Persatuan Sokongan Susu Ibu Negeri Sabah - AKSSI

Persatuan Sokongan Susu Ibu Negeri Sabah - AKSSI Media hebahan rasmi bagi Persatuan Sokongan Susu Ibu Negeri Sabah (ROS PPM-017-12-10062021)

13/04/2026

Hi Selamat pagi ..
Untuk pengetahuan semua, Daerah Tenom akn mnjadi Tuan Rumah bagi Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu dan Konvensyen AKSSI yg akan dijalankan pasa *5-6 OGOS 2026* .
Oleh itu , kami akan mengadakan *TENOM BREASTFEEDING WALKATHON 5KM* yang akan diadakan pada *18 April 2026* . Ini bertujuan untuk mencari dana pada Sambutan MPSI nanti . Jadi mendaftar lah kamu ah *rm50/ entry* kmu akn dpt *Tshirt & Medal* .
Last pndftrn pd *17 March 2026* utk memproses baju dan medal . Kmu scan ja barcode d sn ya utk mendaftar.
Sebarang pertanyaan boleh hubungi nombor di sana ya .
Terima kasih πŸ’•β€οΈ

*BREASTFEEDING FOR A SUSTAINABLE START IN LIFE : STRENGTHEN WHAT WORKS*
(Theme Breastfeeding 2026)

Kunjungan Balas KUPPSIK ke AKSSI Sabah11 April 2026 | 9.00 pagiAlhamdulillah, hari ini AKSSI Sabah telah menerima kunjun...
13/04/2026

Kunjungan Balas KUPPSIK ke AKSSI Sabah

11 April 2026 | 9.00 pagi

Alhamdulillah, hari ini AKSSI Sabah telah menerima kunjungan balas daripada Kumpulan Penyusuan Susu Ibu Kuantan (KUPPSIK).

Lawatan ini merupakan satu penghormatan besar buat kami dalam mengeratkan hubungan serta berkongsi ilmu dan pengalaman berkaitan penyusuan susu ibu antara dua organisasi dari Sabah dan Pahang.

Sepanjang sesi, pelbagai perkongsian bermanfaat telah dibincangkan termasuk usaha memperkasa sokongan kepada ibu-ibu menyusu, cabaran di lapangan, serta peluang kerjasama pada masa akan datang.

Semoga jalinan ini terus kukuh dan memberi manfaat kepada lebih ramai ibu dan bayi di seluruh Malaysia

Terima kasih kepada pihak KUPPSIK atas kesudian berkunjung ke Sabah. Kami amat menghargainya!




9 APRIL 2026 10 PAGI- KUNJUNGAN HORMAT & PERBINCANGAN STRATEGIK Alhamdulillah, telah berlangsung sesi kunjungan hormat d...
10/04/2026

9 APRIL 2026 10 PAGI- KUNJUNGAN HORMAT & PERBINCANGAN STRATEGIK

Alhamdulillah, telah berlangsung sesi kunjungan hormat dan perbincangan bersama pihak Jabatan Keretapi Negeri Sabah bagi membincangkan potensi kerjasama dalam pelaksanaan Program "Train of Hope" sempena Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia Peringkat Negeri Sabah 2026 di Tenom.

Pertemuan ini telah dihadiri oleh wakil daripada AKSSI Sabah dan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, iaitu:
- Puan Aidah John – Pengerusi AKSSI Sabah
- Puan Siti Zarina Abdullah – Setiausaha AKSSI Sabah
- Encik Shahrulnaz Norhazli bin Nazri – Ketua Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Pemakanan JKNS
- Puan Jenny Jouti – Ketua Penolong Pengarah, Cawangan Pemakana JKNS
- Cik Evenie Stanislaus – Pegawai Pemakanan KKIA Tenom
- Cik Renelda Erna – Pegawai Pemakanan KK Kemabong

Manakala pihak Jabatan Keretapi Negeri Sabah diwakili oleh Encik Adie Zulfadlie bin Joe serta dua orang rakan sejawatan beliau

Perbincangan ini memberi fokus kepada pendekatan inovatif melalui penggunaan perkhidmatan keretapi sebagai medium untuk menyampaikan advokasi, pendidikan dan sokongan penyusuan susu ibu kepada komuniti luar bandar, khususnya di kawasan pedalaman.

Semoga kerjasama ini menjadi pemangkin kepada usaha memperkasakan kesedaran dan sokongan penyusuan susu ibu di Sabah, seterusnya memberi manfaat kepada ibu dan anak di seluruh negeri.

✨MAJLIS SAMBUTAN MINGGU PENYUSUAN SUSU IBU SEDUNIA & KONVENSYEN AHLI KUMPULAN SOKONGAN SUSU IBU (AKSSI) PERINGKAT NEGERI...
08/08/2025

✨MAJLIS SAMBUTAN MINGGU PENYUSUAN SUSU IBU SEDUNIA & KONVENSYEN AHLI KUMPULAN SOKONGAN SUSU IBU (AKSSI) PERINGKAT NEGERI SABAH 2025🌷

Dengan penuh rasa syukur dan bangga, kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua yang telah hadir memeriahkan Majlis Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia & Konvensyen AKSSI Peringkat Negeri Sabah, yang telah berlangsung dengan jayanya pada:

πŸ“… 6 & 7 Ogos 2025 (Rabu & Khamis)
πŸ•— 8:00 pagi – 2:00 petang
πŸ“ Dewan Arena Masyarakat Semporna

✨ Bertemakan β€œPrioritise Breastfeeding, Create Sustainable Support System”, majlis ini telah menjadi platform penting dalam memperkukuh jaringan sokongan dan menyemarakkan lagi kesedaran terhadap kepentingan penyusuan susu ibu dalam kalangan masyarakat.

