20/07/2026
I know many of us carry a heavy heart as we read the news about Prof Faishal today.
For many in our community, Prof has been someone who built deep and lasting connections over many years. I have great respect for him as a colleague. Having worked closely with him on MENDAKI 2030 and TUNAS, I saw firsthand his dedication to the development of our Muslim community, the relationships he nurtured, and the trust he earned. His contributions to our community will not be forgotten.
I am deeply sorry that this has happened. I know many in our community are disappointed and saddened.
Nearly a decade at MENDAKI has shown me the strength and resilience of our community. In difficult moments, we do not turn away from one another. We come together, support one another, and keep moving forward.
There is still much good work to be done, and our community's progress must continue.
As I take on the role of Acting Minister-in-charge of Muslim Affairs, I do so with humility and a deep sense of responsibility. Together with the team, I will do my very best to serve our community and work closely with all our stakeholders in the days ahead.
______
Saya faham ramai yang terkesan dengan berita mengenai Prof Faishal hari ini.
Bagi ramai yang mengenali beliau, Prof merupakan seorang yang telah lama membina hubungan yang erat dan berkekalan dengan pelbagai pihak. Sebagai rakan sekerja, saya amat menghormati beliau. Melalui kerjasama rapat kami dalam MENDAKI 2030 dan TUNAS, saya menyaksikan sendiri komitmen beliau terhadap pembangunan masyarakat Islam, hubungan yang beliau pupuk, serta kepercayaan yang beliau bina. Jasa dan sumbangan beliau kepada masyarakat kita akan sentiasa dikenang.
Saya amat berdukacita atas apa yang telah berlaku. Saya tahu ramai di kalangan masyarakat kita berasa kecewa dan sedih
Selama hampir sedekad saya berkerja rapat bersama MENDAKI, saya dapat melihat kekuatan dan sikap daya tahan masyarakat kita. Dalam tempoh yang mencabar, kita tidak mengambil sikap tidak pedulikan yang lain. Sebaliknya, kita saling menguatkan, saling menyokong, dan terus melangkah ke hadapan bersama.
Masih banyak usaha baik yang perlu dijalankan, dan kemajuan masyarakat kita harus diteruskan.
Dengan menggalas amanah sebagai Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, saya akan melaksanakannya dengan penuh rendah hati dan penuh bertanggungjawab. Bersama pasukan kami, saya akan melakukan yang terbaik untuk terus berkhidmat kepada masyarakat kita dan bekerja rapat dengan semua pihak pada masa mendatang