Persatuan Alumni USIM

Directions Website

Persatuan Alumni USIM Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Persatuan Alumni USIM, Community Organization, Rumah Alumni, Universiti Sains Islam.

Persatuan Alumni USIM ditubuhkan pada tahun 2016 dengan tiga teras iaitu: (i) memupuk sinergi antara Alumni; (ii) meyediakan platform di antara Alumni dan alma mater (USIM); dan (iii) menyediakan manfaat dan kebajikan kepada ahli Alumni.

14/09/2026

Salam takziah daripada Pusat Kerjaya dan Alumni USIM buat ahli keluarga Almarhum Muhammad Akmal bin Sa'idan, Alumni USIM 2014, Sarjana Muda Pengajian Sunnah dengan Pengurusan Maklumat Dengan Kepujian, Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah.

🤲🏼 Doa ringkas untuk Almarhum :
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ
Ya Allah, ampunilah dia, rahmatilah dia, sejahterakanlah dia dan ampunilah dosa-dosanya.

Aamin Ya Rabbal Alamin

Al-Fatihah

Sempena sambutan Maulidur Rasul, marilah kita hayati sirah baginda — akhlaknya yang mulia, kasih sayangnya yang tidak be...
25/08/2026

Sempena sambutan Maulidur Rasul, marilah kita hayati sirah baginda — akhlaknya yang mulia, kasih sayangnya yang tidak bertepi, dan pengorbanannya demi umat.

Semoga kecintaan kita kepada Rasulullah ﷺ terus subur dalam hati, dan kita mampu mencontohi sunnahnya dalam kehidupan seharian.

Salam Maulidur Rasul SAW 1448H
“Madani Dihayati, Ummah Diberkati”

*SPECIAL INVITATION FOR USIM ALUMNUS!*PROFESSIONAL DEVELOPMENT SESSION | iBAF2026Join us for “Agile Leadership for Futur...
24/08/2026

*SPECIAL INVITATION FOR USIM ALUMNUS!*

PROFESSIONAL DEVELOPMENT SESSION | iBAF2026

Join us for “Agile Leadership for Future-Ready Talent in Islamic Finance” — a professional development session designed for industry professionals and organisations seeking to strengthen leadership capabilities and prepare talent for the evolving Islamic finance landscape.

📅 9 September 2026 (Wednesday)
⏰ 2.00 – 5.00 p.m.
📍 Mövenpick Hotel & Convention Centre KLIA

🔗 Registration:
https://forms.gle/26TJYKkyKM58o4ah6

🌐 More information:
https://ibaf.usim.edu.my

Develop your people. Prepare for the future.

ALUMNI SUMBANG GOOGLE TV SEMPENA SAMBUTAN HARI ALUMNI USIM 9 OGOS.Persatuan Alumni USIM merakamkan setinggi-tinggi pengh...
13/08/2026

ALUMNI SUMBANG GOOGLE TV SEMPENA SAMBUTAN HARI ALUMNI USIM 9 OGOS.

Persatuan Alumni USIM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Pengurusan Tertinggi USIM dan Pusat Kerjaya dan Alumni USIM (PUSAKA) dalam menjayakan Majlis Jalinan Alumni USIM yang telah diadakan pada 11 Ogos 2026 bersempena Hari Alumni USIM pada 9 Ogos. Program ini menjadi wadah penting dalam memperkukuh hubungan strategik antara alumni dan universiti serta mengeratkan jalinan silaturahim dalam kalangan warga USIM.

Majlis turut diserikan dengan Pelancaran Barangan Eksklusif Persatuan Alumni USIM yang menampilkan pelbagai produk istimewa seperti kopiah, tempat kad dan beberapa barangan eksklusif lain yang boleh diperoleh melalui Persatuan Alumni USIM. Pelancaran ini merupakan salah satu inisiatif dalam memupuk semangat kebersamaan dan rasa bangga sebagai sebahagian daripada komuniti Alumni USIM.

Selain itu, program turut menyaksikan penyerahan sumbangan sebuah televisyen daripada Persatuan Alumni USIM kepada wakil Perpustakaan USIM sebagai tanda sokongan berterusan alumni terhadap usaha memperkasa kemudahan dan persekitaran pembelajaran universiti. Sumbangan ini mencerminkan komitmen Persatuan Alumni USIM dalam menyumbang kembali kepada universiti demi manfaat seluruh warga kampus.

