Pertubuhan Kebajikan Penganut Buddha Wakaf Bharu

Pertubuhan Kebajikan Penganut Buddha Wakaf Bharu Menguruskan Hal Ehwal Kebajikan, Adat Istiadat Pengebumian dan Keagamaan Penganut Buddha Wakaf Bharu

πŸ“’ MAKLUMAN RASMI & UCAPAN PENGHARGAANDimaklumkan bahawa tempoh yang dibenarkan bagi upacara keagamaan Cheng Beng telah b...
07/04/2026

πŸ“’ MAKLUMAN RASMI & UCAPAN PENGHARGAAN

Dimaklumkan bahawa tempoh yang dibenarkan bagi upacara keagamaan Cheng Beng telah berakhir pada 6 April 2026.

Pihak Pertubuhan Kebajikan Penganut Buddha Wakaf Bharu ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Pejabat Tanah Tumpat, semua agensi yang terlibat, serta individu-individu yang telah banyak membantu sepanjang proses permohonan yang dibuat beberapa kali sebelum ini.

Penghargaan yang tidak terhingga juga ditujukan kepada seluruh penduduk kampung atas kerjasama, sikap saling memahami, dan semangat muafakat yang amat baik sepanjang tempoh pelaksanaan upacara ini.

Sesungguhnya, keharmonian dan perpaduan yang ditunjukkan oleh semua pihak amat kami hargai dan menjadi asas penting dalam memastikan segala urusan berjalan lancar.

Pihak pertubuhan akan terus komited untuk menjaga kebajikan, keharmonian, serta hak penduduk kampung agar terus terpelihara demi kesejahteraan bersama.

🀝 Terima kasih atas sokongan, kerjasama dan semangat perpaduan yang telah ditunjukkan oleh semua pihak.

4.4.2026 Sabtu - Majlis Sai-Bart sempena Cheng Beng 2026 di Tanah Perkuburan Cina Dusun Chat berlangsung dengan sempurna...
05/04/2026

4.4.2026 Sabtu - Majlis Sai-Bart sempena Cheng Beng 2026 di Tanah Perkuburan Cina Dusun Chat berlangsung dengan sempurna dan lancar. Semoga segala kebaikan yang kita lakukan dapat dikongsi bersama dengan roh-roh moyang kita yang berada dialam Nirvana. Sadhu Sadhu Sadhu πŸ™πŸ™πŸ™

Pihak Pertubuhan Kebajikan Penganut Buddha Wakaf Bharu merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Ci Kee diatas kehilanga...
02/04/2026

Pihak Pertubuhan Kebajikan Penganut Buddha Wakaf Bharu merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Ci Kee diatas kehilangan suami tersayang. Semoga roh mendiang bersemadi dengan tenang disana

" Aniccā vata saαΉ…khārā, uppadavaya-dhammino"

4.4.2026 Sabtu - Majlis Sai-Bart sempena Cheng Beng 2026 di Tanah Perkuburan Cina Dusun Chat. Semua dijemput hadir.
28/03/2026

4.4.2026 Sabtu - Majlis Sai-Bart sempena Cheng Beng 2026 di Tanah Perkuburan Cina Dusun Chat. Semua dijemput hadir.

Makluman πŸ“’πŸ“’πŸ“’

Majlis​ Sai-Bart​ sempena​ Cheng Beng 2026 akan diadakan di Tanah Perkuburan Cina Dusun Chat pada 4.4.2026 (Sabtu) jam 10 pagi.

Semua dijemput hadir.

28/03/2026

Semoga roh mendiang bersemadi dengan tenang disana πŸ™πŸ™πŸ™

Seperti yang dirancang, Majlis Sai-Bart sempena Cheng Beng 2026 di Tanah Perkuburan Cina Kerasak telah berlangsung denga...
28/03/2026

Seperti yang dirancang, Majlis Sai-Bart sempena Cheng Beng 2026 di Tanah Perkuburan Cina Kerasak telah berlangsung dengan jayanya.

