Pertubuhan Cakna Ummah Wakaf Bharu

Pertubuhan Cakna Ummah Wakaf Bharu Pertubuhan Cakna Ummah Wakaf Bharu ialah NGO kebajikan yang membantu asnaf, OKU & keluarga memerlukan. Info lanjut: 011-10645429 (En. Amirul).

Sumbangan boleh disalurkan ke
Agro Bank: 1006571000012154
Bank Islam: 03148010029716.

19/03/2026

Alhamdulillah, seramai 15 orang anak yatim Wakaf Bharu telah diraikan dengan membeli kelengkapan Hari Raya di Pasaraya Pantai Timor, Tumpat serta menerima sumbangan biskut raya tajaan IeyzaBakery X Stillbrew

Pertubuhan Cakna Ummah Wakaf Bharu merakamkan ucapan terima kasih kepada semua penyumbang, khususnya Ieyza Bakery atas tajaan ini.

Dalam keberkatan 10 malam terakhir Ramadan ini, marilah kita bersama-sama merebut peluang untuk bersedekah dan berkongsi rezeki. Semoga setiap sumbangan yang dihulurkan menjadi asbab keberkatan hidup serta ganjaran pahala yang berlipat ganda di sisi Allah SWT.

💸 Salurkan sumbangan anda:
Agro Bank: 1006571000012154
Bank Islam: 03148010029716

📞 Pertanyaan: 011-10645429 (En. Amirul)


19/03/2026

Pertubuhan Cakna Ummah Wakaf Bharu telah membawa seramai 15 orang anak yatim ke Pasaraya Pantai Timor, Tumpat bagi membeli pakaian Hari Raya.

Program ini bertujuan memberi keceriaan kepada anak-anak yatim dalam membuat persiapan menyambut Aidilfitri yang bakal tiba. Walaupun sederhana, kegembiraan yang terpancar jelas menunjukkan betapa besar makna sumbangan ini buat mereka.

Pihak pertubuhan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada YB Hj Mohd Rusli Abdullah, ADN Wakaf Bharu selaku penasihat NGO atas sokongan dan kesudian menyempurnakan penyampaian sumbangan. Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada semua penyumbang yang telah bersama-sama menjayakan usaha ini.

Sempena 10 malam terakhir Ramadan, semoga setiap sumbangan yang dihulurkan diberkati dan digandakan ganjarannya oleh Allah SWT.

Sumbangan masih boleh disalurkan melalui:
🏦 Agro Bank: 1006571000012154
🏦 Bank Islam: 03148010029716

📞 011-10645429 (En. Amirul)


🌙 10 Malam Terakhir Ramadan… Saat Paling Mustajab Untuk BersedekahBayangkan…15 orang anak yatim tersenyum gembira 🥹Merek...
17/03/2026

🌙 10 Malam Terakhir Ramadan… Saat Paling Mustajab Untuk Bersedekah

Bayangkan…
15 orang anak yatim tersenyum gembira 🥹

Mereka dibawa membeli kelengkapan Hari Raya di Pasaraya Pantai Timor, Tumpat.
Pilih baju sendiri… kasut sendiri… wajah penuh bahagia 💛

Belum habis di situ…
Mereka juga diraikan oleh IeyzaBakery X Stillbrew dengan sumbangan biskut raya 🍪

✨ Dapat pakaian…
✨ Dapat biskut…
✨ Dapat rasa disayangi…

Seronok tengok mereka.
Kita mungkin rasa biasa… tapi bagi mereka, ini kenangan yang takkan dilupakan.

📍 Semasa kami berkunjung tadi… memang banyak pilihan biskut raya! 😍

Terima kasih Ieyza Bakery atas sumbangan kepada anak-anak yatim Wakaf Bharu.
Nak biskut, boleh datang terus ke kedai atau order online 👇

📍 Lokasi Ieyza Bakery:
Berhadapan stesen minyak Petron, Wakaf King, Berangan

🔗 www.wassap.my/601137791074/

──────────────

Terima kasih kepada semua penyumbang yang menjayakan program ini bersama
Pertubuhan Cakna Ummah Wakaf Bharu

🤲 10 malam terakhir ini… peluang kita kumpul pahala berganda
Sedikit dari kita, sangat besar maknanya buat mereka

💸 Salurkan sumbangan anda:
✅ Agro Bank: 1006571000012154
✅ Bank Islam: 03148010029716

📞 Pertanyaan: 011-10645429 (En. Amirul)


“Betul ke… boleh ambil baju ni?” 😢Petang tadi, seramai 15 orang anak yatim Wakaf Bharu kami bawa ke Pasaraya Pantai Timo...
17/03/2026

“Betul ke… boleh ambil baju ni?” 😢

Petang tadi, seramai 15 orang anak yatim Wakaf Bharu kami bawa ke Pasaraya Pantai Timor, Tumpat untuk membeli pakaian Hari Raya.

