23/11/2025
π’ HEBAHAN RASMI
BENGKEL PEMBANGUNAN KOMUNITI (MENJADIKAN KAWASAN PERUMAHAN TARIKAN PELANCONGAN)
Kelmarin ini telah berlangsung satu bengkel yang berjaya hasil kolaborasi antara pelajar UMS, komuniti Bukit Payung dan dengan Sokongan daripada beberapa pihak Syarikat sekitar.
π² Aktiviti merangkumi:
1. Ceramah pembangunan pelancongan berasaskan komuniti
2. Bengkel Bahasa Inggeris oleh pelajar TESL
3. Gotong-royong membersihkan dewan
4. Penanaman pokok bunga sebagai langkah menghijaukan kawasan
Program ini memperkukuh kerjasama, meningkatkan ilmu dan memupuk semangat komuniti. Terima kasih UMS atas pengajuran program yang memberikan impak yang sangat baik dan bermakna bagi penduduk Bukit Payung.