20/04/2026
๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐. ๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐
Alhamdulillah pada hari Sabtu (18/04/2026) telah berlangsungnya Majlis Raya Sekampung Bangsa Johor JPKK Kg. Ulu Tiram yang bertempat di Stesen Bas & Teksi Ulu Tiram bermula pada pukul 8.00 malam sehingga 12.00 malam..
Turut hadir bersama dalam majlis ini adalah YB Senator Dato' Hj Abdul Halim Suleiman (Ahli Dewan Negara merangkap Ketua UMNO Bahagian Tebrau), YB Azizul Bachok - ADUN Tiram, Tok Afiff Adzhar Penghulu Mukim Plentong Daerah Johor Bahru, Ahli Majlis MBJB Zon Tiram-Fauzi Faizal, Ahli Jawatankuasa JPKK Ulu Tiram, Mukim Plentong, Ahli Jawatankuasa Masjid Bandar Ulu Tiram, PEKIDA Kawasan Tiram Daerah Johor Bahru, Ketua2 Kampung, Ketua2 Sayap, Ahli Jawatankuasa U M N O Bahagian Tebrau, Ahli Jawatankuasa Pemuda U M N O Tebrau, Pejabat Daerah Johor Bahru, Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), NGO-NGO Setempat serta Penduduk dan Masyarakat Ulu Tiram yang diraikan..
Alhamdulillah majlis ini berlangsung penuh meriah dengan kehadiran melebihi 1,000 orang pengunjung yang hadir dan menjamu selera.. Pelbagai juadah makanan dan minuman yang disediakan serta pemberian duit raya kepada anak2 pengunjung yang hadir.. Tahniah dan syabas diucapkan kepada Tok Shazrul Idham Bin Abd Aziz (Tok Pedox Stg) selaku Ketua Kampung Ulu Tiram serta seluruh Jawatankuasa dan pasukan yang terlibat dalam menjayakan majlis ini secara rasmi ataupun tidak rasmi..
Semoga usaha murni ini dapat memberikan kesejahteraan dan keharmonian kepada semua masyarakat khususnya penduduk yang tinggal dalam kawasan pentadbiran JPKK Ulu Tiram, Mukim Plentong, Daerah Johor Bahru.. Insha Allah.. Allah Humma Amin..
Onn Hafiz Ghazi