07/04/2026
Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur) - al-Kauthar, ayat 2.
Alhamdulillah, untuk tahun ke 16, kami menawarkan khidmat pengurusan ibadah korban & akikah.
Untuk tahun 2026, ianya akan dilaksanakan di Rumah Anak Yatim as-Siddiq, Ban Mae Pao, Chiang Rai, Thailand. Ianya menempatkan lebih kurang 130 anak-anak yatim, miskin & mualaf dari kawasan sekitar.
Daging hasil ibadah ini akan disimpan di bilik beku bagi kegunaan mereka sepanjang tahun.
Jom bersama kami menunaikan ibadah korban & akikah untuk tahun ini.
Semoga Allah menerima ibadah yang kita lakukan pada kali ini, dan memastikan anak-anak ini ada bekalan makanan untuk mereka pada tahun yang akan datang.
Usaha kecil kita ini mudah-mudahan sedikit-sebanyak dapat membantu meringankan tanggungan pengurusan Rumah Anak Yatim as-Siddiq.
Sebarang maklumat lanjut, Tuan/Puan boleh hubungi kami ;
Ridzuan - 019-556 5645
Hasnita - 019- 5566 078
Let's Do Good and Good Will Come Back to You...