Pertubuhan SUARA BELIA

Pertubuhan SUARA BELIA Youths Rights, Youths Voice... Amplified!

04/05/2026

๐Ÿ“ข Panggilan kepada semua anak muda!

Inilah masa untuk anda bangkit dan jadi pemimpin masa hadapan ๐Ÿ’ฅ

Gen Z Suara Belia Leadership Programme 2026 kini dibuka untuk penyertaan!

Kalau anda ingin:
๐Ÿ”ฅ Tingkatkan kemahiran kepimpinan
๐Ÿ”ฅ Kuasai komunikasi & keyakinan diri
๐Ÿ”ฅ Luaskan networking dengan belia hebat seluruh negara
๐Ÿ”ฅ Jadi suara yang membawa perubahan sebenar

Jangan tunggu peluang, REBUT peluang ini sekarang.

Tempat adalah terhad โณ
Daftar sekarang, link di bio!

Tahniah sekali lagi diucapkan kepada Tuan Md Yassir Arafat  atas pelantikan sebagai Ketua Penerangan, Yayasan Kepimpinan...
02/05/2026

Tahniah sekali lagi diucapkan kepada Tuan Md Yassir Arafat atas pelantikan sebagai Ketua Penerangan, Yayasan Kepimpinan Inspirasi Malaysia bagi sesi 2026โ€“2029.

Peranan ini bukan sekadar menyampaikan maklumat, tetapi menjadi suara yang membina kefahaman, menyatukan pandangan dan memperkukuh kepercayaan rakyat.

Dengan kepimpinan dan pengalaman yang dimiliki, kami yakin amanah ini akan digalas dengan penuh integriti, ketelusan dan keberanian.

Teruskan menjadi suara yang membawa inspirasi, mencorak naratif yang membina, dan memperjuangkan masa depan yang lebih baik untuk semua.

Ikhlas daripada
Pertubuhan Suara Belia

Tahniah & syabas diucapkan kepada Tuan Md Yassir Arafat atas pelantikan sebagai Pengerusi Negeri Selangor, Yayasan Kepim...
02/05/2026

Tahniah & syabas diucapkan kepada Tuan Md Yassir Arafat atas pelantikan sebagai Pengerusi Negeri Selangor, Yayasan Kepimpinan Inspirasi Malaysia bagi sesi 2026โ€“2029.

Satu amanah besar, satu tanggungjawab yang mencerminkan kepercayaan terhadap kepimpinan dan visi yang dibawa.

Semoga terus cemerlang dalam memimpin, memperjuangkan suara rakyat serta membina generasi masa depan yang berintegriti dan progresif.

Kami di Pertubuhan Suara Belia sentiasa mendoakan kejayaan dan kekuatan dalam setiap langkah perjuangan.

Selamat Hari Pekerja Sedunia! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พHari ini kita raikan setiap keringat, usaha dan pengorbanan yang menjadi tulang belakang...
01/05/2026

Selamat Hari Pekerja Sedunia! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Hari ini kita raikan setiap keringat, usaha dan pengorbanan yang menjadi tulang belakang kemajuan negara.

Dari lapangan hingga ke pejabat, dari sektor formal hingga gig economy, setiap peranan membawa makna besar dalam membina masa depan Malaysia yang lebih baik.

Terima kasih kepada semua pekerja yang terus cekal, berdedikasi dan tidak pernah berhenti menyumbang.

Pekerja Kuat, Negara Hebat! ๐Ÿ’ชโœจ

Ikhlas daripada
Presiden, Ahli Lembaga Eksekutif
dan Warga Pertubuhan Suara Belia

17 April 2026 (Jumaat)๐Ÿ“ Dewan Orang Ramai Kg KemensahPertubuhan Suara Belia berbesar hati menerima jemputan ke Rumah Ter...
17/04/2026

17 April 2026 (Jumaat)
๐Ÿ“ Dewan Orang Ramai Kg Kemensah

Pertubuhan Suara Belia berbesar hati menerima jemputan ke Rumah Terbuka Hari Raya yang berlangsung dalam suasana penuh kemesraan dan semangat kekeluargaan.