Semoga ukhuwah yang terjalin terus diperkukuh dan menjadi asas kepada kerjasama yang lebih erat pada masa hadapan

Memperkasa Alumni, Membina Masa Hadapan. 💙

KUNJUNGAN HORMAT PERSATUAN ALUMNI USIM KE YAYASAN TAQWAPersatuan Alumni USIM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas...
11/08/2026

KUNJUNGAN HORMAT PERSATUAN ALUMNI USIM KE YAYASAN TAQWA

Persatuan Alumni USIM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kesudian pihak Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan menerima kunjungan hormat yang julung kali diadakan pada 10 Ogos 2026 bagi membincangkan potensi kerjasama strategik serta inisiatif pembangunan dan kebajikan yang melibatkan alumni dan mahasiswa USIM.

Dalam pertemuan tersebut beberapa keputusan telah dimuktamadkan terkaitan saluran bantuan kebajikan alumni dan program-program melibatkan pelajar USIM dalam kalangan asnaf.

Semoga jalinan strategik yang terjalin dapat diperkukuh melalui kerjasama berimpak yang memberi manfaat kepada universiti, alumni dan masyarakat.


https://www.instagram.com/p/Db4QSzEk_Tr/?igsh=MmNrcXV5Z2oyZ3Z6

10/08/2026

👋 CUTI SEMESTER, MASA UNTUK PELAJAR BINA PENGALAMAN MENERUSI JoC

Cuti semester ini anda boleh mengisi masa menerusi JoC pada had bertugas sehingga 40 jam seminggu, kadar sebanyak RM 6/jam 💫

Hanya dapatkan borang permohonan dan hantarkan kepada PTj pilihan anda di sini 👇

🔗 https://shorturl.at/QXPgn

Antara Skop Kerja Yang Ditawarkan🎯
🎨 Pereka Grafik
📸 Jurufoto
💻 Multimedia & Pentadbir Laman Web
📝 Pemfailan dan Pentadbiran
📖 Editor
🏢 Pengurusan Program, Fasiliti & Kemudahan
🚀 Keusahawanan dan banyak lagi!

Teroka pengalaman sebenar dunia pekerjaan, bina kemahiran dan jana pendapatan di dalam kampus! 💼✨






joboncampus

Selamat Hari Alumni USIM!
10/08/2026

Selamat Hari Alumni USIM!




06/08/2026

Pusat Kerjaya dan Alumni merakamkan ucapan Setinggi-tinggi Tahniah kepada Prof. Madya Dr. Abdul Nasir Hj Abdul Rani, Alumni 2011-Fakulti Ekonomi dan Muamalat, di atas pelantikan sebagai Rektor Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Brunei Darussalam.

Syabas dan Tahniah diucapkan 👏🏼.





🎳 *SANTAI BOWLING BERSAMA ALUMNI USIM VOL. 2* 🎳Jom luangkan petang yang penuh bertenaga, semangat berpasukan dan ukhuwah...
28/07/2026

🎳 *SANTAI BOWLING BERSAMA ALUMNI USIM VOL. 2* 🎳

Jom luangkan petang yang penuh bertenaga, semangat berpasukan dan ukhuwah bersama keluarga besar Alumni USIM. Sama ada anda pemain profesional atau sekadar ingin bersantai, inilah masanya untuk berkumpul dan beriadah.

📅 Tarikh: 20 Ogos 2026 (Jumaat)
🕒 Masa: 3.00 pm - 6.00 pm
📍 Tempat: The Bowlers @ MesaMall, Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai, Negeri Sembilan
📝 Pendaftaran: https://bit.ly/bowlingalumni26

🎯 Maklumat Penyertaan :

🔹 TERHAD kepada 25 pasukan sahaja!
🔹 1 pasukan = 4 orang
🔹 Yuran Penyertaan: RM30.00 seorang
🔹 Format Permainan: 2 games
🔹 Stokin tidak disediakan _(Sila bawa stokin sendiri)_
⏳ Tarikh Tutup Penyertaan: 15 Ogos 2026

🏆 Hadiah Menarik Menanti!

Siapa yang boleh sertai? :-
🎓 Alumni/Pasangan Alumni/Keluarga Alumni _(18 tahun dan ke atas)_
👤 Kakitangan USIM
👥 Pelajar USIM

📞 Maklumat Lanjut
☎️ Telefon Pejabat: 06-798 6173 / 06-798 6148
💬 WhatsApp: https://wasap.my/6067986148

🎳 Tempat adalah terhad! Daftar sekarang sebelum penyertaan penuh!

Address

Rumah Alumni
Universiti Sains Islam
71800

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Alumni USIM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share