PAWE Tumpat

Directions Contact the organization

PAWE Tumpat Pusat Aktiviti Warga Emas Tumpat

MESYUARAT TEKNIKAL PERTANDINGAN SUKANEKA PAWE PERINGKAT NEGERI KELANTAN BERSAMA PENYELARAS WARGA EMAS PKMJ TUMPATTarikh ...
25/08/2026

MESYUARAT TEKNIKAL PERTANDINGAN SUKANEKA PAWE PERINGKAT NEGERI KELANTAN BERSAMA PENYELARAS WARGA EMAS PKMJ TUMPAT

Tarikh : 25 Ogos 2026
Masa : 10.00 pagi - 1.00 perang
Tempat: PAWE Tumpat

Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Bendahari PAWE Tumpat iaitu En. Mohd Naim bin Ismail. Tujuan utama mesyuarat ini diadakan adalah untuk menyusun atur AJK berkaitan pengurusan acara, peralatan, pembahagian tugas, keselamatan dan laiin-lain yang berkaitan dengan program.

PERTANDINGAN SENAMAS PAWE PERINGKAT NEGERI KELANTAN TAHUN 2026Tarikh : 23 Ogos 2026Masa : 8.00 pagi - 1.00 petangTempat ...
23/08/2026

PERTANDINGAN SENAMAS PAWE PERINGKAT NEGERI KELANTAN TAHUN 2026

Tarikh : 23 Ogos 2026
Masa : 8.00 pagi - 1.00 petang
Tempat : RSK Kemumin, Pengkalan Chepa
Perasmi : Tuan Hj. Mohammad b. Othman - Timbalan Pengarah Pengurusan JKMN Kelantan

TAHNIAH diucapkan kepada peserta PAWE Tumpat yang telah mendapat tempat KETIGA dalam pertandingan ini.

SAMBUTAN HARI PENDUDUK SEDUNIA PERINGKAT NEGERI KELANTAN TAHUN 2026"MENGHADAPI PENUAAN YANG SIHAT DAN HARAPAN ANAK MUDA ...
17/08/2026

SAMBUTAN HARI PENDUDUK SEDUNIA PERINGKAT NEGERI KELANTAN TAHUN 2026

"MENGHADAPI PENUAAN YANG SIHAT DAN HARAPAN ANAK MUDA MEMBINA KELUARGA"

Tarikh : 17 Ogos 2026
Masa : 8.30 pagi - 1.00 petang
Tempat : Institut Pengurusan Peladang Panji, Kota Bharu, Kelantan
Perasmi : YBhg. Dato' Abdul Shukur bin Abdullah - Ketua Pengarah LPPKN MALAYSIA
Turut Hadir : YABrs. En. Che Samsuzuki bin Che Noh - Pengarah JKM Kelantan

Terima kasih diucapkan kepada pihak LPPKN Kelantan kerana menjemput PAWE Tumpat turut serta dalam acara sambutan ini.

PROGRAM KEMPEN INTERNET SELAMAT OLEH SURUHANJAYA DAN MULTIMEDIA MALAYSIA DI PAWE TUMPAT Tarikh : 28 Julai 2026Masa : 9.0...
30/07/2026

PROGRAM KEMPEN INTERNET SELAMAT OLEH SURUHANJAYA DAN MULTIMEDIA MALAYSIA DI PAWE TUMPAT

Tarikh : 28 Julai 2026
Masa : 9.00 pagi - 12.00 tengahari
Perasmi : Puan Wan Nor Hayati bt. Wan Hussain - Penolong Pengarah Kanan, Unit Warga Emas JKMN Kelantan

Objektif utama program ini adalah untuk memberi kesedaran kepada penduduk kampung berkaitan tahap kesedaran dalam talian iaitu scammer yang makin berleluasa pada masa kini.

PROGRAM KOMUNITI USIA SEJAHTERA ANJURAN HOSPITAL PAKAR UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (HPUSM) BERSAMA PAWE TUMPAT SIRI 1Tarik...
30/07/2026

PROGRAM KOMUNITI USIA SEJAHTERA ANJURAN HOSPITAL PAKAR UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (HPUSM) BERSAMA PAWE TUMPAT SIRI 1

Tarikh : 25 Julai 2025
Masa : 8.30 pagi - 1.00 tengahari
Perasmi : Prof. Madya Dr. Wan Mohd Izani b. Wan Mohamed - Ketua Jabatan Perubatan Penyakit Dalam HPUSM

Objektif program ini adalah memfokuskan kesihatan warga emas, fungsi fizikal dan literasi ubat-ubatan. Terima kasih diucapkan kepada Dr. Siti Nurbaya bt. Mohd Nawi yang telah memilih PAWE Tumpat sebagai projek perintis dibawah selian beliau sebelum diperluaskan ke daerah-daerah lain. Program ini akan diadakan sebanyak 3 siri.

