Skuad Antidadah Tuaran

Skuad Antidadah Tuaran Sukarelawan Agensi Anti Dadah Kebangsaan Tuaran

Program Training of Trainers (TOT) Skuad Antidadah Negeri Sabah Tahun 2026 telah berjaya dilaksanakan pada 16 hingga 18 ...
20/04/2026

Program Training of Trainers (TOT) Skuad Antidadah Negeri Sabah Tahun 2026 telah berjaya dilaksanakan pada 16 hingga 18 April 2026 bertempat di Pan Borneo Hotel, Putatan.
Program ini telah dirasmikan oleh Puan Elmariah Chung, Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Negeri Sabah.
Program ini menghimpunkan penyertaan Ketua-Ketua Daerah daripada Agensi Antidadah Kebangsaan Negeri Sabah, Jawatankuasa Skuad Antidadah Negeri Sabah serta Pengerusi-Pengerusi Skuad Antidadah Daerah seluruh Negeri Sabah. Pelaksanaan program ini bertujuan untuk memperkukuh pengetahuan, meningkatkan kemahiran serta memperkasa keupayaan peserta sebagai jurulatih dalam menyampaikan mesej pencegahan penyalahgunaan dadah secara lebih berkesan di peringkat komuniti.
Sepanjang tempoh pelaksanaan, para peserta telah mengikuti pelbagai sesi latihan, taklimat serta perkongsian ilmu yang memberi penekanan kepada strategi pencegahan, pendekatan komunikasi yang efektif serta pengukuhan peranan Skuad Antidadah sebagai agen perubahan dalam masyarakat.
Selain itu, program ini turut menjadi platform penting dalam mempererat jalinan kerjasama antara semua pihak yang terlibat. Ia juga berfungsi sebagai medium perancangan strategik bagi pelaksanaan program-program akan datang, selaras dengan usaha berterusan untuk merealisasikan agenda pencegahan dadah di Negeri Sabah.
“Bersatu Melawan Najis Dadah”



📢 **Jom Sertai Skuad Antidadah!**Warga Tuaran yang prihatin dan bersemangat, inilah peluang anda untuk bersama-sama memb...
18/04/2026

📢 **Jom Sertai Skuad Antidadah!**

Warga Tuaran yang prihatin dan bersemangat, inilah peluang anda untuk bersama-sama membanteras gejala dadah dalam komuniti kita.

💪 **Sertai Skuad Antidadah hari ini dan jadi agen perubahan!**

**Syarat penyertaan:**
✔ Warganegara Malaysia
✔ Berumur 18 hingga 45 tahun
✔ Berminat dalam kerja-kerja kesukarelawanan

Dengan menyertai skuad ini, anda akan:
✨ Membantu meningkatkan kesedaran tentang bahaya dadah
✨ Menyumbang kepada keselamatan dan kesejahteraan masyarakat
✨ Menjadi contoh positif kepada generasi muda

📲 Imbas kod QR pada poster atau layari laman rasmi untuk pendaftaran:
https://skuad.aadk.gov.my

📍 **Bersama kita jadikan Tuaran bebas dadah!**

Jumaat 17/04/2026Rombongan Skuad Antidadah Negeri Sabah bersama Pengerusi - Pengerusi Skuad Daerah ke Pusat Pemulihan Pe...
17/04/2026

Jumaat 17/04/2026

Rombongan Skuad Antidadah Negeri Sabah bersama Pengerusi - Pengerusi Skuad Daerah ke Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) , Papar .

Peluang dan kesempatan yang amat berharga dpt bersua dan bersilaturahim dengan klien2 PUSPEN yang menerima rawatan disini.

Selain itu, perkongsian2 yang dibuat amat memberi inspirasi dan mesej yang sangat jelas utk disampaikn kepada semua orang diluar sana bahawa najis dadah sangat merugikan jika terjebak.

