana akademik mengenai sejarah serantau.

Beliau menolak tanggapan bahawa sejarah Melayu penuh dengan dongeng dan mitos yang tidak berasaskan bukti, sebaliknya menegaskan sejarah mesti dibuktikan secara ilmiah. Ahmat Adam mengutamakan sumber primer seperti naskhah Melayu lama dan batu bersurat untuk membina semula sejarah, berbeza dengan pendekatan sejarawan lain yang mungkin lebih bergantung kepada sumber lisan atau catatan luar.

Contoh kajian Ahmat Adam tentang Hikayat Hang Tuha (atau Hikayat Hang Tua), beliau menganggap itu tidak tepat, lantas mengemukakan yang sepatutnya ialah Hang Tuha. Begitu juga Batu Bersurat Terengganu, beliau memanfaatkan sumber Jawa kuno dan juga Sanskrit untuk membuat tafsiran baru, berbeza daripada karya ahli sejarawan lain.

Professor Ahmat Adam menyatakan kesimp**an yang dibuatnya itu bukanlah untuk merendahkan kesarjanaan mana-mana pihak tetapi hanyalah merupakan satu usaha untuk mengajak para peminat sejarah tanah air agar berfikir dan menilai secara kritis mana-mana bahan sejarah yang digunakan sebagai sumber dan menghayati falsafah sejarah yang memberatkan kebenaran berasaskan kepada bukti yang bersifat objektif.

Webinar: Economic Imperatives of War: Cost & Consequences of US-Isreal Aggression Against Iran.Considering the gravity o...
18/04/2026

Webinar: Economic Imperatives of War: Cost & Consequences of US-Isreal Aggression Against Iran.

Considering the gravity of the situation caused by the unprovoked military aggression of US and Israel against Iran, and overwhelming focus on media narratives, undoubtly there is a need to open public sphere for better understanding of the economic roots of modern warfare. There is an urgency to move beyond superficial political narratives and media headlines, toward interrogation of the material interests, financial mechanism, and economic consequences of this aggression.

In order to built awareness and movement for peace, Institute of Public Policy (Atma Jaya Chatolic University of Indonesia), Puska Strategic and Sustainability Development (Universitas Pembangunan Nasional Veteran Jakarta) in collaboration with Masyarakat Heterodox Indonesia present this webinar to elaborate on the subject. Let's participate by joining forum of experts:

Keynote Speaker: Profesor Jomo Kwame Sundaram (Senior Advisor Khazanah Research Institute Malaysia, Former Assistant Secretary General for UN Dept Economic and Social Affairs 2005-2012).

Panels:
- Profesor Surajit Mazumdar (Jawaharlal Nehru University, India)
- Dr Eleonora Gentilucci (Institut Catholique de Paris, France)
- Dr Zhiming Long (Tsinghua University)
- Dr Fachru Nofrian (Universitas Pembangunan Nasional Veteran Jakarta)

Moderator: Atmaezer H. Simanjuntak, Ph.D. (IFAR Fellow - Atma Jaya Catholic University of Indonesia)

2 likes. "The Economic Imperative of War"

FORUM PSSM 2026  #1The US-Israeli War on Iran: Implications for Malaysia, ASEAN and the Islamic WorldDate: 15 April 2026...
13/04/2026

FORUM PSSM 2026 #1

The US-Israeli War on Iran: Implications for Malaysia, ASEAN and the Islamic World

Date: 15 April 2026 (Wednesday)
Time: 2:00 pm

Join Zoom Meeting:
https://us06web.zoom.us/j/88570588997?pwd=GvlosAj8Kcchne279DQYfNsmlOHmPu.1
Meeting ID: 885 7058 8997
Passcode: 339506

Moderator:
Prof. Dr. Lai Yew Meng, Professor of Politics and International Relations and Director of the Research Management Centre (RMC), Universiti Malaysia Sabah; Head of Maritime Security and Sovereignty Cluster, UMS Blue Economy and Maritime Security Research Centre.

Speaker:
Emeritus Prof. Jomo Kwame Sundaram, Senior (Research) Advisor, Khazanah Research Institute (KRI), Malaysia; Adjunct Professor: International Islamic University Malaysia (IIUM); Winner of The World Academy of Sciences (TWAS) Award in Social Sciences for 2026.

Discussant:
Prof. Dr. Gurol Baba, Professor, Department of International Relations, and Dean, Faculty of Political Science, Social Sciences University of Ankara; Adjunct Professor in the Division of Social Sciences at Duke Kunshan University (DKU).

11/03/2026
PSSM mengucapkan Salam Ramadan 1447H buat semua warga Malaysia yang beragama Islam.
18/02/2026

PSSM mengucapkan Salam Ramadan 1447H buat semua warga Malaysia yang beragama Islam.

Selamat Menyambut Tahun Baru Cina 2026 dari seluruh warga Persatuan Sains Sosial Malaysia.
16/02/2026

Selamat Menyambut Tahun Baru Cina 2026 dari seluruh warga Persatuan Sains Sosial Malaysia.

You are cordially invited to join the online seminar on “Social Sciences Online Seminar Series: Social Sciences in the A...
22/01/2026

You are cordially invited to join the online seminar on “Social Sciences Online Seminar Series: Social Sciences in the Age of AI" on Wednesday, 21 January 2026 from 3pm to 4pm.

This online seminar is brought to you by Faculty of Education and Liberal Arts, INTI International University, Malaysia.

Kindly click HERE to join the seminar online: https://tinyurl.com/3sf2y3r7
or by scanning the QR code.

🔗 https://linktr.ee/newinti_iiumy

Address

C/o Institut Kajian Malaysia Dan Antarabangsa (IKMAS)

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Sains Sosial Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Persatuan Sains Sosial Malaysia:

  • Want your organization to be the top-listed Non Profit Organization?

Share