Kejayaan ini bukan sahaja mencerminkan semangat kerjasama masyarakat, tetapi juga hasil daripada usaha dan rundingan yang dilakukan dengan penuh kesabaran bersama pihak berkuasa. Akhirnya, majlis ini dapat dilaksanakan dengan baik dan membawa kegembiraan kepada semua yang hadir untuk menzahirkan penghormatan kepada nenek moyang.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada Ketua Jajahan serta Timbalan Ketua Jajahan atas pertimbangan dan kelulusan yang telah diberikan. Penghargaan juga kepada semua pihak yang telah menyumbang tenaga dan usaha dalam memastikan majlis ini berjalan dengan lancar.

Sekiranya terdapat sebarang kekurangan daripada pihak kami sepanjang penganjuran majlis ini, kami memohon seribu kemaafan.

Semoga semangat kebersamaan dan tradisi ini akan terus dipelihara. Kita jumpa lagi di Majlis Sai-Bart sempena Cheng Beng 2027 pada tahun hadapan.
Terima kasih.... πŸ™πŸ™πŸ™

27.3.2026-Muafakat dari orang kampung  untuk persiapan tempat sempena Majlis Sai-Bart Cheng Beng 2026 Di Tanah Perkubura...
27/03/2026

27.3.2026-
Muafakat dari orang kampung untuk persiapan tempat sempena Majlis Sai-Bart Cheng Beng 2026 Di Tanah Perkuburan Cina Kerasak esok, 28.3.2026 jam 10 pagi. Semua dijemput hadir bagi memeriahkan suasana dan berkesempatan untuk memindahkan atau berkongsi pahala (kebaikan) yang kita buat kepada nenek moyang yang telah meninggal dunia. Semoga roh mendiang bersemadi dengan tenang disana.

26/03/2026

Hasil gotong royong orang-orang kampung, Wakaf ini berjaya dibersihkan dengan sempurna. Syukur sangat-sangat kerana ada juga Wakaf ini dan jasa orang dulu dulu yang berusaha untuk mendirikan Wakaf ini amat dihargai oleh kami pelapis muda. Wakaf ini sebenarnya masih utuh dan menjadi bukti semangat muafakat orang dulu- dulu... Wakaf ini akan kekal dipulihara oleh kami semua πŸ™

26/03/2026

Majlis Keagamaan / Adat Istiadat masyarakat Cina iaitu Cheng Beng akan diadakan di Tanah Perkuburan Cina Kerasak mulai 27.3.2026 hingga 6.4.2026. Saibat akan diadakan pada 28.3.2026 (Sabtu) jam 10 pagi di tapak perkuburan dan semua adalah dijemput hadir bagi melengkapkan Cheng Beng 2026.

Pihak Pertubuhan Kebajikan Penganut Buddha Wakaf Bharu merakamkan ucapan Terima Kasih kepada semua yang terlibat. Yakinlah bahawa akan ada sinar di hujung terowong, biar masa yang menentukannya. Terima kasih pada semua penduduk yang sentiasa memberikan sokongan penuh dan kepercayaan kepada kami.

Laporan untuk hari ke-2. Kerja bersih kawasan Tanah Perkuburan Cina Kerasak dan persediaan tempat saibat pada 28.3.2026 ...
25/03/2026

Laporan untuk hari ke-2. Kerja bersih kawasan Tanah Perkuburan Cina Kerasak dan persediaan tempat saibat pada 28.3.2026 (Sabtu) ini. Terima kasih pada semua yang datang utk gotong royong hari ini. Terima kasih juga pada penaja makanan untuk hari ke-2 ini.

24.3.2026- Kerja bersih kawasan Tanah Perkuburan Cina Kerasak bermula. Lalang liar memang tinggi, hasil gotong royong or...
24/03/2026

24.3.2026- Kerja bersih kawasan Tanah Perkuburan Cina Kerasak bermula. Lalang liar memang tinggi, hasil gotong royong orang-orang kampung, kawasan Wakaf yang usia hampir 45 tahun ini akhirnya kembali ceria. Terima kasih pada semua yang hadir dalam kerja gotong royong hari ini, juga terima kasih pada yang buat bubur, yang sponsor 2T dan minyak petrol.... Adanya sokongan dan kesepakatan dari orang kampung, tiada apa yang mustahil.....

Address

Wakaf Bharu
Wakaf Baharu
16250

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pertubuhan Kebajikan Penganut Buddha Wakaf Bharu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share