PROGRAM JELAJAH ASPIRASI BEBAS DADAH (JABD) SKUAD ANTIDADAH DAERAH TUARAN SEMPENA PROGRAM BERSAMA KELUARGA “RUMAH KU SEL...
02/04/2026

PROGRAM JELAJAH ASPIRASI BEBAS DADAH (JABD) SKUAD ANTIDADAH DAERAH TUARAN SEMPENA PROGRAM BERSAMA KELUARGA “RUMAH KU SELAMAT, KELUARGA CERIA"

ANJURAN:
SKUAD ANTIDADAH DAERAH TUARAN
DENGAN KERJASAMA
UNIT PENCEGAHAN AADK DAERAH TUARAN

​TARIKH / HARI​:​31 Mac 2026 (Selasa)
​MASA​:​8.00 pagi – 7.00 malam
​TEMPAT​:​Dewan MDT Tuaran & Sekitar Daerah Tuaran

Program yang dilaksanakan ini diharapkan dapat memberi impak dan manfaat yang besar kepada golongan belia setempat dan seterusnya menggalakkan semangat kesukarelawanan belia untuk bersama-sama membantu AADK di dalam usaha mencegah penyalahgunaan dadah di dalam komuniti setempat. Belia yang cemerlang pastilah akan melahirkan generasi pemimpin yang berintegriti dan berwawasan maju demi masa depan negara.

*PROGRAM MAHABBAH RAMADAN BELIAWANIS BAHAGIAN SULAMAN - SINGGAH SAHUR 2026*Sebagai makluman, Pergerakan Beliawanis Gagas...
08/03/2026

*PROGRAM MAHABBAH RAMADAN BELIAWANIS BAHAGIAN SULAMAN - SINGGAH SAHUR 2026*

Sebagai makluman, Pergerakan Beliawanis Gagasan Rakyat Sabah Bahagian Sulaman dengan kerjasama JKPD, Skuad AADK , TYTC & KBS sekali lagi telah menganjurkan *Program Singgah Sahur 2026* pada tahun ini seperti ketetapan yang berikut :-

Tarikh : 08/03/2026 (Ahad)
Masa : 1.00 pagi
Tempat berkumpul : Heros Bar Cafe Tuaran (rumah Belia belakang Bangunan MDT)

Sumbangan sebanyak 150 kit sahur telah diagih-agihkan ke tempat2 yang berikut :-

• Hospital Berungis Tuaran
• ⁠Balai Polis Daerah Tuaran
• ⁠Balai Bomba & Penyelamat Daerah Tuaran
• ⁠Stesen - stesen minyak
• ⁠JPAM
• ⁠Pengawal keselamatan di premis Kerajaan

Pameran Kesedaran Bahayanya Dadah dan pendaftaran ahli Skuad Antidadah (AADK) telah diadakan sempena Pesta Makan-Makan T...
27/04/2025

Pameran Kesedaran Bahayanya Dadah dan pendaftaran ahli Skuad Antidadah (AADK) telah diadakan sempena Pesta Makan-Makan Tuaran pada 26 April 2025 bertempat di Astaka Tuaran.

Majlis Sinar Syawal Tahun 2025 telah berjaya dianjurkan dengan kerjasama Jawatankuasa Pemulihan Dadah(JKPD) Daerah Tuara...
27/04/2025

Majlis Sinar Syawal Tahun 2025 telah berjaya dianjurkan dengan kerjasama Jawatankuasa Pemulihan Dadah(JKPD) Daerah Tuaran, Skuad Antidadah, dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK). Program ini merupakan salah satu inisiatif ke arah memperkukuhkan hubungan silaturrahim dalam kalangan komuniti setempat, di samping memupuk kesedaran tentang pentingnya gaya hidup sihat dan bebas dari pengaruh dadah, selaras dengan semangat Syawal yang membawa makna kemenangan dan kesyukuran.

Majlis ini telah diadakan pada 15 April 2025, bermula jam 8.00 malam hingga 10.00 malam bertempat di Rumah Pesat Tuaran. Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang majlis berlangsung, melibatkan penyertaan daripada pelbagai lapisan masyarakat serta agensi yang terlibat, menjadikan majlis ini satu platform yang berkesan dalam menyampaikan mesej kesedaran sosial dan pemerkasaan komuniti.

