12/08/2025
MAJLIS PENUTUP PROGRAM BENGKEL KESENIAAN KEBUDAYAAN ORANG ASAL SEMAI 2025
10 OGOS 2025 - Majlis penutup program Bengkel Keseniaan Kebudayaan Orang Asal Semai 2025 telah diadakan di Kampung Orang Asli Sungai Peria, Sahom, Kampar.
Turut hadir memeriahkan majlis Yang Berhormat Encik Mohd Azlan Helmi bin Helmi, Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan NGO negeri Perak merangkap ADUN Tualang Sekah, Yang Dihormati Toh Muda Orang Kaya-Kaya Panglima Bukit Gantang Seri Amar Diraja Encik Azman bin Dato' Seri Yeop Junior, Orang Besar Jajahan Kampar, Yang Berusaha Encik Md. Nor wakil Jabatan Kemajuan Orang Asli Daerah Kinta dan Kampar, Yang Berusaha Tuan Baldip Singh a/l Santokh, Ketua Cabang Keadilan Kampar, Yang Berusaha Encik Tahir bin Salim, Pengerusi Persatuan Penduduk Kampung Ayer Denak, Yang Beradat Encik Bah Ngah bin Bah Eiok, Tok Batin Kampung Orang Asli Sungai Peria bersama-sama Tok-Tok Batin serta NGO-NGO Orang Asli sekitar DUN Tualang Sekah.
Majlis dimulakan dengan persembahan tarian kebudayaan oleh kumpulan Luheiw Renaweij dibawah pimpinan Encik Ronnie a/l Bahari. Majlis diteruskan dengan ucapan Encik Tahir bin Salim Pengerusi Persatuan Penduduk Kampung Ayer Denak dan ucapan Bah San a/l Pandak wakil Yang Beradat Tok Batin Kampung Sungai Peria.
Majlis disempurnakan dengan ucapan Yang Berhormat Encik Mohd Azlan Helmi bin Helmi, Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi Multimedia dan NGO negeri Perak merangkap ADUN Tualang Sekah. Turut diadakan sumbangan replika kanopi kepada kampung Sungai Peria, Kampung Pos Dipang dan Kampung Sungai Limau. Turut diadakan penyampaian hadiah kepada para pemenang acara pertandingan dan cabutan nombor bertuah.
Majlis turut diserikan lagi dengan persembahan musik tradisional iringan kumpulan Seri Keramat daripada Kampung Orang Asli Sungai Perah, Perak Tengah.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang menjayakan program Bengkel Keseniaan Kebudayaan Orang Asal Semai 2025 secara langsung mahupun tidak langsung. Semoga program sebegini menjadi titik tolak penyatuan penduduk Orang Asli khususnya dalam jajaran DUN Tualang Sekah.
-ADMIN-