Jalan Terkukur,Kuala Terengganu

Directions

Jalan Terkukur,Kuala Terengganu a.k.a Lorong Moq pir - Perumahan Kuarters Kerajaan -Taman Alamanda 2 a.k.a Taman Hajjah Kal

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ🔴 MAKLUMAN KEMATIAN 🔴🗓️ Tarikh: 4 Oktober 2026 (Ahad)JPKK Jalan Tekukur merak...
04/10/2026

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

🔴 MAKLUMAN KEMATIAN 🔴

🗓️ Tarikh: 4 Oktober 2026 (Ahad)

JPKK Jalan Tekukur merakamkan ucapan takziah kepada Ustaz Amin (Pengerusi JPKK Jalan Tekukur) di atas pemergian Ayahda tercinta yang telah kembali ke rahmatullah pada hari ini, Ahad.

👤 Nama Arwah : AllahYarham Abdullah Bin Abdul Ghani

Semoga Allah SWT mengampuni segala dosa arwah, menerima segala amal kebajikannya serta menempatkan arwah dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.

Semoga roh arwah dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan di dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

‎آمِينَ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ 🤲🏻

JPKK Jalan Tekukur

*📢 Makluman Gangguan Bekalan Elektrik*Assalamualaikum.Dimaklumkan bahawa bekalan elektrik akan dihentikan sementara bagi...
18/07/2026

*📢 Makluman Gangguan Bekalan Elektrik*

Assalamualaikum.

Dimaklumkan bahawa bekalan elektrik akan dihentikan sementara bagi kerja-kerja penyelenggaraan TNB seperti berikut:

📅 Tarikh: Ahad, 19 Julai 2026 🕙 Masa: 10.00 pagi – 6.00 petang 📍 Kawasan : Jalan Pusara dan kawasan sekitar (penerima notis sahaja).

Mohon semua penduduk membuat persediaan awal. Terima kasih.

JANGAN LUPA ESOK...Assalamualaikum w.b.t.Tarikh : 28 Mei 2026/11 Zulhijjah 1447HJemputan ke *Program Korban & Akikah**Su...
27/05/2026

JANGAN LUPA ESOK...

Assalamualaikum w.b.t.

Tarikh : 28 Mei 2026/11 Zulhijjah 1447H

Jemputan ke

*Program Korban & Akikah*
*Surau Jalan Tekukur.*
-------------------------
Seluruh Warga Tekukur dan semua Muslimin & Muslimat dijemput hadir beramai-ramai bagi memeriahkan program ini.

📍 Program Korban & Akikah
📍 Jamuan Raya Aidiladha 1447H
⏰ 8.00 Pagi
📍 Tempat : Perkarangan Surau Jalan Tekukur

InsyaAllah turut diadakan jamuan raya untuk komuniti Tekukur.

Jom pakat hadir beramai-ramai bagi mengeratkan silaturrahim dan memeriahkan sambutan Aidiladha bersama komuniti setempat.

Sekian, terima kasih.

Amil Zakat di Surau Jalan Terkukur,Kuala Terengganu Haji Syahrom.. Insyaallah beliau ada LPs Asar tiap2 Hari..
06/03/2026

Amil Zakat di Surau Jalan Terkukur,Kuala Terengganu Haji Syahrom.. Insyaallah beliau ada LPs Asar tiap2 Hari..

Jom..kita pakat sapot PASTI Jalan Tekukur 🚙🧼*BASUH KERETA SAMBIL MENDERMA*🫧🚗Jom basuh kereta sambil menderma untuk tabun...
14/02/2026

Jom..kita pakat sapot PASTI Jalan Tekukur

🚙🧼*BASUH KERETA SAMBIL MENDERMA*🫧🚗

Jom basuh kereta sambil menderma untuk tabung Pasti Al Hasanah

🗓️ Tarikh : 14hb Feb 2026
⏱️ Masa : 10 pagi - 5 petang
📍 Tempat : Perkarangan Surau Jalan Tekukur dan Pasti Al-Hasanah

💥*Hanya RM15**💥

Pada tahun ini, kami buka Tabung Ihya' Ramadhan awal sikit..Jom kita pakat beri sedikit sorang sumbangan bagi menghidupk...
01/02/2026

Pada tahun ini, kami buka Tabung Ihya' Ramadhan awal sikit..

Jom kita pakat beri sedikit sorang sumbangan bagi menghidupkan bulan Ramadhan yang bakal tiba.

Mudah-mudahan dengan usaha ini, Allah SWT mengurniakan kebaikan kepada para penyumbang serta kebahagiaan di dunia dan di akhirat.

Insya-Allah, jom pakat sumbang Tabung Surau Jalan Tekukur.

Sekian, terima kasih.

Beliau Kirim Salam semua...Sape kenal ni...Orang Lama Lorong Mok Pear
12/12/2025

Beliau Kirim Salam semua...
Sape kenal ni...
Orang Lama Lorong Mok Pear

Address

Singapore

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jalan Terkukur,Kuala Terengganu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share