Kehadiran barisan kepimpinan Suara Belia iaitu Tuan MD Yassir Arafat Presiden), Saudara Hafeez Srimetal (Setiausaha Agung), Saudara Muhammad Kamil Azwan Jaafar (Ketua Penerangan) serta Saudara Akmar Dahari mencerminkan komitmen berterusan dalam mendekati komuniti dan memperkukuh hubungan bersama masyarakat.

Turut berkesempatan beramah mesra bersama Puan juwairiya zulkifli, Penyelaras DUN Hulu Kelang dalam memperkukuh jaringan dan kerjasama di peringkat akar umbi.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada pihak JKKK Kg Kemensah atas jemputan dan layanan yang amat baik.

One for all, all for one.

15 April 2026 | Rabu๐Ÿ“ IKTBN SepangInstitut Kemahiran Tinggi Belia Negara Sepang (IKTBN Sepang)Pertubuhan Suara Belia tel...
15/04/2026

15 April 2026 | Rabu
๐Ÿ“ IKTBN Sepang
Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Sepang (IKTBN Sepang)

Pertubuhan Suara Belia telah menjayakan program Jelajah Kuasa Orang Muda dengan kerjasama Impact Malaysia dalam usaha memperkasa peranan anak muda sebagai agen perubahan masyarakat.

Program ini turut disertai oleh barisan kepimpinan Suara Belia iaitu Tuan Yassir Arafat Presiden sebagai penceramah Dan team fasilitator iaitu, saudara Hafeez Srimetal Setiausaha Agung, serta pasukan V Squad UniMAIWP yang sentiasa komited dalam menggerakkan suara dan potensi belia.

Semoga inisiatif seperti ini terus membuka ruang kepada golongan muda untuk tampil berani, berfikir kritis dan mengambil tanggungjawab dalam membina masa depan yang lebih progresif.





Alhamdulillah, selesai sudah Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri & Perasmian Pejabat Urusan Pertubuhan Suara Belia 2026.T...
13/04/2026

Alhamdulillah, selesai sudah Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri & Perasmian Pejabat Urusan Pertubuhan Suara Belia 2026.

Terima kasih kepada semua tetamu, rakan kolaborasi dan sukarelawan yang hadir memeriahkan majlis ini. Kehadiran anda bukan sekadar sokongan, tetapi bukti kekuatan sebuah komuniti yang bergerak bersama.

Ini baru permulaan. Lebih banyak gerakan dan inisiatif akan datang.

One for all, all for one.

10/04/2026

Korang nak duit raya tak??

Kalau nak, kami jemput korang semua hadir ke Rumah Terbuka Aidilfitri Suara Belia 2026.

Bukan sekadar duit rayaโ€ฆ
๐Ÿฝ๏ธ Juadah raya untuk dinikmati bersama
๐ŸŽฎ Game raya yang santai & menyeronokkan
๐Ÿค Peluang networking bersama pemimpin belia
๐ŸŽ‰ Pelbagai aktiviti menarik sepanjang majlis

Ini bukan sekadar rumah terbuka, ini ruang untuk bina connection, kenal orang baru dan kembangkan peluang.

๐Ÿ“… 11 April 2026 (Sabtu)
๐Ÿ•“ 4.00 petang โ€“ 10.00 malam
๐Ÿ“ 6 Jalan Shahbandar 11/5, Seksyen 5, Bandar Mahkota Cheras, 43200 Selangor Darul Ehsan

๐Ÿ“Œ Daftar RSVP melalui link di bio

Jumpa korang di sana โœจ





โœจ JEMPUTAN RUMAH TERBUKA AIDILFITRI SUARA BELIA 2026 โœจSyawal bukan sekadar perayaan ini ruang untuk menguatkan hubungan,...
09/04/2026

โœจ JEMPUTAN RUMAH TERBUKA AIDILFITRI SUARA BELIA 2026 โœจ

Syawal bukan sekadar perayaan ini ruang untuk menguatkan hubungan, membuka peluang, dan membina jaringan yang lebih besar.