πŸŽ‰ Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua ahli Kumpulan Sokongan Susu Ibu (AKSSI), agensi serta pihak-pihak yang telah memberikan pengisian bermanfaat dan kreatif dalam pameran keunggulan penyusuan susu ibu. Segala usaha, komitmen dan dedikasi anda amat dihargai dan menjadi inspirasi buat semua yang hadir.

πŸ™ Setinggi-tinggi ucapan terima kasih juga diucapkan kepada Pejabat Kesihatan Daerah Semporna yang telah menjadi tuan rumah bagi penganjuran majlis peringkat negeri ini pada tahun 2025. Sokongan dan komitmen padu daripada seluruh pasukan PHD Semporna amat kami sanjungi. 🌺

Bersama kita terus memartabatkan penyusuan susu ibu sebagai asas kehidupan sihat dan membina sistem sokongan yang lestari untuk semua ibu di seluruh Sabah! πŸ’ͺπŸ‘©β€πŸΌπŸ‘Ά







πŒπ„π’π˜π”π€π‘π€π“ 𝐀𝐆𝐔𝐍𝐆 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍𝐀𝐍 π€πŠπ’π’πˆ 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇 πŸπŸŽπŸπŸ“Alhamdulillah, Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Sokongan Susu Ibu (AKSSI) Neger...
05/08/2025

πŒπ„π’π˜π”π€π‘π€π“ 𝐀𝐆𝐔𝐍𝐆 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍𝐀𝐍 π€πŠπ’π’πˆ 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇 πŸπŸŽπŸπŸ“

Alhamdulillah, Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Sokongan Susu Ibu (AKSSI) Negeri Sabah telah berjaya diadakan pada:

πŸ“… 5 Ogos 2025
πŸ•– 7.00 malam
πŸ“ Dewan Lepa, Semporna

Mesyuarat ini telah menyaksikan pembentangan laporan aktiviti tahunan oleh wakil-wakil dari setiap daerah, memperlihatkan usaha berterusan dalam memartabatkan penyusuan susu ibu di seluruh Sabah.

Serta Pembentangan penyata kewangan oleh Bendahari Persatuan sokongan susu ibu AKKSI, yang telah menjelaskan secara ringkas namun padat mengenai aliran kewangan AKSSI Sabah sepanjang tahun 2024/2025. Laporan ini merangkumi pendapatan, perbelanjaan program, serta baki kewangan semasa, sekali gus mencerminkan pengurusan kewangan yang telus dan bertanggungjawab.

Tahniah diucapkan kepada barisan AJK baharu atas pelantikan seramai 11 orang Ahli Jawatankuasa Biro AKSSI Sabah. Semoga barisan kepimpinan ini terus komited dalam memperjuangkan misi dan visi persatuan demi kesejahteraan ibu dan anak-anak di negeri ini.

Setinggi-tinggi penghargaan dan Terima kasih kepada semua ahli yang hadir dan memberikan sokongan sepanjang perjalanan mesyuarat ini. Teruskan menyokong perjuangan kami!






🌸 LAWATAN ILMU & SOKONGAN SUSU IBU AKSSI SABAH KE PANTAI TIMUR πŸŒΈπŸ“… 20 – 25 Jun 2025πŸ“ Kelantan | Terengganu | PahangAlhamd...
05/08/2025

🌸 LAWATAN ILMU & SOKONGAN SUSU IBU AKSSI SABAH KE PANTAI TIMUR 🌸
πŸ“… 20 – 25 Jun 2025
πŸ“ Kelantan | Terengganu | Pahang

Alhamdulillah, seramai 40 orang wakil AKSSI (Ahli Kumpulan Sokongan Susu Ibu) Negeri Sabah telah berjaya melaksanakan lawatan ilmu ke tiga buah negeri Pantai Timur, iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Lawatan ini bertujuan memperkukuh jaringan sokongan penyusuan susu ibu, bertukar pandangan, dan memperkasa komuniti ibu menyusu di seluruh negara. 🀱🏼πŸ’ͺ🏼

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kami ucapkan kepada:
🌿 Dapur Sihat Masyarakat, Daerah Setiu, Terengganu
πŸ₯ Hospital Sultanah Nur Zahirah – Pusat Rawatan Ibu & Bayi, Terengganu
πŸ‘ΆπŸΌ KUPSSIK – Kumpulan Penyokong Penyusuan Susu Ibu Daerah Kuantan, Pahang

Atas sambutan yang sangat mesra, perkongsian ilmu yang bermanfaat, dan sokongan padu sepanjang lawatan ini. Semoga kerjasama ini terus mekar demi memperkasa perjuangan penyusuan susu ibu di seluruh Malaysia! 🌺

Address

Lot 1&2, Bangunan Sedco Berungis
Tuaran
89200

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Sokongan Susu Ibu Negeri Sabah - AKSSI posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share