perbakti_tumpat

perbakti_tumpat Persatuan Belia Bakti Tumpat (Perbakti Tumpat) Ditubuhkan pada Jun 2011

PPBM 7388/11

Salam penghulu segala hari ❤️Doa Agar Setiap Urusan Berakhir Dengan Baik اللَّهُمَّ أَحْسِنْ عَاقِبَتَنَا فِي الْأُمُورِ...
17/05/2024

Salam penghulu segala hari ❤️

Doa Agar Setiap Urusan Berakhir Dengan Baik

اللَّهُمَّ أَحْسِنْ عَاقِبَتَنَا فِي الْأُمُورِ كُلِّهَا، وَأَجِرْنَا مِنْ خِزْيِ الدُّنْيَا وَعَذَابِ الْآخِرَةِ

Maksudnya: “Ya Allah, perbaikkanlah kesudahan segenap urusan kami serta lindungilah kami daripada kenistaan hidup di dunia dan siksaan hidup di akhirat.”

Riwayat Ahmad (17628)

Semoga urusan kita semua dipermudahkan segala urusan dan semoga urusan kita semua berakhir dengan baik.

Guru,Dalam ajarannya ada harapan,Dalam tegurannya ada doa,Dalam marahnya ada sayang,Dalam diamnya ada kebijaksanaan,Dala...
16/05/2024

Guru,
Dalam ajarannya ada harapan,
Dalam tegurannya ada doa,
Dalam marahnya ada sayang,
Dalam diamnya ada kebijaksanaan,
Dalam tangannya ada sahsiah terbina.

SELAMAT HARI GURU, TERIMA KASIH CIKGU!

Guru jauhari digital aspirasi negara madani, Dikesempatan ini, kami keluarga Perbakti Tumpat ingin menzahirkan ucapan Selamat Hari Guru kepada seluruh warga pendidik, Terima Kasih Cikgu! Teruskan memberi inspirasi kepada anak bangsa dan pendidikan yang terbaik untuk semua.

Salam penghulu segala hari ❤️Keajaiban Bersedekah Dalam Islam Firman Allah SWT:إِنَّ ٱلۡمُصَّدِّقِينَ وَٱلۡمُصَّدِّقَٰتِ...
10/05/2024

Salam penghulu segala hari ❤️

Keajaiban Bersedekah Dalam Islam

Firman Allah SWT:

إِنَّ ٱلۡمُصَّدِّقِينَ وَٱلۡمُصَّدِّقَٰتِ وَأَقۡرَضُواْ ٱللَّهَ قَرۡضًا حَسَنٗا يُضَٰعَفُ لَهُمۡ وَلَهُمۡ أَجۡرٞ كَرِيمٞ

Maksudnya: “Sesungguhnya orang yang bersedekah baik lelaki mahupun perempuan, dan meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, akan dilipat gandakan ganjarannya, dan mereka akan mendapat pahala yang mulia.”

Surah Al-Hadid: Ayat 18

Bersedekah tidak akan mengurangkan harta kita, malah akan buat bertambah lagi. Sebanyak mana nilai kita bersedekah tidak penting yang penting keikhlasan kita bersedekah. Semoga kita semua terus istiqomah apa yang kita lakukan hari ini, semoga apa yang kita lakukan sentiasa dalam redha Allah SWT.

  Kem Kepimpinan Pelajar SMK Sungai Pinang 202402 Mei 2024 Khamis | Berlangsung kem kepimpinan pelajar SMK Sungai Pinang...
05/05/2024

Kem Kepimpinan Pelajar SMK Sungai Pinang 2024

02 Mei 2024 Khamis | Berlangsung kem kepimpinan pelajar SMK Sungai Pinang bagi sesi 2024. Seramai 110 orang pelajar dari 7 unit badan pengawas, ketua kelas dan ajk asrama.

Slot diteruskan pada sesi malam, Night walk dan burung hantu antara slot yang mencabar kepada peserta kem. Kesemua peserta perlu melalui laluan yang gelap untuk ke check point burung hantu.

- Disini Lahirnya Pemimpin Yang Berdisplin -

  Kem Kepimpinan Pelajar SMK Sungai Pinang 202402 Mei 2024 Khamis | Berlangsung kem kepimpinan pelajar SMK Sungai Pinang...
05/05/2024

Kem Kepimpinan Pelajar SMK Sungai Pinang 2024

02 Mei 2024 Khamis | Berlangsung kem kepimpinan pelajar SMK Sungai Pinang bagi sesi 2024. Seramai 110 orang pelajar dari 7 unit badan pengawas, ketua kelas dan ajk asrama.

Slot pertama diteruskan dengan slot Ice Breaking dan cipta logo kumpulan. Kali ini kami memperkenalkan beberapa module baru untuk module pemimpin.