Program Raikan Syawal PAWE Tumpat Bersama Komuniti Tahun 2025 peringkat Daerah Tumpat dengan kerjasama Yayasan Pembangun...
26/04/2025

Program Raikan Syawal PAWE Tumpat Bersama Komuniti Tahun 2025 peringkat Daerah Tumpat dengan kerjasama Yayasan Pembangunan Ummah & Ain Aquaculture Sdn. Bhd. Terima kasih diucapkan kepada YB Dato' Hj Wan Roslan b. Wan Hamat selaku YB Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknologi Hijau dan Inovasi Negeri Kelantan, merangkap ADUN Pengkalan Kubor serta semua tetamu yang telah hadir memeriahkan majlis ada 24 April 2025. Ribuan terima kasih turut diucapkan kepada semua para penyumbang segala aneka juadah & minuman secara persendirian.

Setinggi ucapan Ribuan Terima Kasih kepada skuad sukarelawan pasca banjir terdiri daripada LPPKN Kelantan, KESEDAR Gua M...
11/12/2024

Setinggi ucapan Ribuan Terima Kasih kepada skuad sukarelawan pasca banjir terdiri daripada LPPKN Kelantan, KESEDAR Gua Musang, RISDA Tanah Merah serta ahli KRT Kg. Kajang Sebidang - Teluk Jering yang telah bertungkus lumus untuk membersihkan Dewan PAWE Tumpat & Kompleks Yayasan Pembangunan Ummah pada 11 Disember 2024.

1 Disember 2024 - Keadaan semasa PAWE Tumpat  yang berada di dalam Kompleks Yayasan Pembangunan Ummah setelah dilanda ba...
01/12/2024

1 Disember 2024 - Keadaan semasa PAWE Tumpat yang berada di dalam Kompleks Yayasan Pembangunan Ummah setelah dilanda banjir besar selama beberapa hari. Tahun ini merupakan kali pertama dalam sejarah air banjir memasuki ke dalam premis PAWE seteruk ini. Proses pembersihan mungkin mengambil masa selama beberapa hari jika tenaga kerja terlalu terhad memandangkan kawasan sekitar turut ditenggalami banjir..

27/11/2024

Adalah dimaklumkan bahawa PAWE Tumpat tidak dapat beroperasi mulai hari Khamis (28/11/2024) akibat daripada banjir yg melanda. Pengoperasian semula PAWE akan dimaklumkan kelak.

Semoga dipermudahkan segala urusan penduduk yg terjejas banjir & menghindari daripada kejadian yg tidak diingini berlaku.

PROGRAM AKTIVITI TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT (CSR) : GOTONG ROYONG KOMPLEKS Yayasan Pembangunan Ummah & PAWE Tumpat Ta...
07/11/2024

PROGRAM AKTIVITI TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT (CSR) : GOTONG ROYONG KOMPLEKS Yayasan Pembangunan Ummah & PAWE Tumpat

Tarikh : 7 November 2024
Tempat : Kompleks YPU & Dewan PAWE Tumpat
Masa : 2.00 - 5.30 Petang

Ribuan terima kasih diucapkan kepada pihak UiTM Puncak Alam (Fakulti Perancangan Bandar) & Sekreteriat Volunteer Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dalam menjayakan program CSR kali ini.

Terima kasih daun keladi,
Kerana sudi menolong kami,
Kalau ada program kemudian hari,
Diharap sudi datanglah lagi.


Address

Kg Dalam Kota, Kampung Kajang Sebidang
Tumpat
16200

Opening Hours

Monday 09:00 - 15:00
Tuesday 09:00 - 15:00
Wednesday 09:00 - 15:00
Thursday 09:00 - 15:00
Sunday 09:00 - 15:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PAWE Tumpat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to PAWE Tumpat:

Shortcuts

Share