31/05/2026
Alhamdulillah, pada petang hari raya pertama Aidiladha yang penuh keberkatan ,para ajk dan sukarelawan Muhibbul Quran telah hadir beramai-ramai untuk pengagihan daging korban diMuhibbul Quran kg hj Ghaffar Yong Peng Johor.
Biarpun tahun ini hanya seekor lembu sahaja, berbanding tahun lalu sebanyak 3 ekor.
Namun apa yang membanggakan,tugasan kali ini telah digalas oleh ajk yang dipilih menggantikan bendahari yang tidak dapat melaksanakan tugas disebabkan masalah kesihatan bermula semenjak akhir tahun lalu.Kita sentiasa mendoakan agar beliau cepat sembuh dan dapat bersama-sama sepertimana sediakala.
Ibadah korban tahun ini berjaya dilaksanakan hasil tabungan bulanan ahli persatuan sendiri. Ini membuktikan bahawa dengan kesungguhan, istiqamah dan semangat kebersamaan, sesuatu yang besar mampu direalisasikan.
Sesungguhnya, semangat pengorbanan yang ditunjukkan oleh para sukarelawan wajar dihargai, mereka bukan sahaja menghidupkan syiar Islam melalui ibadah korban, bahkan turut memperkukuhkan ukhuwah dan budaya saling membantu.
Tahniah dan jazakumullahu khairan kepada para sukarelawan atas penganjuran program yang sangat baik. Semoga segala amal kebajikan, pengorbanan dan sumbangan yang dicurahkan diterima oleh Allah SWT.