Pertubuhan Suara Belia dengan penuh rasa hormat menjemput anda ke Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri 2026 kami.

๐ŸŽ‰ Raikan bersama dalam suasana santai, penuh kemesraan dan semangat kebersamaan
๐Ÿค Peluang bertemu, berkenalan dan memperkukuh hubungan antara belia & komuniti

๐Ÿ“… Tarikh: 11 April 2026 (Sabtu)
๐Ÿ•“ Masa: 4.00 petang โ€“ 10.00 malam
๐Ÿ“ Lokasi: 6 Jalan Shahbandar 11/5, Seksyen 5, Bandar Mahkota Cheras, 43200 Selangor Darul Ehsan

๐Ÿ“Œ Tekan link di bio untuk pendaftaran

Kehadiran anda bukan sekadar memeriahkan majlis ia adalah simbol sokongan kepada gerakan belia yang sedang membina masa depan.

Jumpa anda di sana.





20/03/2026

Malam ini, takbir bergemaโ€ฆ
tanda berakhirnya Ramadan yang penuh rahmat.

Sebulan kita berjuang โ€” menahan lapar dan dahaga, melawan nafsu, memperbanyakkan amal.
Dan malam ini, kita sambut kemenanganโ€ฆ bukan sekadar kemenangan menyambut Syawal,
tetapi kemenangan melawan diri sendiri.

Takbir yang kita dengar bukan hanya lafaz,
tetapi tanda kesyukuran kepada Allah SWT
kerana masih diberi peluang merasai Ramadan hingga ke penghujungnya.

Sabda Rasulullah SAW:
โ€œBagi orang yang berpuasa itu ada dua kegembiraan: kegembiraan ketika berbuka dan kegembiraan ketika bertemu dengan Tuhannya.โ€
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Semoga segala amalan kita sepanjang Ramadan diterima,
segala dosa diampunkan,
dan kita dipertemukan lagi dengan Ramadan yang akan datang.

Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri,
Maaf Zahir & Batin.

Ikhlas daripada
Presiden dan Seluruh Ahli Jawatankuasa
Pertubuhan Suara Belia


Ramadan kini memasuki 10 malam terakhir, saat yang paling dinanti-nantikan oleh umat Islam. Inilah malam-malam yang penu...
13/03/2026

Ramadan kini memasuki 10 malam terakhir, saat yang paling dinanti-nantikan oleh umat Islam. Inilah malam-malam yang penuh rahmat, keampunan dan pembebasan daripada api neraka. Dalam malam-malam inilah tersembunyi satu malam yang sangat agung iaitu Lailatul Qadr โ€“ malam yang lebih baik daripada seribu bulan.

Malam ini bukan sekadar malam biasa. Ia adalah malam turunnya keberkatan, ketenangan dan rahmat Allah SWT kepada hamba-hamba-Nya yang bersungguh-sungguh beribadah. Setiap doa dipohon, setiap istighfar dilafazkan dan setiap amal kebaikan dilipatgandakan ganjarannya.

Rasulullah SAW juga menekankan kepentingan mencari malam ini dengan bersungguh-sungguh pada 10 malam terakhir Ramadan.

Sabda Rasulullah SAW:

โ€œCarilah Lailatul Qadr pada malam ganjil dari sepuluh malam terakhir bulan Ramadan.โ€

(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Oleh itu, marilah kita memperbanyakkan amalan seperti solat malam, membaca Al-Quran, berzikir, berdoa dan memohon keampunan kepada Allah SWT. Jangan lepaskan peluang yang hanya datang sekali setahun ini.
Semoga kita semua dipertemukan dengan malam Lailatul Qadr dan segala amal ibadah kita diterima oleh Allah SWT.

Ikhlas daripada
Ahli Jawatankuasa Pertubuhan Suara Belia

Address

Wangsa Maju

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 12:00

Telephone

+601174434091

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pertubuhan SUARA BELIA posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pertubuhan SUARA BELIA:

Share