08/03/2025

Alhamdulilah Program Mahabbah Ramadan Singgah Sahur 2025 dengan kerjasama daripada

1. Beliawanis Sulaman,
2. Jawatankuasa Pemulihan Dadah Daerah Tuaran (JKPD)
3. Skuad Antidadah Tuaran
4. Kementerian Belia dan Sukan( KBS), daerah Tuaran

Pada 8 Mac 2025( Sabtu) Agihan juadah sahur telah diagihkan ke beberapa tempat di daerah Tuaran seperti Hospital Daerah Tuaran, IPD Daerah Tuaran, Bomba dan Penyelamat Daerah Tuaran. JPAM, McDonalds, Shell Berungis dan Petronas Daerah Tuaran.
Sumbangan telah Disampaikan oleh Ketua Beliawanis PGRS Sulaman Cik Norazmahirah Noorzain, Pengerusi JKPD Tuaran Tuan Mohd Zaini @ zico Haji Razali, Pengerusi Skuad Antidadah Tuaran Encik Arziz Afizy Rumsani, dan Encik Elridge Baxter Jilan Pegawai Belia Dan Sukan Bahagian Pantai Barat serta AJK Beliawanis Sulaman, AJK JKPD Tuaran, AJK Skuad Antidadah Tuaran.

Alhamdulilah Program  Mahabbah Ramadan Singgah Sahur 2025 dengan kerjasama daripada1. Beliawanis Sulaman,2. Jawatankuasa...
08/03/2025

Alhamdulilah Program Mahabbah Ramadan Singgah Sahur 2025 dengan kerjasama daripada

1. Beliawanis Sulaman,
2. Jawatankuasa Pemulihan Dadah Daerah Tuaran (JKPD)
3. Skuad Antidadah Tuaran
4. Kementerian Belia dan Sukan( KBS), daerah Tuaran

Pada 8 Mac 2025( Sabtu) Agihan juadah sahur telah diagihkan ke beberapa tempat di daerah Tuaran seperti Hospital Daerah Tuaran, IPD Daerah Tuaran, Bomba dan Penyelamat Daerah Tuaran. JPAM, McDonalds, Shell Berungis dan Petronas Daerah Tuaran.
Sumbangan telah Disampaikan oleh Ketua Beliawanis PGRS Sulaman Cik Norazmahirah Noorzain, Pengerusi JKPD Tuaran Tuan Mohd Zaini @ zico Haji Razali, Pengerusi Skuad Antidadah Tuaran Encik Arziz Afizy Rumsani, dan Encik Elridge Baxter Jilan Pegawai Belia Dan Sukan Bahagian Pantai Barat serta AJK Beliawanis Sulaman, AJK JKPD Tuaran, AJK Skuad Antidadah Tuaran.

Program Ibadah korban dan kenduri sekampung aidil adhaTarikh: 17 Jun 2024Tempat: Masjid Al-Taqwa Perumahan Laya-laya Tua...
19/06/2024

Program Ibadah korban dan kenduri sekampung aidil adha

Tarikh: 17 Jun 2024
Tempat: Masjid Al-Taqwa Perumahan Laya-laya Tuaran
Masa: 9.00 Pagi hingga 5.00 Petang
Kehadiran: Skuad AADK Tuaran, JKPD Tuaran, Ajk Masjid, Beliawanis Sulaman Tuaran, Geng Anak Bulan & Bintang, TYTC, barisan AJK Pelaksana serta masyarakat setempat.

Majlis Berbuka Puasa Bersama Pengerusi skuad Antidadah Tuaran Encik Mohd Arziz Afizy Rumsani dan AJK Skuad Antidadah Tua...
08/04/2024

Majlis Berbuka Puasa Bersama Pengerusi skuad Antidadah Tuaran Encik Mohd Arziz Afizy Rumsani dan AJK Skuad Antidadah Tuaran, pada 8 April 2024 ( Isnin). Bertempat di Gayang Seafood Restaurant

Address

Tuaran
Tuaran
89200

Telephone

+60168036997

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Skuad Antidadah Tuaran posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share