Dakwah Generasi Emas

Dakwah Generasi Emas DAKWAH GENERASI EMAS MALAYSIA satu pertubuhan NGO kebajikan & ekonomi untuk membantu masyarakat

Alhamdulillah, pada 18/3/2026, DGE Sungai Siput berkesempatan menziarahi ahli kita yang baru-baru ini ditimpa kemalangan...
18/04/2026

Alhamdulillah, pada 18/3/2026, DGE Sungai Siput berkesempatan menziarahi ahli kita yang baru-baru ini ditimpa kemalangan. Pihak DGE SG SIPUT telah menyampaikan sedikit sumbangan sebagai usaha meringankan beban yang ditanggung.

Dimaklumkan, hasil pemeriksaan X-ray terbaru menunjukkan terdapat sedikit keretakan pada tulang rusuk dan tangan beliau masih bengkak serta belum surut sepenuhnya.

Sama-sama kita doakan agar adik kita diberikan kesembuhan yang cepat, dipermudahkan segala urusan, dan kembali sihat seperti sediakala. ๐Ÿคฒ



18/04/2026

Alhamdulillah, selesai sudah satu lagi program penuh makna โค๏ธ

Program Berbuka Puasa bersama Rumah Anak Yatim At-Taqwa, Taman Putra Perdana, Puchong yang telah berlangsung pada 15 Mac 2026 berjalan dengan lancar hasil kerjasama daripada
Persatuan Seni Silat Gerak Pusaka & Dakwah Generasi Emas.

Walaupun dah sebulan lebih berlalu, kenangan dan keberkatan majlis ini masih terasa. Dapat berkongsi rezeki, senyuman, dan kebahagiaan bersama anak-anak yatim adalah satu nikmat yang tak ternilai.

Semoga segala usaha kecil ini diterima sebagai amal dan terus diberi peluang untuk berbakti di masa akan datang ๐Ÿคฒ

Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. Semoga Allah membalas dengan sebaik-baik ganjaran.

17/03/2026

Sedar tidak sedar, Ramadan semakin meninggalkan kita. Ini adalah fasa bulan sabit tua pada hari ke-27 Ramadan 1447H yang dirakam awal pagi tadi dari Balai Cerap KUSZA.

Meskipun langit agak berawan tebal pagi tadi, Allah SWT memberika ruang dan peluang untuk kita melihat tanda kebesaran-Nya.

Kredit: Balai Cerap KUSZA, ESERI, Universiti Sultan Zainal Abidin

03/03/2026

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana diberi kesempatan untuk bersama-sama menghadiri Majlis Berbuka Puasa pada tahun ini.

Firman Allah SWT:

"ูŠูŽุง ุฃูŽูŠู‘ูู‡ูŽุง ุงู„ู‘ูŽุฐููŠู†ูŽ ุขู…ูŽู†ููˆุง ูƒูุชูุจูŽ ุนูŽู„ูŽูŠู’ูƒูู…ู ุงู„ุตู‘ููŠูŽุงู…ู ูƒูŽู…ูŽุง ูƒูุชูุจูŽ ุนูŽู„ูŽู‰ ุงู„ู‘ูŽุฐููŠู†ูŽ ู…ูู†ู’ ู‚ูŽุจู’ู„ููƒูู…ู’ ู„ูŽุนูŽู„ู‘ูŽูƒูู…ู’ ุชูŽุชู‘ูŽู‚ููˆู†ูŽ"
โ€œWahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.โ€

Semoga ukhuwah yang terjalin pada hari ini terus diperkukuhkan dan segala amal ibadah kita sepanjang Ramadan diterima oleh Allah SWT.

Terima kasih kepada semua yang hadir serta menjayakan majlis ini. Semoga kita dipertemukan lagi dalam suasana penuh keberkatan seperti ini. ๐ŸŒ™โœจ



Alhamdulillah ๐ŸคฒProgram โšฝ PENALTY SHOOT-OUT โšฝ telah berjalan dengan lancar dan penuh kemeriahan.Setinggi-tinggi pengharga...
02/01/2026

Alhamdulillah ๐Ÿคฒ
Program โšฝ PENALTY SHOOT-OUT โšฝ telah berjalan dengan lancar dan penuh kemeriahan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada rakan penganjur bersama:
MAYC Sungai Siput, PIBG SK Jalong, Kelab Belia & Sukan Negara (Sungai Siput) serta semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.

๐Ÿ“ Padang SK Jalong, Sungai Siput (U)
๐Ÿ—“ 1 Januari 2026

Terima kasih juga kepada semua peserta, sukarelawan dan komuniti setempat yang hadir memeriahkan program.
Semoga program seperti ini dapat mengeratkan silaturahim, menyemai semangat kesukanan dan menghidupkan aktiviti belia komuniti.

Insya-Allah, kita jumpa lagi dalam program DGE yang akan datang ๐Ÿ’šโšฝ




Address

Tronoh

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dakwah Generasi Emas posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Dakwah Generasi Emas:

Shortcuts

Share