Kampung Bantayan,Tamparuli,Sabah,Malaysia

Kampung Bantayan,Tamparuli,Sabah,Malaysia village has +1000 population,mostly local origin,Dusun Lotud,multi religion,Muslim,Christian &Pagan.Work as civil servant,private sector,farmer,intre

⚠️ AMARAN JEREBU & PEMBAKARAN TERBUKA ⚠️PERHATIAN KEPADA SEMUA PENDUDUKKAMPUNG BANTAYANBerikutan keadaan jerebu yang dil...
21/08/2026

⚠️ AMARAN JEREBU & PEMBAKARAN TERBUKA ⚠️

PERHATIAN KEPADA SEMUA PENDUDUK
KAMPUNG BANTAYAN

Berikutan keadaan jerebu yang dilaporkan berlaku di Kalimantan dan telah sampai ke Sarawak, semua penduduk Kampung Bantayan diminta supaya sentiasa berwaspada dan menjaga keselamatan serta kesihatan masing-masing.

Sehubungan itu, semua penduduk adalah DILARANG MELAKUKAN PEMBAKARAN TERBUKA, termasuk:

* Membakar sampah;
* Membakar daun, rumput dan semak;
* Membakar kebun atau kawasan pertanian; dan
* Sebarang aktiviti pembakaran yang boleh menyebabkan asap serta memburukkan keadaan jerebu.

JAGA KESIHATAN • JAGA ALAM SEKITAR
CEGAH KEBAKARAN • ELAKKAN PEMBAKARAN TERBUKA

Kerjasama dan keprihatinan semua penduduk amat dihargai demi keselamatan serta kesejahteraan bersama.

Daripada:
KETUA KAMPUNG KG BANTAYAN
&
PENGERUSI JKKK KG BANTAYAN

21 OGOS 2026

SALAM SEJAHTERATarikh: 21 Ogos 2026Kepada:Semua Penduduk Kampung BantayanTuan/Puan,MAKLUMAN PEMASANGAN DAN PENGIBARAN BE...
21/08/2026

SALAM SEJAHTERA

Tarikh: 21 Ogos 2026

Kepada:
Semua Penduduk Kampung Bantayan

Tuan/Puan,

MAKLUMAN PEMASANGAN DAN PENGIBARAN BENDERA NEGERI SABAH DAN MALAYSIA SEMPENA BULAN KEBANGSAAN 2026

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa sempena sambutan Hari Kebangsaan Malaysia pada 31 Ogos 2026 dan Hari Malaysia pada 16 September 2026, seluruh penduduk Kampung Bantayan adalah digalakkan untuk bersama-sama menyemarakkan semangat patriotisme dan kecintaan terhadap negeri Sabah serta negara Malaysia.
3. Selaku Ketua Kampung/Pengerusi KRT Kampung Bantayan, saya telah beberapa kali membuat tinjauan di sekitar kampung dan mendapati pemasangan serta pengibaran Bendera Negeri Sabah dan Jalur Gemilang masih agak kurang. Sehubungan itu, semua penduduk adalah diseru untuk memasang dan mengibarkan bendera di rumah serta premis masing-masing.
4. Untuk memeriahkan lagi sambutan Bulan Kebangsaan, pihak KRT dan JKKK Kampung Bantayan juga akan menganjurkan Pertandingan Pemasangan dan Hiasan Bendera. Program ini diadakan bukan sahaja bagi menyemarakkan semangat kemerdekaan, malah bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim, perpaduan dan keharmonian antara semua penduduk serta suku kaum di Kampung Bantayan.
5. Dimaklumkan juga bahawa bermula 29 Ogos 2026, beberapa acara dan aktiviti telah dirancang sebagai pengisian sambutan kemerdekaan di peringkat kampung. Maklumat lanjut mengenai acara berkenaan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
6. Justeru, kerjasama dan penyertaan semua penduduk amatlah diharapkan bagi memastikan sambutan ini dapat dilaksanakan dengan meriah serta menjadi wadah untuk memperkukuhkan perpaduan, keharmonian dan semangat cintakan negara dalam kalangan masyarakat Kampung Bantayan.

“Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati”

Sekian, terima kasih.

Yang Berusaha,

KETUA KAMPUNG BANTAYAN
merangkap Pengerusi KRT Kampung Bantayan

Tahniah pasukan mejumbak Gabungan Kg Bantayan, Kg Tamparuli & Kg Telibong
27/07/2026

Tahniah pasukan mejumbak Gabungan
Kg Bantayan, Kg Tamparuli & Kg Telibong

25/07/2026
Sila baca maklumat *PENTING* di bawah‼️👇🏻:*JOM MOJUMBAK❗️**FESTIVAL MOJUMBAK DUSUN DAN MONGIGOL-SUMAYAU (FESMOD) ZON PAR...
25/07/2026

Sila baca maklumat *PENTING* di bawah‼️👇🏻:

*JOM MOJUMBAK❗️*
*FESTIVAL MOJUMBAK DUSUN DAN MONGIGOL-SUMAYAU (FESMOD) ZON PARLIMEN 170 TUARAN.*

*Tarikh/ Masa:*
*24 Jul 2026 (5:00 Petang)*
*25 Jul 2026 (5:00 Petang)*
*26 Jul 2026 (12:00 Tengahari)*

*Tempat : Dewan Serbaguna Seri Sulaman, Tuaran*

Suatu festival berkonsep pertandingan yang mengetengahkan muzik dan tarian tradisi Dusun di sekitar Tuaran, Tamparuli, Kiulu dan Tenghilan dengan tema ;

*"MEMPERKASA TRADISI DUSUN DAN MEMELIHARA BUDAYA"*

Pengisian FESMOD 2026:

🏆PERTANDINGAN:
- 24 Jul 2026
- Kategori A - Muzik Tradisi
- Kategori B - Tarian Tradisi

- 25 Jul 2026
- Majlis Perasmian
- Kategori C - Tarian Kreasi
Baru Etnik

- 26 Jul 2026
- Pertandingan TOP 3 bagi
semua kategori.
- Majlis Penutupan

🎟️ CABUTAN BERTUAH!
- Hadiah menarik menanti anda!🎁

🎪 JUALAN BOOTH:
-Pelbagai jualan produk tradisi tempatan serta makanan dan Minuman.

Orang ramai dijemput hadir dan masuk adalah *PERCUMA*. JANGAN LEPASKAN PE

21/07/2026

Allahyarham KK Ulus Unnup

19/07/2026

Pengumuman keputusan pemilihan Ketua Kampung Mukim Tamparuli oleh YB Datuk Wilfred Madius Tangau, ADUN Tamparuli

CADANGAN PENYUSUNAN SEMULA PENGILIRAN GOTONG-ROYONGPEMBERSIHAN KAWASAN PERKUBURAN KRISTIAN/PAGAN TIKOS TINAMBAK, KG. BAN...
18/07/2026

CADANGAN PENYUSUNAN SEMULA PENGILIRAN GOTONG-ROYONG

PEMBERSIHAN KAWASAN PERKUBURAN KRISTIAN/PAGAN TIKOS TINAMBAK, KG. BANTAYAN, TAMPARULI – FASA 4

Tahun 2025–2026
Dikemas kini: 22 November 2025

Kerja-kerja gotong-royong pembersihan dan pemotongan rumput akan dilaksanakan pada minggu ketiga setiap bulan mengikut penggiliran kumpulan keluarga seperti berikut:

