10/06/2026
Tajuk- Majlis Penyerahan Suratan HakMilik Peneroka Felda Rentam
Tarikh - 10/06/2026
Tempat - Dewan Cemerlang Majlis Daerah Bera
PENYERAHAN SURATAN HAK MILIK FELDA RENTAM
Bera, 10 Jun 2026: YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy Wan Ismail hadir pada Majlis Penyerahan Suratan Hak Milik Felda Rentam di Dewan Cemerlang, Majlis Daerah Bera. Penyerahan suratan hak milik ini melibatkan sebanyak 62 orang peneroka di kawasan tersebut.
Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang, YB. Dato’ Sabariah Saidan, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal FELDA, Koperasi dan Usahawan Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Amizar Abu Adam, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemayan, YB. Tuan Khaizulnizam Mohamad Zuldin dan Timbalan Pengarah Besar (Pembangunan Komuniti) Encik Ahmad Syaarani Azulan wakil FELDA Wilayah.
Tahniah kepada semua peneroka dan penerokawati bagi peringkat 3..
Akhirnya masa yg ditunggu² setelah sekian lama telah termakbul, penantian mereka selama ini.Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi.
Terima kasih kepada Menteri Besar Pahang menyampaikan kepada semua peserta.
Tahniah buat staff Pejabat Wilayah Mempaga,staff Pejabat Felda Rentam,serta Majlis Daerah Bera Dan Pejabat Tanah Daerah Bera dengan kejayaan majlis hari ini.
Wan Rosdy bin Wan Ismail
Pahang Media
FELDA Wilayah Mempaga
Warga Felda Rentam