18/08/2026
JEMPUTAN MAJLIS MAKAN MALAM PERKEP KONTINJEN TERENGGANU TAHUN 2026 "BOLLYWOOD NIGHT : DOSTI"
Kuala Terengganu, 19 Julai 2026 (Ahad) |Jemputan Hadir Ke Majlis Makan Malam PERKEP Kontinjen Terengganu Tahun 2026 dengan tema "Bollywood Night:Dosti" telah diadakan dengan pemuh meriah dan berwarna warni di Hotel Permai, Kuala Terengganu.
Barisan kepimpinan PERKEP Kontinjen Terengganu yang diterajui oleh YDH Datin Nur Haniza binti Jaafar, Pengerusi PERKEP Kontinjen Terengganu bersama YBhg Puan Sarini binti Othman,
Naib Pengerusi PERKEP Kontinjen Terengganu, Biro- Biro PERKEP Kontinjen Terengganu, Pengerusi-Pengerusi Daerah PERKEP Terenganu, Pengerusi-pengerusi Formasi PERKEP Terengganu
telah hadir memeriahkan majlis tersebut.
Aturcara Program :
1. Ketibaan ahli-ahli PERKEP, tetamu jemputan, Naib Pengerusi, Ketua-Ketua Biro, Pengerusi Daerah serta Pengerusi Formasi PERKEP Terengganu.
2. Ketibaan Pengerusi PERKEP Kontinjen Terengganu, YDH Datin Nur Haniza binti Jaafar, diikuti sesi bergambar dan perarakan masuk ke Permata Ballroom.
3. Majlis diteruskan dengan nyanyian Lagu PERKEP, ucapan rasmi Pengerusi PERKEP Kontinjen Terengganu serta ucapan balas daripada wakil yang diraikan sempena pertukaran.
4. Tayangan montaj, penyampaian cenderahati kepada individu yang diraikan sempena pertukaran serta jamuan makan malam bertemakan "Bollywood Night: Dosti".
5. Majlis diteruskan dengan persembahan hiburan (Show Time) sebelum diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang kategori persembahan, 'Best Dressed' dan penyampaian 'Grand Prize' cabuan bertuah.
Majlis Makan Malam PERKEP Kontinjen Terengganu Tahun 2026 bertemakan "Bollywood Night: Dosti" telah berlangsung dengan lancar dan meriah mengikut susun atur acara.
Majlis ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim, memperkukuhkan semangat persahabatan (dosti) serta memupuk nilai kebersamaan dan kekeluargaan dalam kalangan ahli PERKEP.
Diharapkan program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai medium menghargai jasa ahli serta memperkukuhkan hubungan silaturahim dalam kalangan warga PERKEP.