Generasi MY

Generasi MY Maklumat dan informasi berkaitan

Anak muda pewaris budayaNaib Ketua UMNO Bahagian Tumpat mewakili kepimpinan UMNO Bahagian Tumpat turun padang menyaksika...
31/07/2026

Anak muda pewaris budaya

Naib Ketua UMNO Bahagian Tumpat mewakili kepimpinan UMNO Bahagian Tumpat turun padang menyaksikan sendiri latihan Dikir Barat yang digerakkan oleh anak-anak muda bersama masyarakat setempat.

Melihat semangat mereka mempertahankan seni warisan ini benar-benar membanggakan. Inilah bukti bahawa budaya kita masih hidup dan terus berkembang di tangan generasi muda.

Sebagai tanda sokongan, Naib Ketua Bahagian turut mewakili kepimpinan UMNO Cawangan menyampaikan sumbangan sebuah amplifier untuk kegunaan kumpulan Dikir Barat di kampung tersebut.

Teruskan berkarya, teruskan berbudaya. Kami percaya, bila anak muda bergerak, kampung akan hidup dan warisan akan terus kekal.

Suara anak muda. Irama warisan. Tumpat terus bangkit!

14/07/2026

Naib Ketua UMNO Bahagian Tumpat Abdul Mannan Md Said yang mewakili Pimpinan UMNO Bahagian Tumpat telah menyempurnakan Perasmian Program Alpha Gen Talent @ Kemas Peringkat Parlimen Tumpat

Program yang melibatkan penyertaan kanak-kanak TABIKA KEMAS ini bertujuan mencungkil bakat, membina keyakinan diri serta menggalakkan perkembangan fizikal dan sosial melalui aktiviti sukan yang menyeronokkan sekali gus memberi peluang kepada peserta menyerlahkan bakat, semangat kesukanan serta kerjasama berpasukan sejak usia muda.

Penganjuran Alpha Gen Talents@KEMAS diharapkan terus menjadi platform terbaik dalam mencungkil bakat dan potensi kanak-kanak sejak usia awal, sekali gus melahirkan generasi yang aktif, berkeyakinan, berdaya saing dan memiliki sahsiah terpuji selaras dengan aspirasi KEMAS dalam memperkasa pembangunan modal insan negara.

Sumber TT : https://vt.tiktok.com/ZSXrpX8yC/

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pengundi yang telah memberikan kepercayaan dan sokongan kepada Baris...
11/07/2026

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pengundi yang telah memberikan kepercayaan dan sokongan kepada Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Negeri Johor ke-16.

Politik boleh berbeza, tetapi kebajikan rakyat mesti sentiasa diutamakan.Kisah ini membuktikan bahawa apabila melibatkan...
07/07/2026

Politik boleh berbeza, tetapi kebajikan rakyat mesti sentiasa diutamakan.

Kisah ini membuktikan bahawa apabila melibatkan pendidikan dan masa depan rakyat, perbezaan parti bukanlah penghalang untuk bekerjasama. Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menunjukkan bahawa kepimpinan yang matang ialah meletakkan kepentingan rakyat mengatasi perbezaan politik, mendahulukan khidmat, mengutamakan pendidikan dan membuka ruang kerjasama demi manfaat rakyat.

Kerana akhirnya, yang dinilai bukan siapa yang mendapat kredit, tetapi berapa ramai rakyat yang menerima manfaat.

Meski berbeza parti Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tetap membantu menyokong dalam isu pendidikan rakyat. YB Ustaz Ismi, Ahli Parlimen Parit minta saya bawakan beliau bertemu YAB memohon sokongan pendidikan untuk rakyat beliau ketika di parlimen minggu lepas. Rupanya abang Ust Ismi adalah rakan sekelas DS Zahid ketika di Sek Agama Izzudin, Ipoh. Kata DS Zahid ketika melihat Ust Ismi, "saya kenal abang Ustaz Ismi ni, Azizan rakan sekelas saya di Izzudin", dengan penuh gembira.

Dr Khairuddin Takiri

JPKKP Mukim Bechah Resak yang  berkesempatan menyampaikan sumbangan sebuah katil pesakit (wakaf) kepada isteri Abe Hassa...
01/07/2026

JPKKP Mukim Bechah Resak yang berkesempatan menyampaikan sumbangan sebuah katil pesakit (wakaf) kepada isteri Abe Hassan sebagai usaha membantu masyarakat yang memerlukan.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada semua AJK JPKKP Mukim Bechah Resak, khususnya Kak Nah dan Kak Za, yang telah meluangkan masa untuk bersama-sama menjayakan penyerahan sumbangan ini. Semoga segala usaha, keprihatinan dan amal kebajikan yang dilaksanakan diterima sebagai amal soleh serta dikurniakan ganjaran yang berlipat ganda oleh Allah SWT. Aamiin.

