SWCorp Pahang

  • Home
  • SWCorp Pahang
Call Directions Website

SWCorp Pahang MALAYSIA YANG BERSIH, INDAH DAN SEJAHTERA

🏢Government organisation
☎️09-5663151

Selamat Hari Kemerdekaan 2026!Marilah kita menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-69 tahun dengan penuh rasa syukur, sambil ...
30/08/2026

Selamat Hari Kemerdekaan 2026!

Marilah kita menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-69 tahun dengan penuh rasa syukur, sambil mengenang jasa dan pengorbanan generasi terdahulu yang telah membina sebuah negara yang aman, berdaulat dan sejahtera.

Kemerdekaan bukan sekadar bebas daripada penjajahan, tetapi merupakan tanggungjawab kita bersama untuk memelihara perpaduan, memperkukuh keharmonian, menjaga kebersihan persekitaran serta mengamalkan nilai-nilai murni demi kesejahteraan generasi akan datang.

Ayuh kita bersama-sama menjaga kebersihan, menghargai alam sekitar dan menjadikan Malaysia sebuah negara yang bersih, indah dan lestari.

Merdeka! Merdeka! Merdeka! 🇲🇾

Ikhlas daripada,
Seluruh Warga Kerja
Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam (SWCorp) Negeri Pahang

30/08/2026
29/08/2026
29/08/2026

SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN | Orang ramai yang menghadiri Festival Ambang Merdeka 2026 di Dataran Merdeka dan Sambutan Hari Kebangsaan 2026 di Putrajaya diingatkan supaya tidak membuang sampah merata-rata kerana tindakan penguatkuasaan akan dipertingkatkan sepanjang sambutan berkenaan.

PROGRAM PLOGGING MERDEKA 2026: "LANGKAH BERSAMA, BUMI SEJAHTERA"Program Plogging Merdeka Pahang 2026 telah berlangsung d...
28/08/2026

PROGRAM PLOGGING MERDEKA 2026: "LANGKAH BERSAMA, BUMI SEJAHTERA"

Program Plogging Merdeka Pahang 2026 telah berlangsung dengan penuh semangat dan meriah pada hari ini 28 Ogos 2026 di Pantai Teluk Sisek, Kuantan.

Program anjuran Alam Flora Sdn. Bhd. dengan kerjasama SWCorp Negeri Pahang dan Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) ini merupakan salah satu inisiatif menyemarakkan semangat patriotisme melalui aktiviti plogging, di samping meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan menjaga kebersihan dan kelestarian alam sekitar.

Antara pengisian program termasuk Gimik Pelancaran, Pelepasan Jenterа Alam Flora, Aktiviti Merdeka Plogging serta pengumpulan 69 bungkusan sampah sebagai simbolik ulang tahun kemerdekaan Malaysia yang ke-69.

Terima kasih kepada semua warga kerja, agensi, rakan strategik dan peserta yang bersama-sama menjayakan program ini. Semangat gotong-royong dan kecintaan terhadap alam sekitar inilah yang kita mahu teruskan demi mewujudkan persekitaran yang bersih, sihat dan lestari.

25/08/2026

Salam Maulidur Rasul SAW 1448H/2026M 🌙

Maulidur Rasul menjadi ruang untuk kita kembali menghayati sirah, akhlak dan sunnah Rasulullah SAW serta menjadikannya panduan dalam kehidupan seharian.

Antara nilai yang wajar terus disuburkan ialah menjaga kebersihan. Kebersihan bukan sekadar tanggungjawab terhadap persekitaran, malah mencerminkan disiplin, keperibadian dan akhlak seseorang.

Tidak membuang sampah merata-rata, menjaga kemudahan awam serta memelihara alam sekitar merupakan amalan yang mampu membentuk masyarakat yang bertanggungjawab, berdisiplin dan saling menghormati.

Selaras dengan tema “MADANI Dihayati, Ummah Diberkati”, marilah kita membudayakan kebersihan dalam setiap aspek kehidupan. Bermula daripada diri sendiri, keluarga dan komuniti, setiap daripada kita mempunyai peranan dalam mewujudkan persekitaran yang bersih, indah dan sejahtera.

Meneladani Rasulullah SAW bukan sekadar melalui kata-kata, tetapi dizahirkan melalui akhlak dan perbuatan dalam kehidupan seharian.

Selamat Menyambut Maulidur Rasul SAW 1448H/2026M daripada seluruh warga SWCorp.

MAJLIS PERASMIAN PERTANDINGAN INOVASI SISA LESTARI (INSIS) 2026 – PERINGKAT KEBANGSAANSempena Karnival Eco-Culture SWCor...
22/08/2026

MAJLIS PERASMIAN PERTANDINGAN INOVASI SISA LESTARI (INSIS) 2026 – PERINGKAT KEBANGSAAN

Sempena Karnival Eco-Culture SWCorp 2026, telah berlangsung Majlis Perasmian Pertandingan Inovasi Sisa Lestari (InSis) 2026 Peringkat Kebangsaan pada 20 Ogos 2026 bertempat di Dewan Majlis Daerah Jerantut, Pahang.

Majlis telah disempurnakan oleh Encik Abd Karim bin Salim, Pengarah Bahagian Sumber Manusia, Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp Malaysia). Turut hadir ialah Puan Nurulizzah binti Idris, Timbalan Pengarah Akademik Kolej Komuniti Jerantut yang mewakili Pengarah.

InSis 2026 merupakan satu inisiatif kolaborasi antara SWCorp Malaysia dan Kolej Komuniti Jerantut dalam usaha menyemarakkan budaya inovasi, kreativiti serta kesedaran berkaitan pengurusan sisa lestari dalam kalangan warga institusi pendidikan.