Ada yang pegang baju lama-lama…
Ada yang tengok harga berkali-kali…
Dan ada yang bertanya perlahan, takut-takut

“Betul ke boleh ambil?”

Inilah rezeki mereka…
Baju raya yang mungkin kecil di mata kita,
tetapi besar nilainya buat mereka.

Terima kasih kepada YB Hj Mohd Rusli Abdullah, ADN Wakaf Bharu merangkap penasihat NGO ini serta menyempurnakan penyampaian sumbangan kepada anak-anak yatim.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua penyumbang Pertubuhan Cakna Ummah Wakaf Bharu.

Tanpa anda, senyuman ini tidak mungkin terukir.

🤲 Sempena 10 akhir Ramadan, setiap sumbangan yang dicurahkan, pahala berlipat ganda.

Masih ramai yang menunggu dibantu.

Sumbangan boleh QR atau disalurkan ke:

🏦 Agro Bank: 1006571000012154
🏦 Bank Islam: 03148010029716

📞 011-10645429 (En. Amirul)


🌙 10 AKHIR RAMADANJangan lepaskan peluang pahala sedekah di bulan Ramadan.Rasulullah SAW bersabda:"Sedekah yang paling u...
12/03/2026

🌙 10 AKHIR RAMADAN

Jangan lepaskan peluang pahala sedekah di bulan Ramadan.

Rasulullah SAW bersabda:
"Sedekah yang paling utama ialah sedekah di bulan Ramadan."
(HR At-Tirmidzi)

🤲 Jom Infaq Program Kebajikan Ramadan

Scan QR pada poster atau transfer:

🏦 Bank Islam Malaysia Berhad
No Akaun: 03148010029716

Reference: INFAQ RAMADAN

Walau sedikit, insyaAllah besar ganjarannya.

Sebarkan kepada keluarga & sahabat agar lebih ramai dapat pahala 🤲

✨ JEMPUTAN MAJLIS PELANCARAN IHYA RAMADAN ✨Dengan penuh hormat, seluruh warga DUN Wakaf Bharu dijemput menghadiri:_Majli...
08/02/2026

✨ JEMPUTAN MAJLIS PELANCARAN IHYA RAMADAN ✨

Dengan penuh hormat, seluruh warga DUN Wakaf Bharu dijemput menghadiri:

_Majlis Pelancaran Ihya Ramadan & Pelancaran Tabung Ihya Ramadan Peringkat DUN Wakaf Bharu 2026 / 1447H_

🗓 Tarikh: Selasa, 10 Februari 2026
🕰 Masa: Bermula Solat Maghrib
📍 Tempat: Masjid Mahmoodiah, Mukim Kebakat

🎤 Perasmian disempurnakan oleh:
YB Haji Mohd Rusli bin Abdullah
(ADUN Wakaf Bharu)

📖 Pengisian Program:
• Kuliah oleh Al-Fadhil Ustaz Suratemi bin Mat Yusoff (Penolong Pengarah Kanan JAHEAIK)
• Imam & Qari Jemputan: Al-Fadhil Ustaz Abdul Hafiz bin Omar

Majlis ini bertujuan menyemarakkan persediaan menyambut Ramadan serta mengajak masyarakat bersama-sama menghidupkan bulan penuh keberkatan melalui agenda kebajikan dan dakwah.

Ayuh hadir dan sama-sama kita mulakan Ramadan dengan langkah yang diberkati.

Hati siapa yang tidak sebak…Hari ini, Pengerusi Pertubuhan Cakna Ummah Wakaf Bharu, Ir. Ts. Mohd Fahkery bin Hassan, tur...
05/01/2026

Hati siapa yang tidak sebak…

Hari ini, Pengerusi Pertubuhan Cakna Ummah Wakaf Bharu, Ir. Ts. Mohd Fahkery bin Hassan, turun menyantuni serta menyampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran di belakang Klinik Kesihatan Wakaf Bharu.

Salah seorang mangsa, Khairul Azli, baru seminggu menyewa rumah tersebut. Namun segalanya musnah dalam sekelip mata termasuk wang simpanan RM3,000, pakaian dan persiapan sekolah tiga orang anaknya.

Sebuah lagi rumah sewa milik Mohd Azhar turut terjejas, disambar api di bahagian dapur, manakala pemilik rumah, Kakma, juga diuji dengan musibah ini. Turut hadir, YB Haji Mohd Rusli Abdullah, Ahli Dewan Negeri Wakaf Bharu merangkap penaung NGO ini.

Kemudian, kami turut menziarahi Norhasmiza, seorang yang kurang upaya dan ada anak, juga kurang upaya.

