Persatuan Penduduk Taman Beringin

Persatuan Penduduk Taman Beringin Persatuan Penduduk Taman Beringin Jinjang Utara Kuala Lumpur (PPTB) merupakan sebuah persatuan yang

Program Ceramah Umum Sdr Syamsul Debat pada 15 Mei 2026 (Jumaat) | Tapak Lapang Taman Beringin .. Turut hadir bersama YB...
16/05/2026

Program Ceramah Umum Sdr Syamsul Debat pada 15 Mei 2026 (Jumaat) | Tapak Lapang Taman Beringin .. Turut hadir bersama YBrs. Tuan Mohd Attamimi Bin Farouk@Maarof selaku Pengurus DBKL Cawangan Batu, YBrs. YBrs. En Mohammed Daniel Bin Mohammed Yussof Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk Sub Zon 6 Parlimen Batu, YBrs Abdul Hakim selaku Timbalan Pengerusi PEMADAM Batu , YBrs Puan Rozita wakil Pejabat Parlimen Batu, YBrs Tuan Badlisham bin Ghazali Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Beringin.
Alhamdulllah kehadiran yang ramai serta meriah ..

13/05/2026
Jom Hadir Ke Program & Aktiviti Sampingan Sempena Ceramah Umum Sdr Syamsul Debat pada 15 Mei 2026 (Jumaat) Bertempat Di ...
13/05/2026

Jom Hadir Ke Program & Aktiviti Sampingan Sempena Ceramah Umum Sdr Syamsul Debat pada 15 Mei 2026 (Jumaat) Bertempat Di Tapak Lapang Jalan Niah 1 Taman Beringin Jinjang Utara 52000 Kuala Lumpur

بِسْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم‎السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُKepada : YBhg Datuk / Dato'...
04/05/2026

بِسْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم
‎السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Kepada : YBhg Datuk / Dato' / Dr / Tuan / Puan / En / Cik / Haji / Hajah dijemput hadir

JOM HADIR CERAMAH PERDANA SDR SYAMSUL DEBAT DI TAMAN BERINGIN

Tajuk : Ek Eh Leh Wakaf Surau, Betul ke Saham Akhirat

Dimaklumkan bahawa, *Ceramah Perdana yang akan disampaikan oleh Sdr Syamsul Debat* akan diadakan seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 15 Mei 2026 (Jumaat)

Masa : 8.00 Malam

Tempat : Tapak Lapang Taman Beringin, Jalan Niah 1 Taman Beringin Jinjang Utara 52000 Kuala Lumpur.

Kerjasama Strategik bersama DBKL Cawangan Batu , MPP Sub Zon 6 Parlimen Batu & PEMADAM Parlimen Batu

Sekian Terima Kasih

AKTIVITI & PERJALANAN PROGRAM MARHABAN AIDILFITRI & SESI ZIARAH PENDUDUK TAMAN BERINGIN 202628-29 Mac & 4-5,11-12,28-29 ...
22/04/2026

AKTIVITI & PERJALANAN PROGRAM MARHABAN AIDILFITRI & SESI ZIARAH PENDUDUK TAMAN BERINGIN 2026

28-29 Mac & 4-5,11-12,28-29 April 2026 | Taman Beringin

Hari ini kami ingin kongsikan sedikit kepada semua pihak mengenai intipati perjalanan Program Marhaban Aidilfitri & Sesi Ziarah Penduduk Taman Beringin.

Program dilaksanakan dengan mengumpul penduduk Taman Beringin melibatkan pelbagai lapisan umur.. Para Penduduk sekalian perlu lapor diri seawal jam 10 pagi pada setiap hari sabtu & Ahad bagi memastikan jemaah marhaban ini dapat bergerak ke lokasi rumah jiran berdasarkan jadual yang telah ditetapkan oleh Ketua Pakatan Marhaban Taman Beringin.

Aktiviti yang dilaksanakan adalah para jemaah marhaban akan mengalunkan Selawat Nabi di dalam rumah dengan penuh bersemangat dan syahdu, seterusnya bacaan Doa Kesejahteraan Tuan Rumah Sekeluarga disampaikan oleh anak Muda Taman Beringin berumur belasan tahun untuk memberi latihan dalam peningkatan keyakinan diri dan mampu meneruskan legasi ini pada masa akan datang, kemudian adalah sesi bermaaf-maafan tuan Rumah bersama para Jemaah Marhaban & Jamuan ringgan disediakan sebagai tanya kongsi rezeki di bulan Syawal.

Alhamdulllah perjalanan Marhaban Aidilfitri ini juga menjalankan sesi ziarah kepada penghuni jiran yang dalam keadaan uzur, tidak sihat, menghadapi masalah isi rumah, & tinggal secara sendirian.. Kehadiran para jemaah marhaban yang meliputi pelbagai latarbelakang seperti imam, bilal, jemaah lelaki & wanita, serta anak muda Taman Beringin mampu memberi keserian serta kesejahtera kepada individu tersebut seterusnya mampu mendatangkan semangat hidup dengan alunan bacaan doa agar segala urusan mereka dapat dipermudah..Insya-Allah

Kami, Jawatankuasa Surau Hidayatul Taman Beringin bersama Siong Motor Club (SMC) berasa berpuas hati terhadap perjalanan Marhaban Aidilfitri ini yang memberi impak terhadap penyatupaduan ummah khususnya Masyarakat Taman Beringin. Ini merupakan perkara yang paling bernilai yang mampu diterjemahkan secara fizikal. alhamdulllah

Semoga kita semua menemui bulan Syawal pada masa akan datang dengan meraikan program bermanfaat ini. Amin

Allah Lindungi Penduduk Taman Beringin ..

بِسْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم‎السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُMarhaban Aidilfitri & Sesi ...
21/04/2026

بِسْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم
‎السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Marhaban Aidilfitri & Sesi Ziarah Kepada Penduduk Taman Beringin 2026

Alhamdulllah dengan izin Allah S.W.T Program Marhaban Aidilfitri & Sesi Ziarah Kejiranan Taman Beringin yang bermula pada 28-29 Mac 2026 hingga 4-5, 11-12 & 18-19 April 2026 telah melabuh tirai dengan jayanya..

Untuk makluman semua pihak, sejumlah 64 buah rumah di Taman Beringin telah menerima kunjungan Anak Muda & Jemaah Surau (Muslimin & Muslimat) bagi melaksanakan Sesi Marhaban Aidilfitri ini dengan penglibatan hampir 60 orang dikalangan para masyarakat Taman Beringin pelbagai lapisan umur (kanak-Kanak, Remaja, Dewasa, & Orang Lama).

Secara amnya, program ini memberi kesan dan impak yang mendalam kepada masyarakat dengan pendekatan ziarah kejiranan dalam meraikan bulan Syawal yang berkat ini.

Jika dilihat secara terus, program ini mampu memberi kesan terhadap semangat ukhwah perpaduan kejiranan kekal utuh, hormat menghormati orang tua & muda dipraktikan secara jelas, sesi perkenalan jiran jiran baharu dilaksanakan dengan baik, keserian dan alunan selawat Nabi Muhammad S.A.W serta bacaan doa oleh anak & cucu Taman Beringin untuk kesejahteraan masyarakat setempat berjaya dibuat. Paling menyentuh hati adalah semangat bantu membantu kejiranan dalam menyediakan juadah & Kelengkapan logistik majlis secara gotong royong masyarakat setempat adalah amat perlu dipuji..

Selain itu, sebagai inisiatif mengumpul dana Wakaf Pembinaan Surau Taman Beringin pada ketika ini. Program Marhaban Aidilfitri ini telah berjaya mengumpulkan sumber kutipan derma sejumlah hampir RM3200.00. Alhamdulllah..Rezeki kepada pihak Jawatankuasa Surau..

Perkara yang unik dan menarik adalah pelbagai kisah, tingkah laku, gelak tawa serta senda gurauan orang lama dalam mengusik sahabat kejiranan Taman Beringin memberi satu impak keceriaan, kemeriahan, serta keharmonian sepanjang program Marhaban ini dilaksanakan.

Tidak lupa juga kepada kejiranan masyarakat Taman Beringin yang uzur, sakit, dalam tempoh rawatan serta berpenyakit telah menerima kunjungan rombangan marhaban ini untuk memberi semangat motivasi dan iringan doa untuk kesejahteraan hidup mereka..

Akhir kata terima kasih kepada Penduduk Taman Beringin yang mengikuti Marhaban Aidilfittri dikalangan seperti berikut :

1. Jemaah Muslimin Dan Muslimat Taman Beringin

2.Rukun Tetangga Taman Beringin

3. Persatuan Penjaja Sessi Taman Beringin

4. Anak Muda Taman Beringin.

5. Siong Motor Club

6. Gerakan Sukarelawan Wanita Taman Beringin

7. Orang Lama Taman Beringin

Kita Jumpa pada Syawal akan Datang ya untuk Program Marhaban Aidilfitri & Sesi Ziarah ini.. Insya-Allah.


Marhaban Aidilfitri & Sesi Ziarah Kejiranan 20264-5 April 2026 (Sabtu- Ahad) | Taman Beringin Alhamdulillah Program Marh...
05/04/2026

Marhaban Aidilfitri & Sesi Ziarah Kejiranan 2026

4-5 April 2026 (Sabtu- Ahad) | Taman Beringin

Alhamdulillah Program Marhaban Aidilfitri & Sesi Ziarah kepada Penduduk Taman Beringin.. Majlis dilaksanakan dengan baik serta perjalanan mendapat sokongan Penduduk setempat.

🚫 AWAS! Jangan Buang Sampah Merata-rata 🚫Mulai 1 Januari 2026, tindakan lebih tegas akan dikenakan terhadap perbuatan me...
31/12/2025

🚫 AWAS! Jangan Buang Sampah Merata-rata 🚫

Mulai 1 Januari 2026, tindakan lebih tegas akan dikenakan terhadap perbuatan membuang sampah secara tidak bertanggungjawab.

Pesalah boleh dikenakan denda sehingga RM2,000 atau Perintah Khidmat Masyarakat sehingga 12 jam.

Langkah ini bukan untuk menghukum, tetapi sebagai usaha mendidik, menginsafkan dan membentuk sikap bertanggungjawab demi kesejahteraan bersama. Kebersihan persekitaran adalah cerminan disiplin masyarakat.

💬 Laporkan melalui WhatsApp Aduan SWCorp: 013-2107472

Bersama-sama kita jayakan hasrat SWCorp ke arah Malaysia yang bersih, indah dan sejahtera.

MalaysiaBersihIndahSejahtera

Address

DEWAN TAMAN BERINGIN
Wangsa Maju
52000

Telephone

+60172598432

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Penduduk Taman Beringin posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Persatuan Penduduk Taman Beringin:

Share