Pertubuhan Masyarakat Adat Anak Negeri Sabah

Pertubuhan Masyarakat Adat Anak Negeri Sabah PERTUBUHAN MASYARAKAT ADAT ANAK NEGERI SABAH SUNDUAN NABALU (MAANS-SUNDUAN NABALU)
Memperkasakan adat, budaya, bahasa dan hak masyarakat Anak Negeri Sabah.

23/05/2026

Kunjung Hormat Sunduan Nabalu Bersama Huguan Siou YBhg Tan Seri Panglima Joseph Pairin Datuk Kitingan, J.P di KDCA.

Kunjung Hormat Sunduan Nabalu Bersama Huguan Siou YBhg Tan Seri Panglima Joseph Pairin Datuk Kitingan, J.P di KDCA.     ...
23/05/2026

Kunjung Hormat Sunduan Nabalu Bersama Huguan Siou YBhg Tan Seri Panglima Joseph Pairin Datuk Kitingan, J.P di KDCA.

11/05/2026
11/05/2026

11hb MAY 2026:

SEKOLAH ADAT ANAK NEGERI SABAH DAN JABATAN KEBUDAYAAN DAN KESENIAN NEGARA BAKAL METERAI JALINAN KERJASAMA (MAANS & JKKN Sabah)

KOTA KINABALU, 11hb May 2026, Pertubuhan Masyarakat Adat Anak Negeri Sabah telah mengadakan kunjungan hormat kepada Pengarah JKKN Sabah sebagai langkah memperkukuhkan hubungan strategik khususnya kepada kerajaan Persekutuan demi kepentingan masyarakat, budaya dan pembangunan Sekolah Adat Anak Negeri Sabah

Pertemuan ini membuka ruang kepada pelbagai bentuk kerjasama yang akan memberi fokus kepada:
- Pemeliharaan budaya dan adat warisan
- Pendidikan dan kesedaran masyarakat
- Penglibatan belia dalam budaya dan kepimpinan
- Program komuniti dan pembangunan sosial
- Memperkasakan identiti Anak Negeri Sabah di peringkat lebih luas
- Meningkatkan kompetensi guru-guru Sekolah Adat Anak Negeri Sabah dalam bidang atau kepakaran tertentu melalui persijilan Kemahiran Malaysia dalam tahap Diploma hingga Ijazah.
- Sokongan teknikal ke UNESCO
- Cadangan pewujudan 'Taman Budaya Negara'

Kerjasama ini diharapkan menjadi satu permulaan yang baik dalam menyatukan usaha demi masa depan generasi akan datang agar khazanah adat dan budaya terus dihargai, dipelihara dan diwariskan.

“Budaya bukan sekadar peninggalan masa lalu, tetapi asas jati diri masa depan.”

Terima kasih atas sambutan dan ruang perbincangan yang sangat positif pagi tadi. Semoga hubungan ini terus berkembang demi manfaat bersama. 🙏

President MAANS
*Murug Vinangun Shalmon Sanangan*





03/05/2026

Pelancaran Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah 2026 telah berlangsung dengan jayanya pada 1 Mei 2026 di Dewan Masyarakat Papar. Majlis ini menandakan pembukaan rasmi sambutan Pesta Kaamatan sepanjang bulan Mei (1–31 Mei), yang dijangka menarik kehadiran lebih 30,000 pengunjung. Pelbagai pengisian program berteraskan kebudayaan, warisan dan tradisi masyarakat Kadazandusun, Murut dan Rungus (KDMR) bakal disajikan sepanjang tempoh sambutan.

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua Sekolah Adat yang terlibat dalam menjayakan pelancaran Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Papar 2026, khususnya SAANS Papar atas komitmen dan peranan sebagai penganjur bersama. Penghargaan turut diberikan kepada barisan Tingolig yang telah menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan profesionalisme.

Syabas dan tahniah kepada semua pihak yang terlibat dalam memastikan kelancaran dan kejayaan penganjuran majlis ini. Semoga sambutan Pesta Kaamatan pada tahun ini terus memperkukuh usaha pemeliharaan serta penghayatan warisan budaya dalam kalangan masyarakat.

Video:
Videographer & Editor: https://www.facebook.com/bryankoujustudio

27/04/2026

TAU KAH ANDA APA ITU “WONOD”?

“Wonod” atau 'Air Ruas' adalah sejenis tumbuhan hutan (liana) yang menjalar dan sering ditemui di hutan Borneo. Batangnya menyimpan air semula jadi yang boleh diminum.
Pemburu dan orang lama di hutan biasanya akan potong batang “wonod”, dan air jernih akan keluar menjadi sumber air ketika dalam hutan.

Namun, bukan semua tumbuhan jenis ini selamat diminum. Hanya mereka yang berpengalaman tahu memilih yang betul.
Inilah antara ilmu hutan tradisi yang semakin jarang diketahui warisan alam yang sangat berharga

Address

Kampung Lumawang
Tuaran
89208

Telephone

+60109411817

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pertubuhan Masyarakat Adat Anak Negeri Sabah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pertubuhan Masyarakat Adat Anak Negeri Sabah:

Share