Ikram Junior Ampang Jaya

Ikram Junior Ampang Jaya IKRAM Junior is a subsidiary NGO to IKRAM Ampang Jaya. It offers activities to cater children of kin

Aktiviti anak-anak semasa program himpunan reformasi IKRAM Muda Ampang Jaya pada 25 Februari 2024
25/02/2024

Aktiviti anak-anak semasa program himpunan reformasi IKRAM Muda Ampang Jaya pada 25 Februari 2024

Gambar² sekitar program SUNATHON 2023
25/12/2023

Gambar² sekitar program SUNATHON 2023

[Laporan Program]Program SUNATHON 2023Tarikh : 24 Dis 2023 (Ahad)Masa : 7.00AM - 11.45AMTempat : Masjid Kg. klang Gate B...
24/12/2023

[Laporan Program]

Program SUNATHON 2023
Tarikh : 24 Dis 2023 (Ahad)
Masa : 7.00AM - 11.45AM
Tempat : Masjid Kg. klang Gate Baru

Alhamdulillah! IKRAM Junior Ampang Jaya & Wanita IKRAM Ampang Jaya, dengan kerjasama Masjid Kg. klang Gate Baru & MyMedik Circumcision Centre Puchong, telah berjaya menjalankan program berkhatan beramai-ramai, SUNATHON 2023. Seramai 28 orang anak-anak lelaki hebat telah berdaftar, dan 19 orang berjaya berkhatan!

Program ini merupakan antara program IKRAM yang diadakan setiap tahun bagi membantu masyarakat melaksanakan ibadah bersunat secara lebih mudah dan murah. Semoga program ini mencapai objektif yang digariskan.

Program dimulakan dengan doa selamat oleh Imam Masjid Tuan Haji Ghazali Bin Hj Hassan, disusuli dengan ucapan alu-aluan oleh Nazir Masjid, Tuan Haji Jamal Abdul Nasir Bin Mat Jamil. Kemudian, ucapan pembukaan disampaikan oleh Setiausaha IKRAM Ampang Jaya, mewakili YDP IKRAM Ampang Jaya, En. Mohd Hilmi Bin Kamil. Majlis kemudiannya berakhir dengan ucapan perasmian oleh Ketua Wanita IKRAM Ampang Jaya, Datin Wan Norsiah Wan Abdullah.

Anak² kemudiannya berarak dan berselawat menuju ke Trak Bomba untuk upacara penyemburan air sebelum bermula prosedur berkhatan. Terima kasih kpd abang² bomba yang hadir meraikan dan memeriahkan program SUNATHON pada hari ini. Moga dilindungi dan diberkati.

Sekalung penghargaan buat Team MyMedik Circumcision Centre Puchong, yang diketuai oleh Dr Soleh, atas sumbangan kemahiran dan khidmat prosedur berkhatan pada program SUNATHON 2023 ini. Moga diberkati dan dirahmati.

Ucapan terima kasih juga kepada pihak masjid yang menghadiahkan sebuah bantal kepada setiap peserta yang berdaftar pada hari berjalannya program SUNATHON 2023. Moga masjid akan terus meriah dan pengunjungnya dirahmati.

Tahniah juga diucapkan kepada semua peserta dan ibu bapa yang terlibat! Semoga anak-anak cepat sembuh dan dipermudah segala urusan. 🤲🏻

In sha Allah kita berjumpa lagi di program akan datang.

Yang melaporkan,
Wan Afrah
Sekretariat
JK Pembangunan dan Pembelaan Kanak-Kanak Wanita IKRAM Ampang Jaya



📣 Ahlan wasahlan~Berita baik buat semua anak²! 📣💌  Program Cuti Sekolah:Quran di Hati👧🏻  Anak² berumur 7-12 tahun🗓️  Isn...
10/12/2023

📣 Ahlan wasahlan~
Berita baik buat semua anak²! 📣

💌 Program Cuti Sekolah:
Quran di Hati

👧🏻 Anak² berumur 7-12 tahun
🗓️ Isnin hingga Jumaat
📆 18 Dis - 29 Dis 2023
⏰ 10.00 - 11.00 AM
💵 Percuma untuk semua!
📞 Berjumpa di aplikasi ZOOM

Aktiviti:
🎬 Bacaan Doa Bersama
🎙️ Mengaji Al-Quran/Membaca Iqra'

📖 Siap sedia bersama Buku Iqra'/Al-Quran masing²
🔖 Setiap anak berpeluang mengaji selama 10 minit bersama ustaz/ah jemputan

Sebarang persoalan boleh hubungi Teacher Shikin: https://wa.link/jdcjp5

Link pendaftaran: https://bit.ly/ijaj-qurandihati

Anjuran IKRAM Junior AJ, Wanita IKRAM AJ

[Laporan Program]Program IKRAM Junior: Siri Harmoni - Kenal, Masak, Makan!Tarikh : 9 Disember 2023 (Sabtu) Masa : 3.00 -...
09/12/2023

[Laporan Program]

Program IKRAM Junior: Siri Harmoni - Kenal, Masak, Makan!
Tarikh : 9 Disember 2023 (Sabtu)
Masa : 3.00 - 5.40PM
Tempat : Pusat Komuniti IKRAM Ampang Jaya

Alhamdulillah! IKRAM Junior Ampang Jaya & Wanita IKRAM Ampang Jaya telah berjaya menjalankan program silang budaya (siri Harmoni) sempena Hari Kanak² Sedunia 2023.

