Tuaran Youth Town Club - TYTC

Tuaran Youth Town Club - TYTC Tuaran Youth club

10/08/2026
08/08/2026
21/07/2026

ISU PENGGUNAAN JET PERIBADI DAN PENGANGKUTAN RASMI KERAJAAN NEGERI SABAH

Tuduhan bahawa kerajaan negeri Sabah membelanjakan kira-kira RM70 juta setahun bagi penggunaan jet peribadi dan pengangkutan rasmi sengaja dimainkan tanpa memberikan gambaran yang lengkap kepada rakyat.

Pertama, perlu ditegaskan bahawa kemudahan ini bukan digunakan untuk tujuan peribadi, sebaliknya khusus bagi urusan rasmi melibatkan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah dan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri. Rekod perjalanan boleh disemak dan menunjukkan bahawa penggunaannya adalah bagi memenuhi tugas rasmi kerajaan, selaras dengan keperluan protokol, keselamatan dan pentadbiran negeri.

Lebih penting daripada itu, kemudahan ini bukan sekadar soal pengangkutan, tetapi merupakan aset strategik kerajaan negeri bagi mempercepat urusan pentadbiran dan pembangunan ekonomi Sabah. Ketua Menteri perlu kerap ke Kuala Lumpur bagi menghadiri mesyuarat bersama Perdana Menteri dan Kerajaan Persekutuan, memperjuangkan hak-hak Sabah di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), menyelesaikan pelbagai urusan antara kerajaan, serta mengadakan pertemuan dengan pelabur dan rakan strategik yang membawa masuk pelaburan serta peluang pekerjaan ke negeri ini. Begitu juga Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri yang melaksanakan pelbagai tanggungjawab rasmi mewakili negeri.

Perlu juga difahami bahawa kemudahan ini bukan sesuatu yang diwujudkan oleh kerajaan hari ini. Ia telah lama menjadi sebahagian daripada sistem pengurusan kerajaan negeri dan diurus mengikut tatacara serta penyelarasan oleh agensi kerajaan yang berkaitan.

Dalam masa yang sama, pihak yang membangkitkan isu ini juga perlu berlaku adil dengan membuat perbandingan secara menyeluruh. Sebagai contoh, di Sarawak, peruntukan bagi pengangkutan udara rasmi adalah jauh lebih besar, dilaporkan sekitar RM100 juta setahun. Malah, penggunaannya bukan sahaja melibatkan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak dan Premier Sarawak, tetapi turut digunakan oleh menteri-menteri kabinet negeri serta pegawai-pegawai kanan kerajaan. Selain pesawat, kerajaan Sarawak juga menggunakan kemudahan helikopter secara lebih meluas bagi memenuhi keperluan pentadbiran negeri yang besar.

Sebaliknya di Sabah, penggunaan kemudahan udara adalah lebih terhad. Bagi perjalanan yang mengambil masa sekitar dua hingga tiga jam melalui jalan raya, Ketua Menteri dan Tuan Yang Terutama sering memilih menggunakan pengangkutan darat. Ini menunjukkan pendekatan yang lebih praktikal dan mengikut keperluan, bukannya menggunakan pesawat bagi setiap perjalanan rasmi.

Oleh itu, adalah tidak wajar isu ini dipolitikkan seolah-olah ia merupakan pembaziran. Apa yang lebih penting ialah hasil daripada setiap perjalanan rasmi tersebut. Jika lawatan dan pertemuan itu berjaya membawa pelaburan, mempercepat projek pembangunan, mempertahankan hak Sabah serta meningkatkan kesejahteraan rakyat, maka kemudahan itu adalah satu keperluan pentadbiran yang memberi pulangan kepada negeri, bukannya satu kemewahan.

Rakyat perlu menilai isu ini berdasarkan fakta dan konteks sebenar, bukan melalui naratif politik yang sengaja mengelirukan.

Address

Tuaran
Tuaran
89208

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Tuaran Youth Town Club - TYTC posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share