29/10/2025
Nabi SAW pernah bersabda bahawa ada empat sifat mulia yang jika ada dalam diri seseorang, api neraka tidak akan menyentuhnya.
๐ฟ 1. Hayyin (ูููููู) โ Rendah hati & tenang jiwanya
Orang yang hayyin tidak sombong, tidak cepat marah, dan sentiasa tenang walau ketika diuji. Tutur katanya lembut, perbuatannya menenangkan kecuali bila perlukan ketegasan kerana cegah mungkar, namun tiada guna bahasa kesat dan maki hamun atau lucah. Jiwa yang damai ini menjauhkan diri daripada keangkuhan dan ego.
๐ธ 2. Layyin (ูููููู) โ Lemah lembut dalam tutur dan tindakan
Setiap perkataan yang keluar darinya menyejukkan hati. Cara dia menegur tidak mengguris, bahkan menyentuh dengan hikmah. Lemah lembutnya bukan tanda lemah, tetapi kekuatan akhlak yang tinggi.
๐ 3. Sahl (ุณูููู) โ Mudah dan tidak menyusahkan orang lain
Dia mudah berurusan, tidak berkira, tidak s**a mempersulit hal kecil. Dalam perbincangan dia mudah bertolak ansur, tidak s**a memperbesarkan perkara remeh. Orang begini disenangi semua kerana hidupnya memudahkan orang lain.
4. Qarฤซb min an-nฤs (ูุฑูุจ ู
ู ุงููุงุณ) โ Seorang yang mesra, mudah didekati dan disenangi manusia. Orang berasa tenang dan selesa berada di sisinya, bukan takut atau tertekan. Tidak memilih kawan berdasarkan pangkat atau kedudukan, senyum dan layanan baiknya sama untuk semua, tanpa mengira siapa pun yang ditemuinya.
โจ Empat sifat ini menjadikan seseorang insan yang dicintai Allah, disenangi manusia, dan dijauhkan daripada api neraka.
Dapatkan buku amalan sunnnah HARIAN baginda SAW ini segera dan dijamin bermanfaat. Dapatkan di pelbagai kedai buku dan boleh juga beli di link shopee berikut
https://my.shp.ee/XUiDiVM
Juga dapatkan buku ensiklopedia Fiqh Muamalat dan Kewangan Islam. Sesuai untuk buku rujukan semua library dan golongan. Dapatkan di link Shopee berikut
https://my.shp.ee/xjU4FZn