31/08/2026
MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL ﷺ
📅 30 Ogos 2026 | 17 Rabiulawal 1448H
Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT, kita berkesempatan untuk bersama-sama menghadiri Majlis Sambutan Maulidur Rasul ﷺ dalam suasana yang penuh kecintaan kesyukuran dan keberkatan.
Semoga majlis ini menjadi wadah untuk kita menghayati keperibadian serta akhlak mulia Nabi Muhammad ﷺ di samping menyemai dan memperkukuh rasa cinta kepada Baginda dalam sanubari.
Semoga kita semua dikurniakan syafaat Rasulullah ﷺ serta diberikan kekuatan untuk terus istiqamah dalam mengamalkan sunnah Baginda.
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad ﷺ.