03/08/2026
Heritage is more than a collection of stories passed down to us. It must continue to be studied, discussed and developed so that it remains meaningful to future generations.
In a recent Berita Harian Singapura article, P.E.N.T.A.S Foundation Ltd co-founder Mr Suryakenchana shared his perspective on how Singapore’s Malay history and heritage are presented in the Malay Heritage Centre’s renewed permanent galleries.
While some visitors felt that the galleries’ narrative is now more closely aligned with the national narrative, with less emphasis on the Malay community’s regional connections and interactions, he chose to view this as an opportunity:
“I see it as an opportunity because we can extend the story and focus on developing our own Singapore Malay heritage.
“There are many more stories that can be told from every section of the new permanent galleries at the Malay Heritage Centre.”
This reflects P.E.N.T.A.S Foundation’s belief that safeguarding heritage requires more than preserving historical materials. It also calls for research, education, open dialogue and the active participation of the community.
We welcome the Malay Heritage Centre's commitment to listening to the community and expanding its storytelling through programmes, talks, research, digital content and collaborations with community partners.
Congratulations to Mr Suryakenchana for contributing a constructive perspective to this important conversation. We also thank Berita Minggu for providing a platform where the community’s voices and perspectives can be heard.
----------------
Warisan bukan sekadar kisah yang diwarisi. Warisan perlu terus dikaji, dibincangkan dan dikembangkan agar kekal bermakna untuk generasi seterusnya.
Dalam laporan Berita Minggu, pengasas bersama P.E.N.T.A.S Foundation Ltd, Encik Suryakenchana, berkongsi pandangannya mengenai cara sejarah dan warisan Melayu Singapura dipersembahkan di galeri tetap baharu Taman Warisan Melayu.
Walaupun terdapat pandangan bahawa naratif galeri kini lebih selaras dengan naratif nasional dan kurang memberikan penekanan terhadap keterkaitan serantau masyarakat Melayu, beliau memilih untuk melihatnya sebagai suatu peluang:
“Saya melihatnya sebagai peluang kerana kita boleh melanjutkan cerita dan memberi tumpuan kepada membangunkan warisan Melayu Singapura kita sendiri.
“Ada banyak lanjutan kisah untuk diceritakan daripada setiap seksyen dalam galeri tetap baru di TWM.”
Pandangan ini mencerminkan kepercayaan P.E.N.T.A.S Foundation bahawa usaha melindungi dan memastikan kelangsungan warisan memerlukan lebih daripada pemeliharaan bahan sejarah. Ia turut memerlukan penyelidikan, pendidikan, perbincangan terbuka dan penglibatan aktif masyarakat.
Kami mengalu-alukan usaha Taman Warisan Melayu untuk terus mendengar pandangan masyarakat serta memperluas penceritaan melalui program, ceramah, penyelidikan, kandungan digital dan kerjasama bersama rakan masyarakat.
Tahniah kepada Encik Suryakenchana atas perkongsian pandangan yang membina dalam perbincangan penting ini. Terima kasih juga kepada Berita Minggu kerana menyediakan ruang untuk suara dan perspektif masyarakat diketengahkan.
https://www.beritaharian.sg/gaya-hidup/perbincangan-mengenai-sejarah-warisan-melayu-spura-antara-usaha-twm-dekati-masyarakat
Terokai perbincangan mengenai sejarah dan warisan Melayu Singapura di Taman Warisan Melayu (TWM) dan bagaimana ia mendekati masyarakat.