JPKKP Mukim Bechah Resak – Prihatin, Berkongsi, Berbakti demi Kesejahteraan Komuniti. ❤️

Tahniah dan syabas kepada JPKKP Bechah Resak atas semangat gotong-royong yang ditunjukkan dalam Program Bersih Kubur ber...
23/06/2026

Tahniah dan syabas kepada JPKKP Bechah Resak atas semangat gotong-royong yang ditunjukkan dalam Program Bersih Kubur bertempat di Tanah Peruburan Gelong Manok.

Terima kasih juga kepada KRT Bechah Resak, RELA Daerah Tumpat serta semua yang sama-sama turun padang menghulurkan tenaga dan masa. Semoga semangat kebersamaan seperti ini terus berkekalan dan menjadi contoh terbaik buat masyarakat.

Moga segala usaha dan pengorbanan yang dicurahkan mendapat ganjaran yang berlipat ganda daripada Allah SWT.

Sumber Foto : Midin Hamat

Majlis Perasmian Gelanggang Sepak Takraw JPKKP Telaga Bata telah disempurnakan oleh Puan Noriah Abdullah, Ketua Wanita U...
19/06/2026

Majlis Perasmian Gelanggang Sepak Takraw JPKKP Telaga Bata telah disempurnakan oleh Puan Noriah Abdullah, Ketua Wanita UMNO Bahagian Tumpat.

Gelanggang ini bukan sekadar tempat bersukan, tetapi ruang untuk anak-anak muda berkumpul, mengasah bakat, membina persahabatan dan mengisi masa dengan aktiviti yang sihat serta bermanfaat.

🏐 Bersukan, berukhuwah, dan maju bersama.

Buat wakil kepada rakyat.Rakyat pilih wakil rakyat bukan untuk menjadi jurucakap alasan, tetapi untuk menjadi jurucakap ...
11/06/2026

Buat wakil kepada rakyat.

Rakyat pilih wakil rakyat bukan untuk menjadi jurucakap alasan, tetapi untuk menjadi jurucakap rakyat. Jika jalan rosak, garisan jalan pudar dan membahayakan pengguna, tugas wakil rakyat ialah mendesak agensi berkaitan bertindak sehingga masalah selesai.

Tak kira jalan negeri atau jalan persekutuan, rakyat tetap melihat wakil rakyat sebagai tempat mengadu. Jangan bila tiba masa berkhidmat, semua salah orang lain. Bila tiba masa mengambil kredit, semua mahu mengaku berjasa.

Rakyat tidak perlukan alasan siapa yang bertanggungjawab. Rakyat perlukan jalan yang selamat dan tindakan yang nyata. Jika isu lain boleh diperjuangkan sehingga menjadi perhatian umum, mengapa isu yang menyentuh keselamatan dan kehidupan harian rakyat tidak boleh diberikan komitmen yang sama?

Kisah kejayaan Muhammad Izzahan bin Isman membuktikan bahawa kejayaan sebenar bukan sahaja diukur melalui kecemerlangan ...
11/06/2026

Kisah kejayaan Muhammad Izzahan bin Isman membuktikan bahawa kejayaan sebenar bukan sahaja diukur melalui kecemerlangan akademik, tetapi juga melalui pembentukan sahsiah, kepimpinan dan kesungguhan dalam menghadapi cabaran. Berbekalkan ilmu, disiplin serta pegangan nilai yang kukuh, beliau telah membuktikan bahawa anak Malaysia mampu bersaing dan cemerlang di peringkat antarabangsa tanpa melupakan akar budaya dan jati diri.

Pencapaian ini wajar dijadikan inspirasi kepada generasi muda untuk terus berusaha, berani merebut peluang dan yakin bahawa dengan tekad, disiplin serta doa, tiada impian yang mustahil untuk direalisasikan. Semoga kejayaan beliau menjadi pemangkin kepada lahirnya lebih ramai pemimpin dan profesional yang akan menyumbang kepada kemajuan agama, bangsa dan negara.

sumber : MARA USA



Majlis penyampaian sumbangan kepada para pelajar yang bakal melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IP...
10/06/2026

Majlis penyampaian sumbangan kepada para pelajar yang bakal melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) anjuran UMNO Bahagian Tumpat.

Keprihatinan dan komitmen berterusan yang ditunjukkan oleh Datuk Haji Zulkifli Abdullah, Ketua UMNO Bahagian Tumpat, membuktikan kesungguhan beliau dalam membantu rakyat, khususnya anak-anak Tumpat yang sedang mengejar cita-cita melalui pendidikan.

Semoga sumbangan ini dapat meringankan sedikit beban persiapan pengajian serta menjadi suntikan semangat kepada para pelajar untuk terus berusaha, menimba ilmu dan mengharumkan nama keluarga, masyarakat serta daerah Tumpat pada masa hadapan.

Tahniah dan selamat maju jaya kepada semua penerima. Teruskan melakar kecemerlangan demi agama, bangsa dan negara.

Address

Wakaf Bharu
Tumpat

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Generasi MY posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share