Program dijalankan sebelum bermulanya program Sisters' Evening Out (SEO) 2.0: Awaken Your Soul Siri #2.

Seramai 26 yang berdaftar, dan 17 orang anak-anak telah menyertai!

Program ini diadakan bagi bertujuan mendedahkan dan meningkatkan kefahaman anak-anak mengenai kepelbagaian
makanan dan sajian di Malaysia. Di samping itu, program ini juga membuka ruang kepada anak-anak untuk menyediakan dan merasai hidangan 3 budaya/bangsa.

Program dimulakan dengan pengenalan mengenai makanan 3 budaya. Anak² kemudiannya bersama-sama menyediakan makanan Melayu iaitu Lepat Pisang, disusuli dengan makanan India iaitu Pani Puri, dan diakhiri dengan makanan Cina iaitu Jiaozi (Ladu Cina/Dumplings).

Program berakhir dengan solat Asar berjama'ah dan sesi fotografi sebelum bersurai.

Sekalung penghargaan buat ibu dan ayah yang turut bersama menyumbang dan menyokong semasa program sedang berlangsung. Moga diberkati dan dirahmati.

Tahniah juga diucapkan kepada semua peserta yang terlibat! Semoga anak-anak bertambah kemahiran memasak, dan lebih terbuka untuk mencuba makanan pelbagai budaya yang halalan thoyyiban.

In sha Allah kita berjumpa lagi di program akan datang.

Yang melaporkan,
Wan Afrah
Sekretariat
JK Pembangunan dan Pembelaan Kanak-Kanak Wanita IKRAM Ampang Jaya







📣 Ahlan wasahlan~ Berita baik buat semua anak²! 📣  💌  IKRAM Junior: Siri Harmoni - Kenal, Masak, Makan!Program ini akan ...
02/12/2023

📣 Ahlan wasahlan~
Berita baik buat semua anak²! 📣

💌 IKRAM Junior: Siri Harmoni - Kenal, Masak, Makan!

Program ini akan berlangsung sebelum bermula program Sisters' Evening Out (SEO) 2.0: Awaken Your Soul Siri #2

👧🏻 Anak² berumur 7-12 tahun
🗓️ Sabtu
📆 9 Disember 2023
⏰ 3.00 - 6.00 PM
🏠 Pusat Komuniti IKRAM Ampang Jaya
💸 Percuma untuk semua!

📋 Aktiviti:
🎙️ Kenali Budaya
🎨 Masak Hidangan 3 Budaya
🎬 Makan Bersama

🧃 Digalakkan ibu bapa untuk turut menyumbang (jenis sumbangan ada diperincikan di dalam borang pendaftaran)


Link pendaftaran: https://bit.ly/ijaj-daftar-kmm

Sebarang persoalan boleh hubungi Teacher Hafizah: https://wa.link/76pw1r

Selamat Hari Kanak-Kanak Sedunia! Moga kanak-kanak seluruh dunia dilindungi dan dibela hak mereka dalam apa jua cara dem...
20/11/2023

Selamat Hari Kanak-Kanak Sedunia!

Moga kanak-kanak seluruh dunia dilindungi dan dibela hak mereka dalam apa jua cara demi kehidupan kanak-kanak yang lebih sejahtera.


Sehingga hari ini, lebih separuh daripada ribuan yang syahid dan yang cedera di bumi P🍉lestin ialah kanak-kanak. Setiap dari kita ada kewajipan untuk memainkan peranan, menghulur doa, berkongsi informasi-informasi tentang apa yang terjadi di sana dan terus bersuara.

Dengan tema Hak Kami, Masa Depan Kami pada tahun ini, tarikh 20 November ialah tarikh Hari Kanak-Kanak Sedunia yang telah diisytiharkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan UNESCO bagi mengiktiraf empat perkara utama mengenai hak kanak-kanak kepada kelangsungan hidup (survival), perlindungan (protection), perkembangan (development) dan penyertaan (participation).

Moga kanak-kanak seluruh dunia dilindungi dan dibela hak mereka dalam apa jua cara demi kehidupan kanak-kanak yang lebih sejahtera. Selamat Hari Kanak-Kanak Sedunia.

Address

277, Jalan Bandar 11, Metro Melawati
Ulu Klang

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ikram Junior Ampang Jaya posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Ikram Junior Ampang Jaya:

Share