16/07/2026
Sertai Bengkel untuk Penulis Baharu Bahasa Melayu!
✍️Program Bimbingan Penulis Melayu SBC x MHF: Siri Bengkel Penulisan Cerpen
📆12 Ogos - 2 September 2026
📍Zoom
Sertai siri bengkel penulisan cerpen ini untuk mengasah bakat penulisan anda, memperkukuh gaya penulisan, dan merealisasikan idea-idea kreatif anda. Setiap sesi selama 2 jam ini akan menggabungkan teori, perbincangan, dan latihan menulis yang direka untuk mencabar minda dan menyemarakkan kreativiti anda.
💡Cetusan Idea & Premis
👤Watak & Plot
🎭Tema & Latar
✨Gaya Bahasa & Perenggan Pembuka
Sama ada anda baru bermula atau atau ingin meningkatkan tahap penulisan anda, bengkel ini adalah peluang yang sesuai untuk menerima bimbingan daripada mentor berpengalaman, Farihan Bahron dan Noridah Kamari.
🔗Sila Daftar: bit.ly/sbc-mhf-bengkel (Tekan link di bio!)
Dianjurkan bersama oleh Singapore Book Council (SBC) dan Yayasan Warisan Melayu (MHF), Program Bimbingan Penulis Melayu SBC x MHF merupakan inisiatif pembangunan baharu yang bertujuan menyokong penulis fiksyen bahasa Melayu yang sedang meningkat naik atau baru bermula di Singapura.