Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT)

Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT) Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat) Di atas semangat untuk bekerjasama dan bermuafakat itulah maka ‘MUAFAKAT’ telah ditubuhkan.

Latar Belakang
PERTUBUHAN MUAFAKAT SEJAHTERA MASYARAKAT MALAYSIA (MUAFAKAT)

PENGENALAN

Peranan yang telah dimainkan oleh para pencinta Islam di negara ini sejak penghujung tahun enam puluhan dan awal tujuh puluhan adalah satu perkembangan yang amat instrumental sekali. Hasil kerja dakwah dan tarbiyah yang telah mereka lakukan secara istiqamah dan bijaksana telah mengubah iklim dan suasana persek

itaran sosio-ekonomi-politik negara – yang bukan sedikit impaknya. Kesungguhan mereka melakukan pelbagai program strategik di kampung, desa, bandar dan kota, serta di-kampus-kampus, di agensi-agensi Kerajaan dan swasta, serta di organisasi-organisasi sivil dan politik telah berjaya mewujudkan kesedaran dan perubahan pemikiran umat. Menyedari bahawa kematangan, pengalaman, kemahiran dan ke’ilmuan yang dimiliki oleh kelompok-kelompok pencinta Islam ini adalah amat berharga sekali; dan;
Menginsafi bahawa sumber daya manusia yang ada pada mereka wajar dimanfaatkan sepenuhnya untuk kesinambungan generasi mendatang dan;
Mensyukuri nikmat Allah s.w.t yang menanugerahkan suasana yang masih bebas dan terbuka di sini berbanding di rantau-rantau lain yang sedang bergolak dengan pelbagai krisis dan kemelut,
Maka sesungguhnya penubuhan sebuah organisasi yang bernama Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia atau ringkasnya ‘MUAFAKAT’ yang menghimpun dan menggembeling seluruh tenaga berwibawa bagi melengkapi keberadaan berbagai-bagai organisasi dan institusi lain yang sedang memperjuangkan kesejahteraan umat di hari ini adalah suatu usaha yang menepati masa dan ketikanya. Orang-orang Melayu semenjak zaman berzaman sangat mementingkan kerjasama dan muafakat dalam kehidupan mereka, sehingga diabadikan dalam pepatah Melayu, yang berbunyi, “bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat”. PENDAFTARAN

Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT) adalah sebuah Pertubuhan Bukan Kerajaan (PBK atau NGO) yang ditubuhkan oleh sekumpulan warga Malaysia yang prihatin terhadap nasib bangsa dan agamanya, dan berhasrat untuk berbakti kepada masyarakat, bangsa, agama dan negara melalui pergerakan PBK ini. MUAFAKAT telah ditubuhkan pada 20 Julai 2004 dan diluluskan pendaftarannya oleh Pendaftar Pertubuhan Malaysia pada 9 November 2005. Nombor pendaftarannya ialah 1955-05-7. PIMPINAN PUSAT

Ahli Jawatankuasa Pimpinan Pusat (JPP) Sesi 2012-2015

Presiden:

Haji Ismail Mina Ahmad

Timbalan Presiden:

Haji Mohd Amin Hashim

Naib Presiden:

Dr. Wan Adli Wan Wan Ramli

Setiausaha Agung:

A. Karim Omar

Penolong Setiausaha Agung:

Haji Ahmad Shaiful Alwi

Bendahari:

Prof. Dato Dr. Nik Mohd Zain Mohd Yusof

Ahli-ahli Jawatankuasa:

Datuk Haji Rameli Musa

Dr. Fisol Maidin

Dr. Amran Muhammad

Haji Wan Burhan Wan Ismail

Haji Zulkifli Mohamad

Mohd Muslim Md Zalli

Pengerusi Tetap:

Dato’ Haji Ahmad b. Haji Ismail

Timbalan Pengerusi Tetap:

Dato Haji Zakaria bin Hashim



**********************************

Address

25, Jalan Bandar 3, Taman Melawati
Ulu Klang
53100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT) posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT):

Share