Marilah kita bersama-sama membantu meringankan beban mereka yang diuji.
Setiap sumbangan amat bermakna dan akan disalurkan terus kepada mangsa.

💝 Sumbangan boleh disalurkan ke:
✅ Agro Bank: 1006571000012154
✅ Bank Islam: 03148010029716

📞 Pertanyaan: 011-10645429 (En. Amirul)

Setiap ringgit anda adalah harapan baharu buat mereka.
Semoga Allah SWT membalas segala kebaikan dengan ganjaran berlipat kali ganda.

[Ziarah Kebajikan Cakna Ummah Wakaf Bharu]Pertubuhan Cakna Ummah Wakaf Bharu telah menziarahi Puan Rohana bt Che Hashim,...
05/01/2026

[Ziarah Kebajikan Cakna Ummah Wakaf Bharu]

Pertubuhan Cakna Ummah Wakaf Bharu telah menziarahi Puan Rohana bt Che Hashim, seorang pesakit strok, sebagai tanda keprihatinan dan sokongan moral kepada beliau serta keluarga.

Dalam ziarah ini, pihak pertubuhan turut menyerahkan sumbangan sebuah katil bagi membantu keperluan dan keselesaan pesakit.

Turut hadir, Pengerusi Pertubuhan Cakna Ummah Wakaf Bharu, IR TS Mohd Fahkery bin Hj Hasan.

Semoga sumbangan ini dapat meringankan beban keluarga serta menjadi asbab kesembuhan buat Puan Rohana.

Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat menjayakan usaha kebajikan ini. 🤲

RUMAH TERBAKAR DI KG PERIOKSyukur Makcik Siti Khatijah diselamatkan semasa kebakaran.Dua buah rumah di Kg Periok, Wakaf ...
21/10/2025

RUMAH TERBAKAR DI KG PERIOK

Syukur Makcik Siti Khatijah diselamatkan semasa kebakaran.

Dua buah rumah di Kg Periok, Wakaf Bharu hangus dijilat api. Antara mangsanya Makcik Siti Khatijah.

Ketika kebakaran berlaku, beliau berada di dalam rumah, terperangkap dalam kepulan asap dan api yang marak.

Syukur kepada Allah, sempat diselamatkan oleh orang, namun mengalami lecur di tangan, kaki, muka dan leher.

Rumahnya kini tinggal tapak. Tiada pakaian, tiada tempat berteduh.
Seorang lagi mangsa, Mohd Isa, turut kehilangan rumah dan segala kelengkapan keluarga.

Pihak Pertubuhan Cakna Ummah Wakaf Bharu diketuai oleh Ir. Ts. Mohd Fahkery bin Hassan, bersama YB Hj Mohd Rusli Abdullah, Penaung NGO, turun menghulurkan sumbangan dan menyantuni dua keluarga ini.

Alhamdulillah, terima kasih kepada semua penyumbang.
Sumbangan tuan puan adalah nadi kepada gerak kerja kebajikan ini.

Dengan sumbangan kepada NGO Pertubuhan Cakna Ummah Wakaf Bharu, lebih ramai yang dapat kami bantu, lebih banyak senyuman dapat kami kembalikan.
Moga Allah memberkati setiap sen yang dikongsi.

💝 Sumbangan anda boleh disalurkan ke:
✅ Agro Bank: 1006571000012154
✅ Bank Islam: 03148010029716

📞 Sebarang pertanyaan: 011-10645429 (En. Amirul)

📢 MALAM INI! JEMPUT HADIR BERAMAI-RAMAI🌙Majlis Sambutan Hijratul Rasul Peringkat DUN Wakaf Bharu 1447H/2025M akan berlan...
14/07/2025

📢 MALAM INI! JEMPUT HADIR BERAMAI-RAMAI🌙

Majlis Sambutan Hijratul Rasul Peringkat DUN Wakaf Bharu 1447H/2025M akan berlangsung malam ini, Isnin | 14 Julai 2025, bertempat di Masjid Mukim Wakaf Bharu, Kelantan.

🕌 Bermula sejurus Solat Maghrib
🎙 Ceramah Khas oleh YB Ustaz Mohd Asri bin Mat Daud,
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan & Hubungan Seranta Negeri Kelantan.
Tajuk: “Hijrah Pemangkin Pembangunan Ummah”

💬 Ayuh kita hadir bersama ahli keluarga dan masyarakat untuk menghayati makna sebenar hijrah dan memperkukuh jatidiri ummah.

🌟 Semua dijemput hadir!

Address

LOT 3132, KG. BELUKAR
Wakaf Baharu

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pertubuhan Cakna Ummah Wakaf Bharu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pertubuhan Cakna Ummah Wakaf Bharu:

Share