Bil. Bulan Kumpulan Keluarga Status
1 November 2025 Keluarga Mendiang Mayun ✅✅
2 Disember 2025 Keluarga Tialan Sindum ✅✅
3 Januari 2026 Keluarga Utod ✅✅
4 Februari 2026 Keluarga Sinar Molon ✅
5 Mac 2026 Keluarga Mendiang Bibie Thomas @ Flora ✅✅
6 April 2026 Keluarga Mendiang Dahi ✅✅
7 Mei 2026 Keluarga Mendiang Gambidau/Uping ✅✅
8 Jun 2026 Keluarga Ajak
9 Julai 2026 Keluarga Mendiang Bikit/Sahaban
10 Ogos 2026 Keluarga Mendiang Ajap
11 September 2026 Keluarga Unnup
12 Oktober 2026 Tiada penggiliran – Gotong-Royong Perdana pada minggu ke-3
13 November 2026 Keluarga Mendiang Mayun

Skop Kerja Gotong-Royong

1. Memotong rumput di kawasan perkuburan.
2. Mencantas pokok dan ranting.
3. Membersihkan kawasan pagar perkuburan.
4. Mengutip tunggul dan ranting kayu.
5. Mengutip serta mengumpulkan sisa bahan binaan.

Ahli keluarga bagi setiap kumpulan adalah digalakkan untuk bergotong-royong bersama-sama bagi memupuk semangat kerjasama dan mengeratkan silaturahim.

Sekiranya kumpulan yang dijadualkan tidak dapat melaksanakan gotong-royong, kumpulan tersebut bolehlah membayar upah pemotongan rumput sebanyak RM150.00. Bayaran upah perkhidmatan pemotongan rumput boleh diserahkan kepada Biro/AJK Perkuburan.

Sebarang pertanyaan atau kemusykilan boleh menghubungi Pn. Jurih: 016-826 4955, Juantie: 010-948 8951 atau Faizal: 014-650 1051.

15/07/2026
🕊️ PENGUMUMAN TAKZIAH / UCAPAN KEMATIAN 🕊️Selamat pagi & Salam Sejahtera semua.Dengan penuh rasa dukacita dimaklumkan ba...
03/06/2026

🕊️ PENGUMUMAN TAKZIAH / UCAPAN KEMATIAN 🕊️

Selamat pagi & Salam Sejahtera semua.

Dengan penuh rasa dukacita dimaklumkan bahawa, Mendiang ROSALITA FIEL, isteri kepada En. Narul Andau telah meninggal pada 31 Mei 2026 (Ahad), jam 11.04 malam di Hospital Berungis, Tuaran.

Jenazah mendiang kini berada di kediaman keluarga di:

📍 Jln Gomilong, Kg Telibong, Tamparuli



✝️ UPACARA MISA & PENGHORMATAN TERAKHIR

🗓️ Tarikh: 03 Jun 2026 (Rabu)
🕚 Masa: 11.00 Pagi
⛪ Tempat: Gereja St Philip Tamparuli

Selepas upacara selesai, jenazah akan dibawa ke:

⚰️ Tanah Perkuburan Tiadon, Kg Bantayan, Tamparuli untuk disemadikan.



⚫ PEMAKLUMAN BERKABUNG KAMPUNG

Bagi menghormati pemergian mendiang ROSALITA FIEL, Kampung Telibong akan berkabung selama 7 hari bermula:

📅 31/05/2026 (Ahad) hingga 06/06/2026 (Sabtu)

Sepanjang tempoh berkabung, adalah TIDAK DIBENARKAN:
• Memainkan alat muzik
• Berkaraoke
• Membunyikan peralatan muzik moden/tradisional
• Sebarang bunyi-bunyian yang mengganggu suasana berkabung

Tindakan/adat kampung akan diambil terhadap mana-mana pihak yang tidak mematuhi arahan tersebut.

🙏 Palad-Palad Jumuyu Nantanan 🙏

Ikhlas daripada,

KK CHRISTOPHER LOWSON
Ketua Kampung Telibong
02 Jun 2026 | 3.00 Petang

🕊️ Rest In Peace, Auntie Rosalita Fiel 🕊️

Address

Kampung Bantayan
Tuaran
88250

Telephone

+60198505445

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kampung Bantayan,Tamparuli,Sabah,Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share