Lebih menarik, pertandingan peringkat kebangsaan ini menghimpunkan penyertaan daripada pelbagai institusi pengajian tinggi (IPT) dari seluruh negeri, yang tampil mengetengahkan idea, ciptaan dan inovasi kreatif berteraskan kelestarian serta pengurusan sisa. Program sebegini bukan sahaja menjadi platform untuk mengetengahkan bakat dan idea baharu, malah membuka ruang kepada warga IPT untuk berkongsi penyelesaian inovatif yang mampu memberi impak positif kepada alam sekitar dan masyarakat.

PROGRAM PENINGKATAN EKONOMI KOMUNITI MELALUI PENGITARAN SEMULA NILAI TAMBAH FABRIK KAIN RENTANG TERPAKAI DI NEGERI PAHAN...
16/08/2026

PROGRAM PENINGKATAN EKONOMI KOMUNITI MELALUI PENGITARAN SEMULA NILAI TAMBAH FABRIK KAIN RENTANG TERPAKAI DI NEGERI PAHANG

📅 15 dan 16 Ogos 2026
📍 Pusat GIAT MARA Indera Mahkota, Balok, Kuantan, Pahang

Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Negeri Pahang dengan kerjasama GIATMARA Negeri Pahang dan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Negeri Pahang telah menganjurkan Program Peningkatan Ekonomi Komuniti melalui Pengitaran Semula Nilai Tambah Fabrik Kain Rentang Terpakai di Negeri Pahang.

Program ini merupakan satu inisiatif dalam memperkasakan komuniti melalui pendekatan ekonomi kitaran dan pengurusan sisa secara lestari, khususnya dengan memberi nilai tambah kepada kain rentang (banner) terpakai untuk dihasilkan menjadi produk yang kreatif, praktikal serta mempunyai nilai ekonomi.

Selain meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan guna semula dan kitar semula, program ini turut memberi peluang kepada komuniti Bumiputera untuk mempelajari kemahiran menghasilkan pelbagai produk berasaskan kain rentang terpakai yang berpotensi menjana pendapatan.

Program telah dirasmikan oleh YBrs. Tuan Syahrul Nizam bin Saleh, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) dan turut hadir Tuan Cairul Hisham bin Jalaluddin, Pengarah Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Negeri Pahang, Encik Romy Rossziman bin Abd Rahman, Timbalan Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Negeri Pahang dan Encik Mohd Hazrat bin Abdul Kadir, Timbalan Pengarah GIATMARA Negeri Pahang.

Semoga pelaksanaan program ini dapat melahirkan komuniti yang lebih kreatif, berkemahiran dan berdaya saing, di samping mewujudkan peluang ekonomi melalui penghasilan produk bernilai daripada bahan yang sebelum ini dianggap sebagai sisa.

JELAJAH BANDAR BERSIH  2026📍 Taman Inspirasi Komuniti Bersih Bentong Indah, Taman Bukit Indah 2, Bentong, Pahang📅 8 Ogos...
09/08/2026

JELAJAH BANDAR BERSIH 2026

📍 Taman Inspirasi Komuniti Bersih Bentong Indah, Taman Bukit Indah 2, Bentong, Pahang
📅 8 Ogos 2026

Program Jelajah Bandar Bersih 2026 menjadi platform untuk mendekati komuniti serta menyemai kesedaran bahawa pengurusan sisa pepejal dan kebersihan persekitaran merupakan tanggungjawab bersama.

Program ini telah dirasmikan oleh YBrs. Tuan Haji Syahrul Nizam bin Saleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif SWCorp dan turut dihadiri oleh Tuan Edmund Loke Ahli Majlis Mewakili Adun Ketari, Tuan Cairul Hisham bin Jalaluddin Pengarah SWCorp Negeri Pahang, Encik Saiful Azim bin Saad Pengurus Alam Flora Sdn Bhd Negeri Pahang, Haji Mohamad Zamri bin Basri Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Bukit Indah 2 serta Wakil - wakil Agensi Kerajaan dan Institusi Pendidikan.

Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan seperti Perasmian Sangkar Kitar Semula, Trash To Cash, penanaman pokok, senamrobik, demonstrasi pemadam kebakaran, saringan kesihatan, pertandingan mewarna, aktiviti 3R dan upcycle, sukaneka rakyat, Jualan Rahmah serta cabutan bertuah.

Program ini turut diperkasakan melalui kolaborasi strategik bersama KRT Taman Bukit Indah 2, Majlis Perbandaran Bentong, Alam Flora, JPNIN, Jabatan Bomba dan Penyelamat, AADK, Pejabat Kesihatan Daerah Bentong, Perpustakaan Awam Daerah Bentong, Kolej Komuniti Bentong serta Angkasa Negeri Pahang Barat.

Usai program, SWCorp turut melaksanakan Operasi No Dust di Bentong Street Art sebagai usaha memastikan kawasan tumpuan awam kekal bersih dan terpelihara. SWCorp terus komited memperkasa penglibatan komuniti dalam membudayakan pengurusan sisa secara lestari demi merealisasikan Malaysia yang Bersih, Indah dan Sejahtera, selaras dengan hala tuju SWCorp Growth.

✨ Komuniti Prihatin, Bandar Bersih. Bersama SWCorp, kita jaga kebersihan demi kesejahteraan bersama.

07/08/2026

Address

Lot No. 1 B568 Kuantan Autocity Jalan Beserah

25300

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6095663151

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SWCorp Pahang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

  • Want your organization to be the top-listed non profit organization?

Share