11/09/2026
[PEMAKLUMAN PENGAMBILAN KEDUA BAGI SESI 2027/2028]
Sukacita dimaklumkan bahawa pengambilan kedua bagi sesi pengajian 2027/2028 melalui platform https://studyinsaudi.sa/en akan dibuka mulai 16 September 2026 hingga 6 Oktober 2026.
Sehubungan dengan itu, para pelajar yang berminat untuk melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi di Arab Saudi adalah disarankan untuk membuat persediaan awal dengan mendaftar akaun di laman sesawang studyinsaudi, melengkapkan profil serta mengisi semua maklumat dan dokumen yang diperlukan.
Bagi para pemohon yang tidak berjaya dalam permohonan sesi September 2026/2027, janganlah berputus asa. Para pemohon disarankan untuk mengemas kini maklumat, menyemak semula dokumen dan membuat permohonan semula bagi pengambilan kali kedua ini.
Persatuan Pelajar Malaysia Mekah (PPMM) turut berbesar hati memaklumkan bahawa seramai 23 orang pemohon Malaysia telah berjaya menerima tawaran bagi sesi September 2026/2027, dengan pecahan seperti berikut:
1. 14 orang di Taif University
2. 6 orang di Umm Al-Qura University
3. 2 orang di King Abdulaziz University
PPMM mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua pemohon yang telah berjaya. Semoga peluang ini menjadi permulaan kepada perjalanan ilmu yang penuh keberkatan dan manfaat.
Kepada para pemohon yang masih belum berjaya, jangan berputus asa. Kegagalan pada satu permohonan bukanlah pengakhiran kepada impian untuk menuntut ilmu di Arab Saudi. Manfaatkan pengambilan kedua ini dengan memperkemas profil, mengemas kini maklumat serta memastikan semua dokumen yang diperlukan adalah lengkap dan tepat.
Teruskan berusaha, perbaiki apa yang perlu dan berdoa. Semoga Allah SWT membuka jalan dan memberikan rezeki kepada semua yang berhasrat menuntut ilmu di bumi Arab Saudi.