04/09/2026
Ramai yang menyangka bahagia hanya akan hadir apabila semua impian duniawi tercapai, tiada ujian, dan hidup sentiasa sempurna. Namun hakikatnya, bahagia adalah satu 'seni' mendidik hati untuk tenang di tengah-tengah gelora ujian.
Seni mencipta bahagia mengajar kita untuk tidak meletakkan syarat pada ketenangan. Ia bermula apabila kita belajar melepaskan apa yang di luar kawalan, bersyukur dengan nikmat sekecil mana pun, dan meletakkan keredaan Allah sebagai puncak matlamat.
Jom tonton perkongsian penuh hikmah dan inspirasi dalam slot Assalamualaikum pagi esok bertajuk: "SENI MENCIPTA BAHAGIA".
Menerusi penceramah jemputan:
๐ค Ustaz Fikri Abd Razak (Pengerusi Darul Mutasabiqin)
Tetapkan penggera (alarm) pagi esok:
๐ Sabtu, 05 September 2026
โฐ 8.30 Pagi
๐บ Saluran: TV AlHijrah
Mari kita luangkan waktu di hujung minggu ini untuk mempelajari formula hati agar hidup sentiasa lapang dan gembira mengikut acuan Islam. Jumpa esok pagi!