17/05/2022
[INFO PERHUTANAN]
Tahukah anda?
Hutan Simpanan Kekal (HSK) merujuk kepada mana – mana tanah yang dijadikan atau disifatkan telah dijadikan suatu Hutan Simpanan Kekal di bawah Akta Perhutanan Negara 1984 bagi Semenanjung Malaysia.
Di bawah Seksyen 10(1), Akta Perhutanan Negara 1984, kawasan HSK ini dikelaskan kepada 11 fungsi iaitu:
1. Hutan Pengeluaran Kayu di bawah perolehan berkekalan
2. Hutan Perlindungan Tanah
3. Hutan Tebus Guna Tanah
4. Hutan Kawalan Banjir
5. Hutan Tadahan Air
6. Hutan Perlindungan Hidupan Liar
7. Hutan Simpanan Hutan Dara
8. Hutan Lipur
9. Hutan Pelajaran
10. Hutan Penyelidikan
11. Hutan bagi Maksud Persekutuan
Setiap kelas fungsi memainkan peranan penting dalam menyumbang kepada kesejahteraan ekonomi, sosial dan alam sekitar di negara kita.