19/07/2026
Musim Baharu Patani: Kedamaian Mesti Menjadi Milik Rakyat
Romzee Abdulrasyid Dokhor Ketua Himpunan Masyarakat Madani Untuk Perdamaian (CAP) telah menyertai forum awam kemarin 18 Juli 2026 yang bertajuk "Melihat Situasi Selatan Thailand: Musim Baharu – Cabaran dan Harapan", bersama wakil Kerajaan Thailand, Ketua deligasi proses dialog damai Thailand, ahli akademik, masyarakat madani serta pengamal media dari Bangkok dan wilayah Patani.
Dalam sesi tersebut, CAP menegaskan bahawa kedamaian bukan sekadar berakhirnya kekerasan, tetapi adalah keadaan di mana rakyat dapat hidup dengan maruah, keselamatan, keadilan dan harapan terhadap masa depan.
Bagi CAP, "musim baharu" proses damai tidak seharusnya terhad kepada rundingan antara pihak-pihak yang berkonflik semata-mata. Sebaliknya, ia perlu berkembang menjadi proses membina kedamaian yang dimiliki dan dipimpin oleh rakyat, dengan membuka ruang penyertaan yang bermakna kepada semua lapisan masyarakat dalam menentukan masa depan tanah air mereka.
CAP turut menekankan bahawa media mempunyai peranan yang amat penting. Media bukan sekadar menyampaikan berita, tetapi turut membentuk persepsi masyarakat, mengurangkan prasangka serta memperluaskan ruang harapan terhadap perdamaian.
Pelaporan yang seimbang, beretika, menghormati maruah insan serta memberi ruang kepada suara rakyat akan menjadi antara faktor penting dalam memperkukuhkan proses kedamaian .
CAP merakamkan penghargaan kepada pihak penganjur, semua panel, para wartawan serta peserta daripada pelbagai sektor yang telah bersama-sama mewujudkan ruang dialog yang membina demi mencari jalan ke arah kedamaian yang berkekalan.
Kedamaian tidak akan menjadi kenyataan hanya kerana satu pihak menang. Kedamaian akan lahir apabila setiap pihak mengiktiraf bahawa maruah manusia lebih bernilai daripada konflik, dan apabila rakyat bukan sekadar menjadi pemerhati, tetapi menjadi pemilik sebenar proses kedamaian .
"Kedamaian Yang Dimiliki Rakyat adalah asas kepada kedamaian yang berkekalan."