- Disini Lahirnya Pemimpin Yang Berdisplin -

  Kem Kepimpinan Pelajar SMK Sungai Pinang 202402 Mei 2024 Khamis | Berlangsung kem kepimpinan pelajar SMK Sungai Pinang...
05/05/2024

Kem Kepimpinan Pelajar SMK Sungai Pinang 2024

02 Mei 2024 Khamis | Berlangsung kem kepimpinan pelajar SMK Sungai Pinang bagi sesi 2024. Seramai 110 orang pelajar dari 7 unit badan pengawas, ketua kelas dan ajk asrama.

Slot pertama diteruskan dengan slot Ice Breaking dan pecahan kumpulan. Kali ini kami memperkenalkan beberapa module baru untuk module pemimpin.

- Disini Lahirnya Pemimpin Yang Berdisplin -

Disini Lahirnya Pemimpin Yang BerdisplinTinggal hanya beberapa jam sahaja lagi kami akan bersama pemimpin sekolah yang h...
01/05/2024

Disini Lahirnya Pemimpin Yang Berdisplin

Tinggal hanya beberapa jam sahaja lagi kami akan bersama pemimpin sekolah yang hebat. Bukan mudah dan senang dengan gelaran seorang pemimpin, ya semua orang boleh menjadi pemimpin tetapi tak semua orang boleh memikul tanggungjawab sebagai seorang pemimpin.

Sekolah manakah kami akan bersama selama 3 hari 2 malam kali ini, dengan module kepimpinan yang baru dan yang pasti akan memberi impak kepada pelajar. Semoga kem kali ini akan banyak memberi pelajaran baru kepada pemimpin muda kali ini.

Rasulullah SAW bersabda, "Patuh dan taat itu (pada pemimpin) adalah wajib bagi seseorang dalam hal apa yang ia s**a atau benci, selama tidak diperintah berbuat maksiat. Jika diperintah maksiat, maka tidak wajib patuh dan taat."
(HR Bukhari).

PEKERJA KESUMA BANGSASelamat menyambut hari pekerja kepada semua warga Malaysia yang menjadi tulang belakang Negara. Har...
01/05/2024

PEKERJA KESUMA BANGSA

Selamat menyambut hari pekerja kepada semua warga Malaysia yang menjadi tulang belakang Negara. Hari pekerja adalah ia mengingatkan kita bahawa pekerja semua adalah tulang belakang Negara, yang bukan sahaja memacu ekonomi Negara tetapi juga membentuk jati diri bangsa.

Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ طَلَبَ الدُّنْيَا حَلَالَا اسْتِعْفَافًا عَنِ الْمَسْأَلَةِ ، وَسَعْيَا عَلَى أَهْلِهِ ، وَتَعَطُّفًا عَلَى جَارِهِ ، جَاءَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَوَجْهُهُ كَالْقَمَرِ لَيْلَةَ الْبَدْرِ

Maksudnya: “Barangsiapa mencari rezeki halal untuk menjaga diri daripada meminta-minta, dan dengan tujuan memenuhi nafkah keluarga, serta supaya dapat membantu tetangganya, nescaya dia akan datang pada hari Kiamat dengan wajahnya yang berseri-seri seperti bulan di malam purnama.”

Riwayat al-Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman (9890) dan
al-Tabarani dalam Musnad al-Syamiyyin (3465)

Bekerja sebagai ibadah 🫰🏻

  Iftar Kelantan 2024Tumpat | 9 April 2024 ramadan yang lepas Perbakti Tumpat bersama Jiwa Malaysia dan NGo setempat tel...
28/04/2024

Iftar Kelantan 2024

Tumpat | 9 April 2024 ramadan yang lepas Perbakti Tumpat bersama Jiwa Malaysia dan NGo setempat telah meraikan keluarga asnaf, anak-anak yatim, ibu tunggal serta s**arelawan di Tumpat Kelantan.

Turut hadir masjlis berbuka puasa pemimpin belia-belia dan pemimpin setempat bagi meraikan mereka. Turut kami agihkan buah tangan kepada tetamu biskut raya. Tidak pernah lupa kepada yang membantu untuk majlis ini secara langsung atau tak langsung.

Rakan kebaikan : Jiwa Amal Malaysia - JIWA .jiwaamal

Sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berpuasa untuk berbuka puasa, maka dia mendapat pahala seumpamanya tanpa kurang sedikitpun daripada pahala orang yang berpuasa tersebut.

Riwayat al-Tirmidzi: 807

Address

Wakaf Baharu

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 15:00
Sunday 09:00 - 17:00

Telephone

+60165978454

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when perbakti_tumpat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to perbakti_tumpat:

Share