25/08/2026
𝐒𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐌𝐀𝐔𝐋𝐈𝐃𝐔𝐑 𝐑𝐀𝐒𝐔𝐋 𝟏𝟒𝟒8𝐇 / 𝟐𝟎𝟐6
Baginda ﷺ datang membawa rahmat, mengajarkan kasih sayang, dan menunjukkan jalan menuju Allah SWT.
Sabda baginda:
“Tidak beriman salah seorang daripada kamu sehingga aku lebih dicintainya daripada anaknya, orang tuanya, dan manusia seluruhnya.”
(Hadis Riwayat al-Bukhari & Muslim)
Maulidurrasul bukan sekadar hari peringatan, tetapi seruan untuk memperbaharui cinta dan ketaatan kita kepada baginda. Cinta yang diterjemahkan melalui amal, akhlak, dan perjuangan menegakkan agama Allah SWT.
Bila kita berselawat, kita bukan saja menyebut nama Nabi Muhammad SAW tapi kita menghidupkan cinta kita kepada baginda. Kita nak ambil semangat baginda dalam perjuangan, dalam menyatukan umat, dalam menyebarkan kasih sayang.
Sempena hari penuh barakah ini, marilah kita bersama-sama meneladani akhlak Rasulullah SAW sebagai panduan hidup, serta mengamalkannya dalam membentuk generasi berilmu, berakhlak mulia dan masyarakat desa yang inklusif, sejahtera serta berdaya saing.